Wednesday, September 26, 2018

Keretapi Laju Makkah Madinah 120 Minit, Projek Angkut Terbesar A/Barat.

 Kereta Api Haramain berhenti di stesen baharu KAEC di King Abdullah Economic City, berhampiran Jeddah, Arab Saudi. - Foto REUTERS


RIYADH: Raja Salman, hari ini merasmikan kereta api laju menghubungkan Makkah dan Madinah, yang digambarkan pegawai tempatan sebagai projek pengangkutan terbesar di rantau itu.
Sistem Kereta Api Laju Haramain akan membawa jemaah Haji, selain pengguna biasa, sejauh 450 kilometer antara kedua-dua bandar raya menerusi pelabuhan Laut Merah dari Jeddah dalam masa dua jam.
“Projek ini dianggap projek pengangkutan terbesar di Asia Barat,” kata pengurus projek Haramain, Mohammed Falaha.
Tiga puluh lima penumpang kereta api yang mampu bergerak pada kelajuan 300 kilometer sejam akan mengurangkan waktu perjalanan daripada beberapa jam kepada 120 minit, kata pegawai pengangkutan.
 Orang Arab menaiki Kereta Api Laju Haramain di King Abdullah Economic City, berhampiran Jeddah, Arab Saudi. - Foto REUTERS
 Pemandangan di terminal baharu KAEC di King Abdullah Economic City, dekat Jeddah, Arab Saudi
Projek itu, yang diganggu beberapa tempoh penangguhan, dibina pada kos lebih AS$16 bilion (RM66 bilion), menurut media Arab Saudi.
Pada 2011, Arab Saudi menandatangani perjanjian dengan konsortium Sepanyol untuk membina landasan kereta api, membekalkan 35 kereta api laju dan mengendalikan penyelenggaraan selama 12 tahun.
Negara berkenaan meningkatkan perbelanjaan infrastruktur dan meluaskan sistem kereta api, termasuk sistem kereta api bawah tanah bernilai AS$22.5 bilion (RM93 bilion) yang masih dalam pembinaan di Riyadh, ketika ia mahu mempelbagaikan ekonominya. — AFP

3 comments:

Anonymous said...

Tuhan dah bagi hasil kpd arab saudi untuk kemudahan jemaah haji...itu pon arab saudi masih kenakan caj kpd jemaah haji dan umrah....bil letrik masjidil haram di tanggong oleh sultan brubei..

Anonymous said...

Kelantan pon sepatutnye buat keretapi laju...baru orang tabik spring kpd pas...tapi selagi pas dikuasai oleh lobai2 yg tau cakap saja kelantan tetap mundur..

Anonymous said...

ketapi slow pun xmampu pas buat...ketapi laju lagilah xmmpu.

yg lajunya dedak dn takfiri kt org lain.

yg slow nya 355.. ghaib ditelan zaman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails