Thursday, April 11, 2019

K'tan Tak Naik Tarif Air, Walau 6 Negeri Setuju Naik.




KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak berhasrat menaikkan kadar tarif air dalam masa terdekat biar pun ada negeri lain bersedia meningkat tarifnya.
Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan pada mana-mana mesyuarat Exco setakat ini.
"Kadar tarif air masih kekal yang asal dan setakat ini kita tidak bincang untuk menaikkan kadar tarifnya," ujar beliau kepada media selepas mesyurat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Hari ini Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar dilapor berkata, enam negeri bersetuju menaikkan kadar tarif air, selaras usaha kerajaan menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.
Menurutnya persetujuan itu dicapai hasil rundingan kementerian bersama kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang masih lagi berjalan sekarang. - HARAKAHDAILY 10/4/2019

Video: 

JAWAB ISU AIR KELANTAN.wmv


Published on Apr 8, 2012

YB Dato Mohd Amar menjawab isu air di kelantan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails