Pantun hentam PH serikan Ceramah Perdana BN-PAS
SERMBAN: Puluhan ribu hadirin yang membanjiri tapak ceramah di Taman Angsamas di sini bertepuk kegembiraan apabila pengerusi majlis ceramah perdana, Dato’ Mohd Alwi Che Mat berpantun, dan kemudian Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker turut berpantun sama.
Walau nada pantun Ti Lian Ker berbunyi pelat kecinaan, namun ia sangat menghiburkan hadirin.
"Kalau panjang lagi, tak selesai ceramah malam ini," kata Ti Lian Ker yang diberi peluang berceramah di awal Ceramah Perdana PRK Rantau di sini malam ini.
Paling mencuri perhatian, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri turut berpantun.
Buah salak buah kedondong,
Masak sebiji di atas peti,
Bukan salah ibu mengandung,
Salah kerana buang undi.
Masak sebiji di atas peti,
Bukan salah ibu mengandung,
Salah kerana buang undi.
Pantun dikiaskan kepada kesilapan pengundi memberi undi kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lalu yang menyebabkan kini rakyat sengsara.
Pantun Tuan Guru disambut dengan tepukan gemuruh, malah hadirin meminta beliau berpantun lagi.
Selain beliau dan Lian Ker, turut berceramah malam ini ialah Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Mohammad Hasan dan Timbalan Presiden MIC, Dato’ Seri T Saravanan.
Kira-kira 15,000 memenuhi tapak ceramah malam ini, sambil sesekali menyalakan lampu dari telefon bimbit masing-masing apabila diminta menyalakan lampu oleh pengerusi majlis.
Ceramah malam ini adalah kemuncak kerana hanya tinggal 48 jam sahaja lagi untuk pengundi di Dun Rantau menunaikan tanggungjawab mereka pada 13 April ini bagi memilih wakil rakyat mereka.
PRK Rantau diadakan selepas SPR membatalkan keputusan bagi kawasan ini selepas PH memfailkan petisyen di mahkamah bagi membantah keputusan PRU14 lalu.
Dalam PRU14 lalu, Mohamad, mantan MB Negeri Sembilan mewakili BN menang tanpa bertanding selepas pencabarnya Dr Streram dihalang masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak membawa pas SPR.
Mohamad sebagai calon mewakili BN dalam PRK Rantau dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH), Dr Streram A/L Sinnasamy dan dua calon bebas Malarcizhi A/P M.Rajaram serta Mohd Nor Yassin. –HARAKAHDAILY 11/4/2019
No comments:
Post a Comment