Saturday, May 04, 2019

Institusi Diraja Berhak Tegur K'jaan -Presiden PAS



MARANG - Institusi diraja berhak untuk memberikan sebarang pandangan, teguran mahupun kritikan terhadap pentadbiran di negara ini demi kepentingan rakyat dan negara, demikian menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, tiada salahnya teguran dibuat terdapat kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika itu untuk kebaikan semua.

"Institusi diraja mempunyai kaitan dengan kerajaan dan rakyat jadi, bukan kesalahan jika pihak istana campur tangan dalam hal-hal tertentu.

"Pada saya tak salah untuk (istana) memberi pandangan kerana sesi pemerintahan kita merangkumi istana dan juga kalangan politik," katanya kepada media ketika ditemui di kediamannya selepas berakhir kuliah di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Beliau berkata, politik di Malaysia merentasi semua lapisan masyarakat di negara ini.

"Ia luas dan bukan parti politik sahaja tetapi termasuk raja berperlembagaan," ujarnya.

Abdul Hadi berkata demikian sebagai respons kepada krisis yang dikatakan berlaku antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membabitkan pelbagai isu termasuk Statut Rom.

Kerajaan PH didakwa cuba menghapuskan Raja-Raja Melayu tetapi menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom selepas mendapat bantahan pelbagai pihak. (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails