Thursday, September 27, 2018

'Pelacur Otai'. Lagi Hukum Sebat Syariah Di K/T'ganu.


K/TERENGGANU: Seorang janda yang juga dikenali sebagai ‘pelacur otai’ mengaku salah terhadap pertuduhan persediaan untuk melacurkan diri di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, di sini, hari ini.

Justeru, wanita berusia 45 tahun berasal dari Johor itu bukan saja berdepan hukuman penjara malah dia juga boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali jika disabit kesalahan.

Tertuduh sebelum itu didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang mempromosikan khidmat seks menerusi aplikasi WeChat sebelum ini, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang kini menetap di Klang, Selangor, ditahan dalam serbuan di Duyong Marina & Resort, di sini, bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya, kira-kira jam 11 malam pada 19 September lalu.

Hasil siasatan, tertuduh mengaku menerima upah khidmat seks diberikan dengan mengenakan bayaran RM1,000 untuk satu malam daripada pelanggan terbabit sebelum lapan barangannya dirampas dan disita termasuk beberapa botol minyak, jel pelincir dan kondom yang masih tidak digunakan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Kahzmizan Abdullah dihadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail manakala tertuduh diwakili peguambela, Fazru Anuar Yusof.

Sejurus pengakuan salah tertuduh direkodkan, Kamalruazmi menetapkan 10 Oktober depan sebagai tarikh jatuh hukuman sementara itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan dua penjamin yang mana salah seorang penjamin perlu terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

Sebelum ini, NSTP ada melaporkan seorang pelacur ‘otai’ akhirnya dicekup selepas kegiatannya yang memberikan khidmat seks kepada lelaki hidung belang berjaya dihidu pihak penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).


MINDARAKYAT

8 comments:

Aninimus said...

yg blm ditangkap blm diketahui....bermakna banyak jugak pelacuran di negeri terengganu...

Mohammad Azren said...

Terengganu Darul Maksiat. Minah Mat Saleh kalau berbikini kena sebat tak pak ibnu. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Dah tak da modal lagi nak kritik PAS dan Islam. Kesian takut ditarik dedak untuk babi tunggang si kulup.

Di dunia sudah terhina..
Ha ha ha

ted manoff said...

Pijak si tua kutuk Madey nak mampos secara jamaah.

Anonymous said...

Tak baik pijak secara jamaah. Dosa beso. Bawak bertenang dan ted elok makan pil penenang.

Anonymous said...

Negeri lain takkan buat sebatan ni. Maklumlah takut kat dap. Red army pulak nanti tak dapat fulusy.

Anonymous said...

Kalau ph perintah, habis2 kena penjara ikut cara hukum kafir.

Anonymous said...

nampaknya hukum sebat hari tu masih xmnjamin jenayah sex ni takde..

apa nk kata?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails