Wednesday, September 26, 2018

LGE Tidak Mahu Anwar Jadi PM, Ada Agenda Lain?

Apakah LGE Tidak Mahu Anwar Jadi PM?
Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir


SAYA berasa sangat hairan mengapa Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng melompat sakan apabila UMNO mengumumkan tidak akan ganti MIC bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Guan Eng mendakwa keputusan BN untuk memboikot PRK Port Dickson kerana tahu mereka tidak akan menang, bukan kerana merasakan ia satu pembaziran.
Menurut Guan Eng lagi, “seluruh perjuangan mereka (UMNO dan Barisan Nasional – BN) bukan kerana prinsip dan idealisme tetapi lebih kepada keuntungan, untuk kuasa.”
Kenyataan ini sangat aneh kerana UMNO telah pun bertanding di PRK DUN Sungai Kandis walaupun tahu ia kawasan tradisi PKR yang sukar ditembusi.
MCA pula bertanding di PRK DUN Balakong walaupun tahu ia kubu kuat DAP sejak berpenggal-penggal. BN turut turun membantu PAS di PRK DUN Seri Setia walaupun tahu akan kalah.
Jadi tuduhan Guan Eng bahawa UMNO takut kalah, hilang semangat dan ideologi perjuangan sebenar adalah satu hujah lekeh yang tidak boleh beliau pertahankan.
UMNO membuat keputusan untuk tidak bertanding di PRK Port Dickson kerana merasakan PRK ini satu agenda politik Pakatan Harapan (PH) bukannya untuk kepentingan rakyat.
PRK ini adalah permainan politik dalaman PH. Yang letak jawatan wakil rakyat PKR, yang bernada protes juga di kalangan sesama mereka. Yang akan bertanding sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 juga adalah kalangan mereka.
Maka kita di pihak UMNO tidak perlu terbabit dengan permainan politik dalaman mereka. Insha Allah jika ada PRK lain atas sebab yang tidak dapat dielakkan seperti kematian atau meletak jawatan kerana sakit, UMNO dan pembangkang lain pasti akan bertanding.
Cuma yang menjadi tanda tanya kepada saya, mengapa Guan Eng begitu marah kerana UMNO tidak mahu bertanding? Apakah beliau tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8?
Sepatutnya Guan Englah orang paling gembira bila Anwar dapat laluan mudah dalam PRK kali ini. Malangnya, beliau begitu terkesan dengan keputusan ini sehingga perlu mengadakan wawancara denganMalaysiakini untuk serang UMNO.
Pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dua tahun selepas PH memerintah adalah sebahagian daripada manifesto mereka. Banyak janji manifesto mereka pun tidak dapat ditunaikan.
Justeru tindakan UMNO tidak bertanding ini bolehlah dilihat sebagai bantu PH melaksanakan salah satu manifesto mereka. Sekurang-kurangnya mereka tidak akan menyalahkan UMNO jika mahu mungkiri janji manifesto yang satu ini.
Rakyat pasti tertanya-tanya mengapa Guan Eng tidak mahu Anwar mendapat laluan mudah. Apakah DAP ada agenda lain yang bertentangan dengan kehendak Anwar?
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Naib Presiden UMNO A/Parlimen Padang Terap
25 September 2018

7 comments:

Anonymous said...

Hahaha...guan eng marah?...guan eng happy daa...tak ade pertandingan menang percuma...tak banyak kerja tak banyak belanja...

Umno memang tahu akan kalah lawan anwar...umno pon tengah pancit...akaun masih kena beku...

Pas pon sama...umno tak hulur pas tak boleh lawan..

Kawasan parlimen belanja jauh lebih besar dari DUN...

Anonymous said...

Kalo pas lawan pas hanye buang duit dan masa...55% pengundi bukan melayu yg anti pas...ini negeri PKR daa..

Anonymous said...

Anakisa dari orang umno...patut umno lingkop pru14 sebab umno bodooh...umno taja pas 3 penjuru untuk pecah undi PH tapi pas pecah undi umno.....bodooh umno..

Anonymous said...

sebenarnya lge marah anwar sebb ada anwar penah nk pinjam dr lge sebb lupa bawa dompet. sampai hari ni blum bayar.

inilah cara fikiran sampah umno.. disokong pula knyataan bodoh mahdzir khalid tu oleh walaun bernama ibnu.

tu sbb umno pas kalah pru.. low mentaliti.

klu nk ikut otak lembu mahdzir tu.. zahid hamidi lg belot kt bn sbb nk bagi laluan anwar menang mudah. napa tk desak bn lawan anwar.

nnti zahid ckp kau la pi kempen dn bayor kos bertanding. ckp byk mnyusahkn aku je. sg kandis lawan calon pkr biasa pun kalah...ni nk lawan bapa reformasi? tun pun dh buat kawan..

Anonymous said...

Dari dulu guan eng suka anwar dalam penjara, sebab mereka boleh jadi the big boss.

Anonymous said...

Pemimpin umno ketandusan idea bagamana nak tutup rasa takut lawan anwar di PD...rekalah citer dongeng...

Lobai pas plak ape alasanynye?...

Shafiek Abdat said...

Ini pun laluan untuk Anwar ke dalam sekali lagi,,kalau kau nak tahu.....!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails