Tuesday, April 09, 2019

Aktiviti Seks Puak Gay Di PP Pula..

Lelaki gay tawar aktiviti seks ditahan Jabatan Imigresen Pulau Pinang
Tempahan 'perkhidmatan' lelaki gay menerusi aplikasi dalam talian semakin berleluasa. - Astro AWANI 

GEORGE TOWN: Masuk ke Malaysia hanya untuk memuaskan nafsu songsang melalui langganan yang dibuat menerusi laman web khas atau aplikasi khas.

Itu taktik yang digunakan golongan lelaki yang menawarkan aktiviti tidak bermoral kepada golongan lelaki homoseksual di negara ini namun berjaya dipatahkan Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIMPP).

Dalam serbuan menerusi Ops Tegar yang djalankan Bahagian Penguatkuasaan JIM Pulau Pinang di sebuah hotel di George Town malam Isnin, seramai lima lelaki warganegara Indonesia ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti songsang itu.

Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Negeri, Kholijah Mohamad, golongan lelaki terbabit memasuki negara ini secara sah dan akan tinggal untuk tempoh tertentu bagi melakukan aktiviti tidak bermoral berdasarkan tempahan yang diterima.


Difahamkan, kebanyakan pelanggan menggunakan aplikasi khas dan dikenakan bayaran antara RM150 hingga RM250 untuk perkhidmatan seks yang ditawarkan bagi tempoh satu jam.

"Mereka menerima tempahan melalui  laman web dan online melalui aplikasi. Mereka akan masuk ke Malaysia dalam tempoh seminggu atau dua minggu.

"Selepas menjalankan aktiviti, mereka keluar dan masuk semula apabila dapat tempahan (seterusnya).

"Perkhidmatan (mereka) bermula (pada nilai antara) RM150 hingga RM250 sejam," ujar Kholijah.

Katanya, siasatan mendapati golongan berkenaan kerap memasuki negara ini dan akan pulang semula ke negara asal sebelum kembali semula ke Malaysia jika mendapat tempahan daripada pelanggan.

Kebiasaannya, pelanggan yang membuat tempahan berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun.

Kholijah berkata, serbuan dilakukan hasil risikan yang dijalankan anggotanya sehingga berjaya membongkar aktiviti tersebut.

Dalam serbuan itu  beberapa barangan untuk melakukan seks antaranya kondom, gel pelincir, wang tunai RM3500 dan pasport, dirampas.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Jabatan Imigresen Pulau Pinang untuk siasatan lanjut kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan Imigresen 1966 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menyalahgunakan pas lawatan. (AA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails