Sunday, September 23, 2018

Penegasan PM Tidak Terlibat Gaya Hidup Songsang &Luar Tabii -PAS Sokong




PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Malaysia tidak boleh menerima sepenuhnya nilai-nilai hak asasi manusia diamalkan di negara-negara Barat, yang merangkumi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis.
PAS juga menyambut positif ketegasan Tun Mahathir mengkritik pembentangan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkenaan amalan LGBT bahawa nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia adalah berbeza dengan masyarakat Barat.
Sehubungan dengan itu, PAS dengan ini tuntas menolak sebarang cadangan atau tindakan dalam apa jua bentuk bagi mempertahankan amalan LGBT, termasuk mempertikaikan undang-undang yang bertujuan untuk mencegah dan menghukum mereka yang terlibat dengan amalan LGBT.
PAS tegas dengan prinsip bahawa sesiapa sahaja yang dipilih sebagai pemimpin negara Malaysia mestilah mempunyai akhlak yang baik dan budiman dan tidak terlibat langsung dengan gaya hidup songsang dan luar tabii. Pemimpin yang dipilih haruslah berakhlak mulia, berintegriti dan mempromosi gaya hidup fikrah semulajadi yang telah ditentukan oleh Allah SWT, tuhan yang mencipta manusia.
Pemimpin perlu menjadi model baik bagi rakyat yang dipimpinnya dan ia bertanggungjawab di dunia dan akhirat.
YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Kubang Kerian
22 September 2018 – HARAKAHDAILY 22/9/2018

12 comments:

Anonymous said...

Laaaa hari tu kata Madey dgn PH sokong LGBT....Darul apa ntah...

Anonymous said...

Admin nampak baik tapi sebenarnya berniat jahat! Kenapa tajuknya begitu? Ingin memfitnah PM Mahathir mengamal gaya hidup songsang?

Anonymous said...

Berkilat ikan di air, telah ku tahu mana jantan mana betinanya!

Berulat sotong di kuala telah ku tahu haji hadilah pencalatnya!

Anonymous said...

Kalau mcm ni komen pm, kena sokong. Tak boleh tolak. Kalau pm tolak hudud, yg tu kena komen. Jgn jadi mcm puak ph, tghh dan islam kira nak fitnah jer.

Anonymous said...

.....pencandat....bkn pencalat....he he

Anonymous said...

'Larang kanak-kanak berkahwin tak menyalahi Islam'

22 Sep 2018, 7:17 malam (Dikemaskini 22 Sep 2018, 7:23 malam)

A A
Penceramah Wan Ji Wan Husin berkata pandangan sesetengah pihak bahawa larangan berkahwin di bawah usia 18 tahun bercanggah dengan Islam adalah tidak benar sama sekali.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata ilmuan Islam mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.

"Ada sebilangan umat islam di Malaysia membantah penetapan umur minimum untuk perkahwinan adalah 18 tahun. Mereka mendakwa penetapan kadar umur begitu tiada dalam tradisi umat Islam.

"Hakikatnya alasan ia tiada dalam tradisi Islam itu adalah tidak benar sama sekali," katanya.

selain perbezaan pandangan ilmuan, Wan Juga membangkitkan perbezaan tanggapan dalam umur isteri Nabi Muhammad, iaitu Aisyah, ketika berkahwin dengan baginda - yang sering dijadikan hujah untuk mempertahankan perkahwinan kanak-kanak.

Beliau berkata, sementara pandangan arus perdana menyatakan usia Aisyah ketika itu adalah enam atau tujuh tahun, ada juga pendapat yang mengatakan Aisyah sudah mencapai usia remaja ketika berkahwin dengan Nabi Muhammad.

Maka, katanya lagi, hujah perkahwinan Aisyah dengan Nabi Muhammad sama sekali tidak boleh digunakan untuk membenarkan perkahwinan kanak-kanak.

Bulan lalu negara dikejutkan dengan perkahwinan seorang lelaki 41 tahun dengan kanak-kanak 11 tahun di Gua Musang, Kelantan

Anonymous said...

Pas sokong ker tak sokong ker tak de kesan ape2... Pas bukan sebuah parti yg kuat dan belum diterima oleh seluruh rakyat malaysia...kerana lobai pas kuat putarbelit..

Pas bodooh hanye pandai menyibok..

Anonymous said...

Dah lama kerajaan malaysia tolak lgbt....pas hanye putarbelit...

Anonymous said...

'Suhakam tak setuju kahwin sejenis, hanya minta k'jaan lindungi hak LGBT'

22 Sep 2018, 5:39 petang (Dikemaskini 22 Sep 2018, 6:06 petang)

A A
Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) menjelaskan pihaknya tidak menyokong perkahwinan sejenis di negara ini tetapi hanya mahu hak mereka dijaga.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail mengulas Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan mengingatkan suruhanjaya itu bahawa Malaysia tidak boleh menerima semua hak asasi seperti di Barat, termasuk perkahwinan sejenis.

Kenyataan itu selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Putrajaya, semalam.

Razali berkata, pihaknya yakin kenyataan itu selepas beberapa syor Suhakam dalam mesyuarat jawatankuasa itu agar menyetujui baki konvensyen hak asasi manusia antarabangsa - seperti dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) PRU lalu - bagi memperbaiki mutu hidup dan melindungi hak seluruh rakyat Malaysia, termasuk golongan LGBT.

"Beberapa laporan media memberi gambaran negatif seolah-olah Suhakam menyokong perkahwinan sejenis di Malaysia. Kami tidak menyokong perkahwinan sejenis di negara ini

Anonymous said...

Geng anti Islam ni dah tak mampu nak komen lagi..

Ha ha ha ..
Tembak lagi Pak Asim. Dah meracau tu,,

Anonymous said...

ada walaun bodoh kunun kt tganu sebat lesbian..ph bg zakat kt lgbt.

sgt bangang dn dungu. sikap walaun janji dpt hentam ph tp tknk tau pun isu sebenar. itulah sikap yg tk malu mngaku pejuang islam. akhirnya islam dilihat sgt bebal dimata bkn islam. sepatutnya mereka melihat keindahan dn bijaksananya islam.. tp dek kerana walaun khawarij adalah dungu maka islam yg terima akibatnya.

berdepanlah nnti dgn Tuan punya agama islam ini yg kamu cemarkn imejnya.

Anonymous said...

Pas perjuangkan islam apa yg baik pas sokong dan yg tak baik pas tentang itulah politik matang dan sejahtera.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails