Saturday, April 13, 2019

Tok Mat Kekal Kerusi DUN Rantau. Majoriti 4,510 Undi.

Tok Mat kekalkan kerusi DUN Rantau

RANTAU: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan majoriti 4,510 undi.

Mohamad Hasan menerima 10,397 undian mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram yang sekadar mendapat 5,887 undian.

Dua lagi calon, R Malarvizhi (BEBAS) hanya meraih 83 undi manakala seorang lagi calon BEBAS Mohd Nor Yassin menerima 79 undi.


Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau, Mohd Nizam Tajul Arus di Dewan SJK (C) Bandar Seri Sendayan pada jam 8:45 malam pada Sabtu.

“Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan daripada Barisan Nasional telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi bahagian negeri N27 Rantau,” katanya.

Tambah Nizam, jumlah kertas undi yang ditolak adalah sebanyak 146.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK Semenyih meningkat kepada 79.3 peratus berbanding enam PRK yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu.

PRK Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad Hasan pada PRU lalu tidak sah dan terbatal.

Ini selepas Streram, yang juga dicalonkan PH untuk PRU ke-14 lalu, dihalang daripada menghantar borang pencalonan ketika hari penamaan calon pada 28 April 2018.

Ini merupakan PRK ketujuh selepas PRU14 tahun lalu, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) dan DUN Semenyih (2 Mac). (AA)

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah Tok Mat mendapat lebih 10,800 undi mengalahkan calon PH yang hanya mendapat lebih 5000 undi. Allah memberkati kerjasama antara parti Islam PAS dan parti Melayu UMNO (BN) untuk menyatu-padukan umat Islam yang sebelum ini telah dipecah-belahkan dan dilemahkan oleh PH.

Tahniah dan syabas kepada kerjasama PAS-UMNO kerana memenangi PRK Rantau dengan majoriti yang besar dengan izin Allah. Ini membuktikan Allah memberkati kerjasama umat Islam untuk membela agama Islam dan umat Islam khususnya dan rakyat amnya !

InsyaAllah, kerjasama PAS-BN UMNO akan mengalahkan PH dalam PRK dan PRU15 yang akan datang. Amin.

Firman Allah SWT:

“Dan berpegang-teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu sebagai orang Islam bersaudara. Dan kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. (Aali Imran: 103)

Anonymous said...


PH sudah jatuh ditimpa tangga ! Puak PH bergaduh sama sendiri kerana kalah PRK Rantau ! Kah kah kah kah !

https://suara.tv/13/04/2019/penyokong-gaduh-sama-sendiri-di-bilik-gerakan-ph-selepas-kalah-prk-rantau/

Anonymous said...

Alhamdulillah...

Anonymous said...

Melayu dalam pan eloklah bertaubat daripada terus menjadi khadam dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails