Tuesday, September 25, 2018

Sah, Azmin Menang 176 Undi, Di P/Pinang



Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir


BUTTERWORTH: Permatang Pauh yang dahulunya diwakili Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memilih Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, menang bagi jumlah kiraan undi di semua 13 cabang di Pulau Pinang.
Azmin memenangi pemilihan parti itu di Pulau Pinang, mengatasi cabaran Rafizi di lapan cabang negeri manakala selebihnya berpihak kepada Rafizi.
Berdasarkan kiraan undi secara terkumpul, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mendapat 3,326 undi berbanding Rafizi 3,150 dengan majoriti hanya 176 undi.
Azmin menang di cabang Kepala Batas, Batu Kawan, Nibong Tebal, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bayan Baru dan Bukit Mertajam manakala Rafizi menang di Permatang Pauh, Bagan, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor dan Balik Pulau.
Keputusan itu sah setakat ini namun bergantung kepada pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din yang akan bermesyuarat bersama pihak pengaturcara sama ada keputusan itu adalah muktamad atau sebaliknya.
Rashid menerusi portal rasmi PKR berkata, perkara yang perlu diteliti ialah analisis teknikal sistem e-undi, pengesahan pengundi ragu dan pengesahan jumlah undi dalam sistem yang digunakan sehingga menimbulkan banyak masalah pada hari pemilihan tempoh hari.
Azmin menerusi akaun laman Twitter mengucapkan terima kasih kepada ahli PKR Pulau Pinang yang memilihnya sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan Sabtu lalu.

Maka wajah penyokong-penyokong Azmin/Tun M dalam PKR pun berseri-seri. (IH)

10 comments:

Hj Aduka said...

Aik, Ibnu buang tabiat ker siar berita parti kerajaan, Kami mahu berita parti UMNO dan PAS yang semakin melingkup tu...

Anonymous said...

Orang meroyan, sokong dia pun dia marah..
Ha ha ha.

Anonymous said...

Hoiii. Berani ko cakap parti islam pas melingkup. Laknat punya pemakan dedak lebai kulop dap.

Wahai sedara2 ku ahli pas sekalian. Mari kita solat hajat hancurkan semua penyokong ph pemakan dedak dap. Mari semua!!!!

Takbirrr

ted manoff said...

Tembakkk lagii pak asim...kikiki..tapii kenapa peluru pak asim kena pas?...penggg..pengggg..kikiki..😊😊😜

Anonymous said...


PAS serba-salah. Ikut kan Pemimpin Nombor 1 PAS hendakkan Azmin tapi Azmin dengan Tun Mahathir...

PAS kena hati-hati nak hentam Tun Mahathir.. sebab yang kena jawab Azmin..

Syed Alwi Aljufri said...

Dah tak sempat untuk shalat hajat oleh kerana perahu Ameno & Pas sudah hampir tengelam di Samudra

Anonymous said...

Si meroyan syok sendiri, babi tunggang si kulup terus meroyan..
Tembak lagi Pak Asim.
ha ha ha.

Anonymous said...

Biarkan puak ph gembira dibawah kankangan dap kafir. Kita perlu istikomah perjuangkan islam. Dap anti islam itu jelas dan pan khadam dap sampaikan menteri agama kata dr zakir nair maki hamun ugamai lain bagi kita umat islam dan ramai jugak yg non islam tngok ceramah dr zakir tercari jugak dimana dr zakir maki ugama lain. Pelik jugak menteri perbagai agama tngok kat mana.

Anonymous said...

Ted baka anti pas sebab utama ted anti pas sebab pas tetap istikomah perjuangkan islam.

Anonymous said...

Pak hasim paling top puak ph pun berduyun2 layari blok pak hasim biar mereka meroyan lama2 mereka puas lepas tu sama2lah beramal kejalan allah selagi pintu taubat masih terbuka. Yg non islam moga allah beri hidayah terima islam. Sejarah islam ramai musuh islam akhirnya masuk islam sebab mereka sebenarnya ambik tahu pasal islam.ameeen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails