Thursday, April 11, 2019

Di S'ngor, Kerang Mati Kelaparan.. Kerana PH (Keaksidan Air)


KEPUPUSAN atau pengurangan sumber kerang ketika ini berpunca perubahan suhu, keasidan air (pH air), rendah kandungan oksigen dan pencemaran bahan kimia tertentu.
Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi berkata, kerang yang didedahkan lebih daripada enam jam secara berterusan terhadap punca itu boleh menyebabkan kematian.

“Ia adalah proses pantai yang membabitkan tekanan kepada hidupan di persekitaran berkenaan. Kawalan ke atas bilangan atau aktiviti penternak tidak akan banyak membantu memulihkan peningkatan hasil, kecuali kualiti habitat dipulihkan.
“Kerang yang terdedah kepada sesuatu perubahan habitat yang negatif akan bertindak balas dengan menutup cengkerangnya.
“Pendedahan kepada ammonia pada jangka masa panjang akan memberi tekanan kepada kerang kerana ia akan kelaparan dan boleh mengakibatkan kepada kematian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Munir berkata, permasalahan ammonia ini turut diburukkan oleh peningkatan bacaan pH dan suhu air. Semakin tinggi kealkalian air maka semakin tinggi kepekatan ammonia.

“Kehadiran ammonia di dalam air berpunca daripada pelbagai sumber antropogenik (hasil aktiviti manusia).
“Antaranya penggunaan baja dan racun perosak di kawasan pertanian dan akuakultur sepanjang sungai terbabit. Selain itu, kehadiran kilang pemprosesan atau loji tidak terawat yang mengalirkan buangan terus ke sungai juga menjadi sumber peningkatan ammonia di dalam air.
“Pada 2015, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Jabatan Perikanan (DOF) sudah menjalankan satu kajian penyelidikan menyeluruh untuk mencari punca pemasalahan ini yang dijalankan di Kebun Kerang Selangor (KKS),” katanya.

Menurutnya, penurunan drastik ini menyebabkan DOF mengambil langkah menubuhkan KKS pada 2007 dengan tujuan melonjakkan kembali penghasilan kerang.

“Hasilnya, pada 2008 pengeluaran kerang melonjak kepada 14,750 tan metrik dan seterusnya memuncak pada 2010 iaitu 41,410 tan metrik.
“Namun sejak itu, pengeluaran kerang kembali suram dengan hanya 3,327 tan metrik dihasilkan pada 2015. Pelbagai faktor dikenal pasti menyebabkan keadaan ini. Antaranya ialah perubahan habitat kerang yang disebabkan oleh pembangunan pesat di kawasan daratan.
“Bagi mengatasi masalah penurunan hasil kerang di Selangor ini, FRI DOF melaksanakan satu kajian pembiakan aruhan kerang di sekitar perairan Kapar bersama-sama dengan TNB Research Sdn Bhd (milik Tenaga Nasional Berhad),” katanya.

Katanya, dengan mengambil kira faktor kerang atau nama saintifiknya Anadara granosa membiak secara sebaran dan pembiakannya boleh diaruhkan dengan faktor renjatan suhu, maka eksperimen dijalankan di lokasi berhampiran Stesen Janakuasa KEV di Kapar, Selangor.

“Stesen ini menggunakan air laut yang disedut melalui paip dan dibuang kembali ke laut kemudiannya bagi tujuan penyejukan jana kuasa. Air buangan ini mempunyai suhu sekitar 36 Celsius iaitu lebih panas daripada suhu air normal sekitar 31 Celsius.
“Pembiakan akan berlaku apabila kerang diaruhkan dengan peningkatan suhu mengejut sebanyak 5 Celsius. Kajian bersama ini yang dimulakan pada Jun 2016 untuk tempoh masa setahun mendapati wujudnya suatu lokasi di dasar laut berhampiran dengan Stesen Janakuasa KEV yang sesuai untuk eksperimen pembiakan aruhan kerang.
“Dalam kajian ini sejumlah hampir 10,000 kilogram (kg) kerang dewasa dengan purata saiz 33 mm dengan majoritinya bersedia untuk bertelur ditaburkan secara serakan di lokasi berkenaan pada Julai dan September 2016,” katanya. (HM)
Hasil carian imej untuk kerang kuala Selangor
Hasil carian imej untuk kerang kuala Selangor

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails