Wednesday, April 10, 2019

Wujud Kumpulan ‘deep state’ Lakukan Kudeta? PAS Tuntut M/Luar Jelaskan..



Statut Rom: PH serang Majlis Raja-Raja?
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menuntut penjelasan daripada YB Menteri Luar Negeri yang mengatakan mengenai wujud kumpulan ‘deep state’ yang berkemungkinan melakukan kudeta ke atas kerajaan.
Beliau berkata demikian selepas pengumuman YAB Perdana Menteri menarik semula Statut Rom beberapa hari lalu.
Ucapan beliau yang mendakwa wujudnya ‘deep state’ dan ancaman ‘kudeta’ turut dikongsi oleh beberapa pemimpin PH yang lain.
Selain beliau, beberapa pemimpin PH juga menempelak tindakan penarikan semula dengan pelbagai kata-kata kesat yang lain.
Persoalannya, kepada siapa kata-kata kesat tersebut ditujukan?
Kini, pemimpin PH memberikan tekanan pula terhadap empat orang ahli akademik yang mengemukakan rumusan eksekutif Statut Rom kepada Majlis Raja-Raja.
Tindakan ini sangat keterlaluan dan mengongkong ahli akademik untuk mengutarakan pendapat mereka.
PAS juga turut mempersoalkan apa sebenarnya tindakan Peguam Negara yang berperanan untuk memberi nasihat kepada Perdana Menteri dalam hal ini?
Dimaklumkan, Peguam Negara juga turut hadir bersama dengan Menteri Luar dalam pertemuan bersama Majlis Raja-Raja tempoh hari.
NASRUDIN HASSAN

Ketua Penerangan PAS Pusat

3 Syaaban 1440 | 9 April 2019 – HARAKAHDAILY 9/4/2019



Komen Weblog Ibnu Hasym: Wujud kumpulan ‘deep state’ berkemungkinan melakukan kudeta ke atas kerajaan? PAS tuntut Menteri Luar jelas dan buktikan segera..

1 comment:

Anonymous said...

Sebelum PRU, Pakatan Hancing sibuk main wayang opera di hadapan rakyat kononnya Pakatan Hancing memperjuangkan hak kebebasan bersuara yang kononnya telah dinafikan oleh kerajaan terdahulu.

Selepas PRU, Pakatan Hancing pula yang menekan empat ahli akademik kerana ahli akademik tersebut mengamalkan prinsip demokrasi dan hak kebebasan bersuara mereka dengan mengemukakan rumusan eksekutif Statut Rom kepada Majlis Raja-Raja.

Umat Islam merasa sangat marah apabila mereka mengetahui Pakatan Hancing mahu menggunakan Rome Statute untuk menghapuskan kuasa raja-raja Melayu dan Agong yang menjadi ketua agama Islam dan penaung umat Islam supaya agama Islam dan umat Islam boleh ditindas oleh puak kafir harbi dan khadam liberal mereka.

Maka ini jelas membuktikan Pakatan Hancing mengamalkan kuku besi dan mereka tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, prinsip demokrasi dan hak bersuara rakyat !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails