KECANGGIHAN teknologi kamera litar tertutup (CCTV), kamera intip atau tersembunyi yang tujuan asalnya untuk pemantauan keselamatan boleh bertukar menjadi igauan ngeri bagi wanita apabila disalahguna lelaki psiko sebagai alat skodeng moden.
Pemantauan Harian Metro di laman sosial mendapati peralatan kamera intip banyak dijual dengan pelbagai bentuk seperti skru, penyangkut baju, pili air, pemegang kunci, pen, topi, cermin mata, tombol atau loceng pintu, pemetik api, malah ada diperbuat sekecil mata skru yang pastinya sukar disedari mangsa.
Kebanyakan peralatan itu buatan luar negara, khususnya dari China dijual pada harga serendah RM18 sehingga paling mahal mencecah ribuan ringgit mengikut spesifikasi tertentu.
NASHA Aziz (kiri) antara yang menjadi mangsa skodeng (HM). FOTO/NSTP
Menurut Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong, berdasarkan kes pencabulan privasi wanita diterima pihaknya berkaitan penggunaan peralatan kamera intip mendapati kebanyakan pelakunya akan meletakkan alat itu di bilik air.
“Pengintip atau orang lelaki yang suka mengintai cara moden ini gemar melihat wanita mandi atau buang air.
“Kami mendapati kes yang diterima kebanyakannya tak membabitkan pelakunya mahu mencari untung dengan menjual gambar atau video mangsa, sebaliknya hanya untuk memenuhi nafsu pengintip itu sendiri saja,” katanya.
Antara kes diterimanya membabitkan dua gadis masih menuntut di salah sebuah maktab perguruan yang mengikut rakan lelakinya bercuti di Sarawak.
Gadis itu yang menumpang di rumah rakan lelaki itu terkejut dan trauma apabila mendapati sebatang pen yang diletakkan di bilik air mempunyai kamera micro.
Kisah lain, katanya, membabitkan lima penyewa yang menjadi mangsa ‘skodeng moden’ tuan rumah apabila kamera intip diletakkan di semua bilik air dan bilik tidur.
Selain itu, tiga pelajar berusia 15 tahun sebuah sekolah swasta di ibu negara dikejutkan dengan video mereka sedang mandi tular dalam kalangan rakan sekolah, lima bulan selepas mereka mengikuti kelas renang.
“Ada juga kes kami terima terdapat unsur mengugut dan memalukan mangsa supaya mangsa tunduk dengannya. Antaranya kes sepasang kekasih yang berpisah selepas lapan tahun bercinta.
“Kehidupan mangsa menjadi tidak tenteram apabila bekas teman lelakinya memiliki rakaman tiga video mangsa sedang mandi dan mengugut disebarkan.
“Apa pun, kebanyakan mangsa didapati sukar pulih daripada tekanan perasaan selepas mengetahui privasi tubuh badan mereka dicerobohi,” katanya.
Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan mengelak menjadi mangsa diintip, seseorang boleh memeriksa kewujudan kamera intip, tersembunyi atau spycam dengan menutup suis lampu dan menggunakan kamera telefon yang dihalakan ke arah objek disyaki itu.
“Jika muncul tanda merah di paparan telefon pintar maka ia sah memiliki alat perakam video di dalamnya,” katanya. (HM)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ramai yang salah faham, serbuan khalwat bukanlah skodeng, intip atau tajassus seperti yang ditegah oleh Islam..
Lihat, ini sebuah kewajipan yang jelas..
Kefahaman Nahi Mungkar atau mencegah sesuatu kemaksiatan adalah perkara yang sangat asasi dalam jiwa seorang muslim. Ianya merupakan kewajipan yang jelas bahkan ianya turut menjadi kayu ukur kepada keimanan seseorang itu.
Cukuplah satu hadis yang biasa kita dengar ini menjadi dalil akan kefardhuannya itu:
- Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.”
Hikmah wujudnya mencegah kemaksiatan itu bukanlah sekadar atas dasar suruhan agama semata-mata, namun ianya wujud demi memelihara maslahat umum masyarakat dalam sesebuah Negara. Seperti mana kemaksiatan itu bakal memusnahkan sistem kemasyarakatan serta negara keseluruhannya, maka mencegah kemungkaran itu akan terus memelihara sistem dan kestabilan Negara tersebut.
Berasaskan kefahaman inilah syariat Islam apabila berbicara dalam soal pemerintahan sebuah negara telah mengariskan salah satu tugasan utama pemerintah adalah mencegah kemungkaran yang disebut sebagai al-hisbah. Al-Muhtasib iaitu orang yang menjalankan hisbah sebagai wakil kepada pemerintahbertanggungjawab memastikan masyarakat terus jauh daripada perilaku maksiat.
Mereka berperanan untuk mencegah kemungkaran apabila ianya jelas dilakukan. Dalam masa yang sama, wujud dalam syariat Islam itu suatu perkara yang disebut sabagai larangan tajassus. Iaitu larangan untuk mengintai atau mencari-cari akan kesalahan muslim yang lain. Perkara ini juga jelas disebut oleh syarak bahkan difahami oleh sahabat ra serta ulama-ulama setelah itu.
Asas kepada wujudnya larangan tajassus ini adalah kerana hubungan sesama muslim sepatutnya berdiri atas perasaan husnu zon (bersangka baik). Maka tindakan tajassus ini adalah satu lambang kepada perasaan suu zon (bersangka buruk) yang ditegah oleh syariat itu sendiri.
Antara tajassus dan nahi mungkar.
Mencegah kemungkaran itu wajib, melakukan hisbah oleh pemerintah itu perlu dan dalam masa yang sama kefahaman larang tajassus itu benar wujud. Gagal memahami persempadanan ini dengan betul menyebabkan akhirnya kita menuduh akan suatu tindakan nahi mungkar seperti serbuan khalwat dan lain-lain itu tajassus dan sebaliknya.
Salah faham ini bukan sekadar berlaku dalam masyarakat umum tetapi dikalangan asatizah atau pemimpin masyarakat juga terjadi. Lebih menyedihkan isu ini telah diambil peluang oleh golongan-golongan Islam liberal seperti SIS, G25 dan lain-lain lagi demi memastikan kerangka kefahaman nahi mungkar dikalangan masyarakat khususnya umat Islam terus celaru.
Hakikatnya mereka bukan perjuangkan supaya tidak berlaku tajassus dalam hisbah, tetapi yang mereka mahukan adalah kebebasan melakukan maksiat.
Lihat juga hadis-hadis ini..
Dari Abi Barzah al-Aslami, beliau berkata : Rasulullah SAW berkata : “Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya (tetapi) tidak masuk iman itu ke dalam hatinya! Janganlah mengumpat orang-orang Islam dan janganlah mencari-cari keaiban mereka, sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban orang maka Allah akan mencari keaibannya, dan sesiapa yang dicari oleh Allah akan keaibannya maka Dia akan menyingkap keaibannya (hatta) di rumahnya sendiri.” (Riwayat Abu Daud; dinilai oleh al-Albani sebagai hasan sahih)

- Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain (Al-Hujrat : 12)
Asas kepada wujudnya larangan tajassus ini adalah kerana hubungan sesama muslim sepatutnya berdiri atas perasaan husnu zon (bersangka baik). Maka tindakan tajassus ini adalah satu lambang kepada perasaan suu zon (bersangka buruk) yang ditegah oleh syariat itu sendiri.
Antara tajassus dan nahi mungkar.
Mencegah kemungkaran itu wajib, melakukan hisbah oleh pemerintah itu perlu dan dalam masa yang sama kefahaman larang tajassus itu benar wujud. Gagal memahami persempadanan ini dengan betul menyebabkan akhirnya kita menuduh akan suatu tindakan nahi mungkar seperti serbuan khalwat dan lain-lain itu tajassus dan sebaliknya.
Salah faham ini bukan sekadar berlaku dalam masyarakat umum tetapi dikalangan asatizah atau pemimpin masyarakat juga terjadi. Lebih menyedihkan isu ini telah diambil peluang oleh golongan-golongan Islam liberal seperti SIS, G25 dan lain-lain lagi demi memastikan kerangka kefahaman nahi mungkar dikalangan masyarakat khususnya umat Islam terus celaru.
Hakikatnya mereka bukan perjuangkan supaya tidak berlaku tajassus dalam hisbah, tetapi yang mereka mahukan adalah kebebasan melakukan maksiat.
Lihat juga hadis-hadis ini..
Dari Abi Barzah al-Aslami, beliau berkata : Rasulullah SAW berkata : “Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya (tetapi) tidak masuk iman itu ke dalam hatinya! Janganlah mengumpat orang-orang Islam dan janganlah mencari-cari keaiban mereka, sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban orang maka Allah akan mencari keaibannya, dan sesiapa yang dicari oleh Allah akan keaibannya maka Dia akan menyingkap keaibannya (hatta) di rumahnya sendiri.” (Riwayat Abu Daud; dinilai oleh al-Albani sebagai hasan sahih)
قال الإمام أبي محمد التميمي حاكياً اعتقاد الإمام أحمد رحمه الله : (( وكان يذهب إلى أنه لا يجوز كشف منكر قد استُسر به ، كما لا يجوز ترك إنكاره مع المظاهرة والمجاهرة ، ويأمر بأن يُظن بالناس خيراً )) . وفرَّق رحمه الله بين ظهور الأمارات أو العلامات الدالة على وقوع منكرٍ ، وبين طلب تلك العلامات والبحث عن العورات الذي هو التجسس ، قال: (( وكان يقول : إن التواري بالمنكر لا يمنع إنكاره إذا ظهرت رائحة أو صوت )) فظهور رائحة المسكر علامة على وجوده وهكذا .
Berkata imam Abi Muhammad At-Tamimi bahawa ini adalah kepercayaan Imam Ahmad rahimallah lalu berkata: Imam Ahmad berpendirian adalah tidak boleh kita mengintai kemungkaran yang dilakukan secara rahsia seperti mana tidak boleh kita membiarkan sesuatu kemungkaran itu apabila kita melihatnya kerana kita perlu bersangka baik sesame muslim, namun Imam Ahmad membezakan antara terdapatnya petanda kepada berlakunya kemaksiatan itu atau mencari-mencari keaiban orang lain (tajassus). Sebab itulah Imam Ahmad pernah berkata: Kemaksiatan yang dilakukan secara tersembunyi hendaklah dibendung jika wujud padanya suara (petanda berlaku zina) atau bau (petanda minum arak)
Dalam kitab Tabsirah Al-Hukam fi Usulil Aqdiyah wa Manahijul Ahkam ada menaqalkan kalam Ibnu Al-Majashun
قال ابن الماجشون : ” اللصوص وقطاع الطريق أرى أن يطلبوا في مظانهم، ويعان عليهم حتى يقتلوا أو ينفوا من الأرض بالهرب. وطلبهم لا يكون إلا بالتجسس عليهم وتتبع أخبارهم ” وكذا ذكر الفقهاء أنه إذا اشتهر وجود حانة خمر في بيت أو ممارسة الرذيلة ونحو ذلك، فلإمام المسلمين أن يبعث من يتجسس عليهم
Pencuri dan penyamun hendaklah kita selalu perhatikan pemikiran mereka, mengawasi dan menentang mereka hinggalah mereka diperangi atau dibuang negeri. Memerhatikan mereka tidak akan sempurna melainkan dengan tajassus (mengintip) serta mengikuti perkembangan mereka.
Imam Nawawi juga pernah menaqalkan kalam Mawardi yang menyebut bahawa hal yang dibenarkan tajassus adalah ketika adanya kemungkinan berlakunya pencerobohan keatas kehormatan seseorang seperti seseorang melaporkan bahawa ada lelaki berdua-duan bersama perempuan untuk lakukan zina, seorang lelaki yang ingin bertindak membunuh seseorang dan lain-lain lagi. Dimana dalam situasi ini walaupun bukti yang ada adalah lemah, tajassus hendaklah dilakukan.
Ini juga kerana demi maslahat umum iaitu memastikan kezaliman itu tidak terjadi terhadap orang lain adalah lebih besar berbanding melihat maslahat peribadi. Perkara ini selari dengan kaedah fiqh yang menyebut dilakukan mudharat yang kecil demi menolak mudharat yang lebih besar.
Perkara ini jelas tidak bertentangan dengan kisah Khalifah Umar ra bersama pelaku peminum arak, kerana dalam hal tersebut maksiat meminum arak itu adalah bersifat peribadi iaitu tidak menzalimin orang lain. Bahkan dalam kisah tersebut tidak wujudnya sebarang petanda yang maksiat itu sedang dilakukan.
Berdasarkan kefahaman kita terhadap perkara diatas jelas disini ruang tajassus itu adalah pada sesuatu maksiat peribadi iaitu tidak libatkan menzalimi pihak lain yang dilakukan secara tersembunyi hingga tidak ada sebarang petanda dia melakukannya. Maka jika ini yang terjadi pihak al muhtasib tidak boleh melakukan nahi mungkar.
Isu khalwat ini perlu difahami bahawa tindakan serbuan tersebut bukanlah kerana takutkan wujudnya maksiat lain dalam khalwat itu, tetapi tindakan seseorang itu berdua-duaan dengan bukan muhrim itu sendiri adalah satu bentuk maksiat. Perkara inilah yang digariskan oleh Imam al-Ghazali

كما أن الخلوة بالأجنبية في نفسها معصية لأنها مظنة وقوع المعصية ، وتحصيل المعصية معصية
Sesungguhnya khalwat dengan muhrim itu sendiri adalah satu bentuk maksiat kerana ianya adalah satu perbuatan yang akan membawa kepada maksiat (zina). Perkara yang menghasilkan maksiat adalah satu maksiat.
Dalam syarak, jika natijah sesuatu perbuatan adalah suatu dosa yang berat, maka wasilah (jalan) kepada dosa tersebut juga mestilah dibenteras. Ini dinamakan qawaid al-wasail. Dan khalwat ini membawa kepada dosa yang besar iala itu zina (secara kebiasaannya), maka khalwat yang merupakan wasilah kepada zina tersebut mestilah dibenteraskan. Walaupun ia mengganggu sedikit maslahah yang lain, namun untuk menolak mudarat yang lebih besar dibolehkan untuk berlakunya mudarat yang lebih kecil.
Akhirnya...
Serbuan khalwat yang dilakukan pegawai jabatan agama Islam pada pada hari ini bukanlah satu bentuk tajassus. Tetapi ianya adalah satu bentuk nahi mungkar demi memelihara syariat Islam dan kemaslahatan masyarakat itu sendiri. Ianya adalah satu perbuatan yang syarie serta perlu diimani oleh semua muslim tanpa terkecuali.

Jika berlaku permasalahan pada sudut pelaksanaan maka yang perlu ditegur atau diperbaiki adalah perlaksanaannya dan bukan menghapuskan undang-undang ini atau menolak kefahaman asas yang sangat jelas ini.
Kita juga perlu hati-hati dalam memahami konteks ayat Al-Quran dan Hadis kerana ditakuti kita akan meninggalkan suatu kewajipan yang sangat jelas dalam syarak lalu.
Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. (78) Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Al-Maidah 78-79)bakal mengundang laknat Allah SWT kepada kita semua tidak kira samada mereka adalah perlaku maksiat atau mereka yang berdiam diri melihat kemaksiatan yang dilakukan oleh orang lain.
Sekian..

5 comments:
Tahniah dan syabas kepada Tuan Ibnuhasyim kerana memberikan maklumat ilmiah kepada pembaca. Please keep it up !
Assalamualaikum tuan ibnuhasyim yg dihormati,
Saya cuba melayari laman web tuan dengan menggunakan handphone tetapi malangnya saya gagal. Yang dipaparkan pada skrin saya ialah:
This site can't be reached
www.ibnuhasyim.com refused to connect.
Laman web riduantee pun tidak boleh diakses kerana masalah yang sama.
Adakah pH cuba menghalang orang ramai dari mengakses laman web tuan ?
Kebiadapan dan kejahatan puak kafir harbi telah melampaui batas:
Ekstremis Hindu ugut bunuh pendakwah bebas Firdaus Wong
https://www.ismaweb.net/2019/04/12/ekstremis-hindu-ugut-bunuh-pendakwah-bebas-firdaus-wong/
Wahai umat Islam marilah kita semua bersatu padu menyokong, membela dan melindungi Dr Zakir Naik, Firdaus Wong dll dari ancaman puak kafir harbi yang amat memusuhi agama Islam dan umat Islam.
Alhamdulillah Tok Mat mendapat lebih 10,800 undi mengalahkan calon PH yang hanya mendapat lebih 5000 undi.
Tahniah dan syabas kepada kerjasama PAS-UMNO kerana memenangi PRK Rantau dengan majoriti yang besar dengan izin Allah. Ini membuktikan Allah memberkati kerjasama umat Islam untuk membela agama Islam dan umat Islam khususnya dan rakyat amnya !
InsyaAllah, kerjasama PAS-BN UMNO akan mengalahkan PH dalam PRK dan PRU15 yang akan datang. Amin.
Firman Allah SWT:
“Dan berpegang-teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu sebagai orang Islam bersaudara. Dan kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. (Aali Imran: 103)
Puak PH bergaduh sama sendiri kerana kalah PRK Rantau ! Kah kah kah kah !
https://suara.tv/13/04/2019/penyokong-gaduh-sama-sendiri-di-bilik-gerakan-ph-selepas-kalah-prk-rantau/
Post a Comment