Friday, April 12, 2019
Menarik! P'raya Jokowi Indonesia, Kertas Undi Ditemui Di Bangi &Kajang
Contoh kertas undi yang bakal digunakan dalam Pilpres 2019. - AP
KUALA LUMPUR: Kekecohan timbul pada Khamis susulan satu video yang tular di media sosial menunjukkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu sebuah gudang di Kajang yang menempatkan kertas undi Pemilihan Umum Presiden Indonesia (Pilpres) 2019 yang ditebuk.
Menurut sumber polis yang dihubungi, hasil siasatan polis tidak akan didedahkan sehingga siasatan selesai dijalankan.
Tambahnya, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dijangka akan mengeluarkan kenyataan berkenaan insiden tersebut dalam masa terdekat.
Sementara itu, media Indonesia melaporkan, wakil daripada Komisi Pemilihan Umum, badan yang menyelenggara pilihan raya di republik itu akan hadir ke Malaysia awal pagi esok untuk memantau situasi.
Laporan awal menyebut, kertas undi yang ditemui mempunyai kesan ditebuk, cara undi ditandakan, untuk nama calon kem nombor 1, Joko Widodo dan Ma'ruf Amin dan calon legislatif dari Partai Nasdem.
Astro AWANI turut menghubungi Ketua Panitia Pemungutan Luar Negeri Kuala Lumpur, Agung Cahaya Sumirat, namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan sehingga kini.
Laporan media Indonesia juga berkata Badan Pengawas Pemilu ingin undian di Malaysia yang dijadual pada 14 April dihentikan sementara.
Sebelum ini, ia dilaporkan ratusan karung beg mengandungi kertas undi Pilpres 2019 ditemui di dua tempat sekitar Kajang.
Lebih daripada 50 beg plastik yang dipenuhi dengan kertas pengundian awal pemilihan presiden Indonesia dilaporkan ditemui di dua lokasi di Bangi dan Kajang hari ini.
Kertas undi itu ditemui menjelang pengundian awal bagi penduduk Indonesia yang menetap di luar negara Ahad ini.
Portal Online Detik.com memetik ketua jawatankuasa pemantau pilihan raya bagi Kuala Lumpur Yaza Azzahra mengesahkan penemuan kertas undi yang ditandai memihak kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan pasangannya Ma'aruf Amin serta beberapa calon pilihanraya legislatif dari gabungan mereka.
"Saya menerima maklumat sekitar tengah hari dan saya segera pergi ke lokasi di mana terdapat kertas undi yang ditandakan.
“Berdasarkan sampel yang kami ambil, kami dapati kertas undi yang ditandakan dengan majoriti ditandakan untuk '01',” Yaza dilaporkan sebagai berkata.
Beliau merujuk kepada pasangan Jokowi-Ma'aruf yang bertanding dengan bekas panglima tentera Prabowo Subianto dan gandingannya Sandiaga Uno, disenaraikan di kertas undi sebagai "02".
"Kami telah memaklumkan kepada badan pemantau pemilihan (di Jakarta) mengenai perkara ini," beliau dilaporkan sebagai berkata. (IH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment