Thursday, April 11, 2019

'Ayam' Vietnam. Najis Pelacur, 9 Salahfaham Puak Liberal..



'Ayam' Vietnam masuk jerat
PENAHANAN wanita dipercayai sebagai ‘mummy’ membongkar kegiatan pelacuran lima gadis warga Vietnam dalam Ops Noda/Cantas di hotel di Jalan Lintas Luyang, di Kota Kinabalu, malam tadi.
Serbuan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Hamizi Halim, menahan lima lelaki disyaki pelanggan susulan penemuan kondom yang sudah digunakan.
Turut ditemui 32 keping kondom, enam tiub minyak pelincir, 10 telefon bimbit dan RM3,410 tunai dipercayai hasil kegiatan pelacuran.
Ketika serbuan, seorang daripada gadis Vietnam berusia 19 tahun yang ditahan bertindak agresif dengan mengamuk dan enggan memberi kerjasama, namun dapat dikawal oleh pasukan serbuan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi yang bermula kira-kira 11 malam itu menahan wanita berusia 29 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penjaga atau ‘mummy’.
“Berikutan itu, pasukan serbuan berjaya menangkap lima wanita warga Vietnam yang disyaki melakukan kegiatan pelacuran.
“Kelima-lima mereka ini ditahan di dalam bilik berbeza di tingkat lima dan enam di hotel berkenaan,” katanya di sini, hari ini.
Habibi berkata, siasatan mendapati modus operandi suspek ini adalah mencari pelanggan dengan menggunakan WhatsApp dan WeChat.
“Harga ditawarkan bagi setiap langganan perkhidmatan seks sebanyak RM268.
“Semua tangkapan warga Vietnam berusia antara 19 hingga 29 tahun dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti dalang utama dalam kegiatan pelacuran ini. (HM)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom lihat kekeliruan puak-puak sesat liberal mengenai pelacuran dalam Islam.

'Sex Work is Work', itu salah satu isu kontraversi dalam perarakan semperna Hari Wanita 2019 baru lalu.

Sebenarnya, isu pelacur memohon hak mereka diiktiraf bukan perkara baru, telahpun berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Surah An-Nur ayat 33 misalnya, memang spesifik Allah bercakap tentang pelacur.

Ulamak menulis..

1. Ada di kalangan puak liberal sesat yang mengatakan bahawa pelacur pernah memohon hak mereka di zaman Rasulullah ﷺ lagi. Mereka menggunakan ayat ke 33 daripada Surah al-Nur sebagai hujah lalu menyimpulkan bahawa Islam telah lama mengiktiraf hak pelacur di sisi masyarakat.

2. Meneliti ayat ke 33 daripada surah al-Nur, kita akan dapati bahawa tiada pelacur yang meminta hak mereka di dalam hal ini. Ini adalah satu kekeliruan yang jelas. Menurut al-Tabari, al-Qurtubi dan Ibn Kathir ayat ini diturunkan ke atas Abdullah ibn Ubai, Ketua Munafiq yang memaksa hamba perempuannya untuk melacurkan diri.

3. Kata al-Imam Ibn Kathir:
وكان سبب نزول هذه الآية الكريمة في شأن عبد اللّه بن أبي بن سلول فإنه كان له إماء فكان يكرههن على البغاء طلباً لخراجهن
“Adapun sebab penurunan ayat ini adalah ia berkenaan perihal Abdullah ibn Ubai ibn Salul. Beliau mempunyai hamba-hamba perempuan lalu memaksa mereka untuk melacurkan diri semata-mata untuk mendapatkan upah pelacuran itu. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim)

4. Menurut riwayat al-Zuhri, hamba perempuan itu bernama Muazah dan beliau telah dipaksa oleh Abdullah ibn Ubai untuk melacurkan diri.
Riwayat al-Suddi pula menjelaskan terdapat seorang lelaki Quraysh berkenan dengan Muazah lalu lelaki itu menyatakan hasratnya kepada Abdullah bin Ubai. Muazah sebagai muslimah tidak rela diperlakukan sedemikian lalu beliau mengadukan perkara ini kepada Abu Bakar. Lantas Abu Bakar menyampaikan perkara ini kepada Rasulullah ﷺ lalu ayat ini diturunkan sebagai larangan kepada paksaan pelacuran itu.

5. Jelas melalui riwayat di atas, tiada pelacur yang meminta hak mereka untuk terbabit dengan sex work. Muazah mengadu kepada Abu Bakar bukan atas kapasiti seorang pelacur yang meminta haknya. Beliau datang sebagai muslimah yang menolak daripada melakukan perkara keji. Jelas ayat itu diturunkan bagi mencegah perbuatan yang menzalimi wanita.
Begitu tinggi nilai Islam yang mengangkat wanita dan menyelamatkan mereka dari dipaksa menjadi pelacur. Anehnya golongan liberal memperjuangkan pula hak-hak buat pelacur. Bukankah perjuangan liberal ini menjatuhkan maruah wanita?

6. Larangan membabitkan diri dalam industri pelacuran telah jelas melalui ayat-ayat yang melarang perlakuan zina. Allah mengeji pengamal zina dan menyifatkan zina sebagai seburuk-buruk perlakuan (Surah al-Isra:32). Malah Rasulullah ﷺ memelihara wanita daripada terjebak dalam industri zina ini. 
Sabda Rasulullah: لا مُسَاعاة في الإسلام، مَن سَاعى في الجاهلية، فقد لحق بعصَبَته 
“Tiada pelacuran dalam Islam. Sekiranya seseorang melakukannya pada zaman Jahiliah maka anak yang diperolehi akan dinasabkan kepada Tuannya (hamba perempuan itu).” (HR Muslim).

7. Bahkan di dalam kaedah Usul Fiqh, para sarjana Islam telah meletakkan satu kaedah khas dalam menangani perkara ini.
Kata mereka: وما ادى الى الحرام فهو حرام
“Sesuatu yang membawa kepada haram adalah haram”
Iaitu sekiranya pekerjaan pelacuran ini membawa kepada zina yang telah diharamkan, maka industry sex work (pelacuran) ini sudah tentu haram. Anehnya golongan liberal memperjuangkan pula sex work ini.

8. Islam memuliakan wanita, mengangkat wanita pada kedudukan yang tinggi. Islam memelihara maruah wanita daripada dinodai. Apa yang diperjuangkan oleh liberal seakan merendahkan hak wanita. Memberikan hak yang keliru dalam mempertahankan pelacuran.

9. Bahkan sekiranya seorang wanita itu sudah terlanjur menjadi pelacur sekalipun, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Dalam sebuah hadith, Rasulullah ﷺ menjelaskan bagaimana Allah memberikan ganjaran terhadap pelacur yang memberi minum kepada anjing. Begitu tinggi nilai yang Islam letakkan kepada hambanya yang kembali kepada kebenaran.

Semoga Allah membimbing kita semua.

3 comments:

Anonymous said...

Puak liberal termasuk puak 'Islam' liberal adalah puak sesat lagi menyesatkan kerana mereka menyembah akal jahil murakkab dan hawa nafsu serakah mereka sendiri sebagai tuhan mereka kerana hedonisme adalah matlamat kehidupan mereka. Maka kita tidak terkejut melihat mereka bersekongkol dengan parti kafir harbi DA-Pigs dan khadam-khadam liberal DA-Pigs untuk menyesatkan umat Islam.

Dengan sokongan puak kafir dan puak munafik, puak 'Islam' liberal yang bertopengkan 'Islam' berusaha untuk menipu, menyesatkan dan memurtadkan umat Islam dengan memutar-belitkan ajaran Al-Qur'an dan menolak sebahagian besar ajaran Al-Qur'an dan semua Sunnah yang bertentangan dengan akal jahil murakkab dan hawa nafsu serakah puak liberal.

Puak liberal ini menganut dan mengamalkan 'matlamat menghalalkan cara' untuk mencapai kehendak-kehendak nafsu serakah mereka sendiri dan mereka sanggup menolak prinsip moral dan ajaran Islam jika mereka menganggap prinsip moral dan ajaran Islam menghalang kehendak-kehendal nafsu serakah dan hedonisme mereka. Bahkan mereka berani menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam termasuk hukum Allah.

Allah telah berfirman yang bermaksud:

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
(Al-Baqarah 2:14)

Maka kita tidak terkejut melihat puak liberal sesat lagi menyesatkan ini menyokong dan memperjuangkan pergaulan bebas, zina @ seks bebas, pelacuran, wife swapping @ bertukar-tukar bini dengan pasangan lain untuk tujuan zina, arak, judi, LGBT, feminisme, kebebasan untuk murtad dll.

Puak liberal juga mahu menghapuskan institusi Islam seperti mahkamah Syariah dan undang-undang Islam yang menghalang mereka dari melakukan kemungkaran dan kesesatan dan murtad.

Sesungguhnya puak liberal telah murtad atau terbatal iman mereka kerana mereka telah mempertikai dan menolak Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah S.A.W..

Anonymous said...


Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam:

Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.

Anonymous said...

nak tengok komen penyokong puak Liberal terutama daripada penyokong PH khususnya, sebab diorang ni semuanya otak tak betul

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails