KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersyukur di atas permohonan maaf Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun berkaitan kenyataannya sebelum ini terhadap rakyat di negeri ini.
Menteri Besar, Ustaz Dato' Ahmad Yakob juga berkata beliau menerima kemaafan itu.
"Alhamdulillah, kita terima dan terima kasih," ujarnya ringkas sebagai mengulas kenyataan Azhar yang mendakwa rakyat Kelantan pulang mengundi untuk kekal kerajaan Kelantan.
Namun menurut Azhar lagi pada masa yang sama mereka pergi ke kelab malam ketika berada di luar negeri itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Seminar Hala Tuju Industri Mineral Negeri Kelantan di Dewan Teratai, di sini hari ini.
Mengulas perkara yang sama, timbalannya Dato’ Mohd Amar Abdullah pula mengingatkan Azhar berhati hati dengan setiap kenyataannya selepas ini.
Jelasnya, sebagai orang penting di Malaysia kenyataan sedemikian amat tidak wajar dikeluarkan.
"Kita memang tak setuju dengan kenyataannya itu, tetapi bila dia minta maaf, takkan kita nak kata kita tidak terima," ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/4/2019
No comments:
Post a Comment