PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan kekesalan ekoran penangkapan seorang pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth yang didakwa kerana menghina agama lain.
Menurut laporan beberapa akhbar, terdapat beberapa belas laporan polis telah dibuat ke atasnya oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang lima hari lalu.
PAS ingin mengingatkan ratusan laporan polis telah dibuat oleh pelbagai individu dan pertubuhan bukan kerajaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang celupar menghina Islam dan berpotensi mencetuskan konflik perkauman.
Contohnya, laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (DAP) P.Ramasamy yang dikaitkan dengan organisasi pengganas LTTE pada bulan Julai 2018.
Kemudian, laporan polis terhadap Menteri P. Waytha Moorthy yang menabur fitnah tentang kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan terhadap masyarakat Hindu di negara ini pada bulan November 2018.
Selain itu, laporan polis juga dibuat terhadap seorang exco Selangor V Ganabatirau (DAP) yang mengaitkan rusuhan robohan kuil dengan umat Islam.
Banyak lagi laporan polis telah dibuat ke atas pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Nga Kor Ming dan Chew Chong Sing rentetan kenyataan mereka yang mengundang kemarahan umat Islam.
Namun, apakah tindakan susulan yang telah diambil ke atas mereka? Adakah ini yang dimaksudkan dengan kedaulatan undang-undang di bawah Malaysia Baharu?
Islam Memimpin
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
24 Sya’ban 1440 | 30 April 2019 – HARAKAHDAILY 30/4/2019
1 comment:
Puak kafir harbi dan puak munafik liberal adalah kepala bapak rasis yang memusuhi Islam dan umat Islam.
Jika pemimpin-pemimpin kafir yang menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan Islam dan umat Islam, mereka tidak ditangkap dan direman walaupun banyak laporan dibuat terhadap mereka.
Sebaliknya KERAjaan cepat menangkap dan menahan reman pendakwah Islam jika puak kafir membuat laporan.
Wahai umat Islam, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS dan sekutunya untuk menumbangkan Pakatan Hancing dalam setiap PRK dan PRU.
Post a Comment