Thursday, April 11, 2019

Golden Pharos Miliki 1,110 Hektar Konsesi Pembalakan Di T'ganu


DUNGUN, 10 April- Golden Pharos Berhad( GBP) salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri merupakan kumpulan pembalakan berlesen yang terbesar  dan mempunyai sejumlah 1, 110 hektar konsesi pembalakan di Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif GPB, Dato' Nadza Abdul berkata, konsesi seluas 1, 110 hektar itu dimiliki melalui dua anak syarikat iaitu Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT) dan Pesama Timber Corporation yang meliputi tujuh kawasan hutan simpan.

"Hari ini kita berada di dalam Hutan Simpan Pasir Raja yang merupakan salah satu daripada konsesi kawasan kawasan pembalakan.

" Tapi apa yang uniknya mengenai Hutan Pasir Raja ini, kawasan Hutan Lipur Cemerung ini adalah  yang kita namakan  'High Conservation Value Forest (HCVF) di mana kumpulan tidak melakukan aktiviti pembalakan usaha hasil, sebaliknya melestarikan hutan simpan dengan cara atau kaedah lain,"katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pihak media di sidang media di Kem Lansir, pada Program Ekspedisi Mendaki Cemerung Berembun Lansir (CBL), yang bermula pada 6 April dan berakhir 8 April lalu.

Menurut beliau lagi, hutan simpan CBL adalah hutan rekreasi atau hutan lipur yang merupakan khazanah yang sungguh cantik dan indah.

"Jadi sepanjang tiga hari, pendakian ini disertai seramai 55 orang melibatkan semua anak syarikat yang bernaung dibawah GPB dan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

" Ekspedisi ini adalah salah satu ekspedisi berkala yang dianjurkan oleh kumpulan GPB ini," ujarnya. (Teganukita)


Video: 

teganukita tv Live Stream

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails