TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR 9 April- Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini turut mempersoalkan mengapa tiada tindakan dikenakan terhadap Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin berhubung tulisannya berkaitan institusi raja-raja sebelum ini.
“Kadir Jasin tulis macam-macam pasal raja-raja ‘takda’ pun kena ‘seditious act’ 9Akta Hasutan). Tunku Mahkota Johor hanya tanya dan kongsi pendapat akan di tangkapߑ?ߏ?. Sila,” katanya menerusi ciapan beliau di sini hari ini.
A. Kadir yang terkenal dengan sikap kritikalnya kepada golongan raja-raja menerusi penulisan di laman blognya termasukmenyentuh mengenai istiadat pertabalan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment