Monday, September 24, 2018

RM100Ribu &RM50Ribu T'ganu Bantu Mangsa Lombok. PH Mana?




KUALA LUMPUR: Kerajaan Terengganu sentiasa menyokong apa jua misi kemanusiaan untuk membantu mangsa bencana di seluruh dunia bertujuan meringankan bebanan yang ditanggung mereka.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, di Pulau Lombok, Indonesia umpamanya, kerajaan melalui anak-anak syarikatnya berkolaborasi menyediakan dana untuk tujuan tersebut.
Kali ini dana itu disalurkan melalui badan bukan kerajaan, PASRelief yang dapat mengumpul sebanyak RM100,000.
"Saya difahamkan, misi bantuan kemanusiaan itu adalah kali kedua. Kali pertama dibuat pada bulan Ogos dengan dana bantuan dibawa sebanyak RM50,000 dan empat orang anggota NGO itu terlibat," jelas beliau dipetik laman web teganukita.net.
Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Pelepasan Misi Kemanusiaan Lombok 2.0 di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), semalam. Hadir sama ialah Pengarah PASRelief, Mohd Sanusi Md Nor.dan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Katanya, Kerajaan Negeri Terengganu menyokong penuh usaha misi kemanusiaan sebagai tanda keprihatinan kepada mereka yang mengalami kesulitan akibat bencana dan selainnya.
“Keperluan asas yang diperlukan oleh mereka tentulah banyak. Makanan, minuman, tempat untuk mereka berteduh, penjagaan kesihatan dan sebagainya yang memerlukan usaha yang tidak sedikit,” katanya lagi.
Dr. Ahmad Samsuri turut menyatakan bahawa penglibatan pelbagai badan dan agensi dalam misi kemanusiaan ini dapat menambahkan lagi pengalaman dan jaringan sebagai sebuah organisasi NGO dengan negara luar.
“Saya percaya sedikit sebanyak apa yang cuba dibawa pada hari ini bukan sekadar membawa bantuan kewangan tetapi membawa roh dan semangat rakyat Malaysia.
"Kerajaan Negeri Terengganu secara khususnya bahawa apabila kita berhadapan dengan kesukaran, kita Insya-Allah akan hadir kerana kita tidak tahu satu hari nanti kita juga akan berdepan dengan kesukaran dan di saat itu kemungkinan kita juga mengharapkan rakan-rakan kita daripada luar datang membantu kita.
“Apa yang penting ialah kita meletakkan niat hanya kepada Allah SWT kerana pertolongan daripada Allah itu adalah pertolongan yang paling besar yang kita ini boleh saja merancang, merangka apa jua strategi, kaedah, tetapi akhirnya hendaklah kita serahkan kepada kekuasaan Allah SWT,” ujarnya lagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH mewakili Malaysia, mana?
lbk2

11 comments:

Anonymous said...

ph ikhlas bantu tkperlu lompat2 riak takabur takat bg 100k. mcm lge bantu banjir klantan ari tulah.

Anonymous said...

yang lompat-lompat tarian gelek kutip derma tu siapa? Tak takbur ke?

Ha ha ha meroyan lagi..
tembak!!

Anonymous said...

Derma...serma jugak...Pak Ibnu simpan sikit duit tu utk beli ubat....

Anonymous said...

tu tk takbur sebb dia tktanya pun... pas ada?

tu seikhlas mereka gelek.

Anonymous said...

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya.
Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah mengetahui segala yang mereka sembunyikan dan segala yang mereka nyatakan?

Anonymous said...

pas senak perut dan diserang buasir klu derma yg rakyat tk tau. najib lbh ikhlas dpt derma dn tksuka bising2.

Anonymous said...

Bodoh sial..kt trngganu tu bersepah fakir miskin,papa kedana,rumah reput,merempat..sibukkan lombok btpe?

Anonymous said...

Tak ikhlas jangan derma. T'ganu tu ramai ikhlas.
Yang tak ikhlas PH, nak dapat derma sikit pun sampai kena menari gelek..
Ha ha ha

Anonymous said...

Ko tau x brapa ramai org miskin kt Tgganu ? Dh abis ke suma tu dbantu? Dh lepas tahap miskin ke dorang ? Dlm Islam , kalu nk sedekah , kena bntu yg dekat dulu. Bila dh x ada yg dekat baru bntu yg jauh .

Anonymous said...

org ph pun dh lupa gelek tu. rupanya walaun ingat segar gelek tu dlm ingatan terbawa2 dlm mimpi. tk mimpi jumpa saidina omar lagi dh. mulut je kunun xsuka gelek.

klu pas nk kutip tabung milo.. buat gelek ala arabia. gerenti penuh tabung.

Rose Anna Moore said...

Halo,
Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% kepada individu, firma dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails