Wednesday, September 26, 2018

Ini Dedah, K/Siang Main Kotor.. Najib.



 Najib dedah permainan kotor Kit Siang
Posted onTuesday, September 25, 2018 -09-25 11:00:24'


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendedahkan permainan politik tidak jujur dan menghasut Kit Siang dan DAP dengan berulangkali menggunakan frasa “Tsunami Melayu”. Menerusi catatan di Facebooknya, Najib merasa pelik kenapa Kit Siang dan DAP menganggap kenyataannya mengenai Tsunami Cina dianggap rasis manakala Tsunami Melayu sebaliknya.

Berikut catatan penuh Najib:
Jangkaan saya yang satu lagi semalam apabila saya mengemukakan soalan-soalan kepada Guan Eng terbukti betul juga. Selepas diam untuk beberapa hari Kit Siang tiba-tiba muncul hari ini untuk membuat kenyataan mengenai 1MDB dan saya untuk mengalih perhatian. Dua minggu dahulu, saya membuktikan bahawa Kit Siang bukan seorang yang jujur di mana cabaran saya untuk Kit Siang mengaku bahawa saya sudah mengembalikan semua wang yang dikenali sebagai RM2.6b di jawab oleh beliau dengan jawapan yang berputarbelit kerana dia tidak mahu mengaku.

Lain ditanya, lain pula dijawab.

Hari ini, saya dedahkan lagi permainan politik tidak jujur dan menghasut Kit Siang dan DAP. Selepas PRU13, saya sering dituduh oleh propagandis-propagandis DAP bahawa saya pernah mengeluarkan perkataan “Apa lagi Cina mau”.

Bertahun-tahun lamanya, frasa ini diulangi oleh pemimpin-pemimpin DAP di dalam ceramah-ceramah dan laman media sosial mereka dengan menuduh saya berkata demikian untuk mengasut dan menaikkan kemarahan kaum Cina walaupun saya tidak pernah keluarkan kenyataan ini sama sekali.

Yang saya sebenarnya pernah cakap ialah menggunakan frasa “Tsunami Cina” untuk PRU13. Tetapi Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP lain pun tidak suka ini. Kit Siang berkata ini:

“It is most deplorable that while the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak had used his 2013 New Year’s Message to try to clarify his unfortunate and inappropriate term of “Chinese Tsunami” on the night of the 13GE, which was downright racist, against his 1Malaysia signature policy..”
BACA sini: http://link.pakdin.net/zainu1e3bf

Kit Siang kata penggunaan “Tsunami Cina” oleh saya ini adalah sesuatu yang melampau, tidak patut dan sangat rasis. Tetapi selepas itu, pemimpin-pemimpin DAP termasuk Kit Siang berulangkali menggunakan frasa “Tsunami Melayu” di dalam ceramah-ceramah dan kenyataan-kenyataan mereka.

“There could both be an urban tsunami as well as a rural tsunami, which will mean a Malay tsunami in the rural hinterland,”
BACA sini: http://link.pakdin.net/pakat393b1
“Five aspects of the Malay Tsunami which will be the outstanding characteristic of the 14th General Election on May 9, 2018”
BACA sini: http://link.pakdin.net/fivea18cac
Banyak lagi kenyataan-kenyataan yang menggunakan “Tsunami Melayu” di keluarkan oleh Kit Siang sendiri.

Saya masih pelik mengapa bila saya menggunakan frasa “Tsunami Cina” sekali sahaja ia disifatkan oleh DAP bahawa saya “melampau, tidak patut dan rasis” tetapi apabila Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP lain berulang-kali menggunakan frasa “Tsunami Melayu”, mereka tidak pula dianggap sebagai “melampau, tidak patut dan rasis.”
Pelik bukan?
Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

9 comments:

Anonymous said...

permainan paling bersih ialah najib. tu sbb sapu bersih harta negara. liciiin mcm kepala najib juga.

penunggang agama pun najib perkudakn. eeeh blh takbir lg tu penunggang2 agama yg ditunggangi penyamun

Anonymous said...

Memang dah berlaku tsunami melayu yg melingkopkan najib...najib taja wang kpd pas untuk pecah undi tapi pas gagal...

Pas tak boleh diharap...

Anonymous said...

Najib harap dgn hulur sedekah kpd pas dapat menangkan najib dan najib selamat dari pendakwaan tun madey...tapi lingkop...

Anonymous said...

Pas istikomah perjuangkan islam walau difitnah dihina oleh puak ph.

Anonymous said...

Bagi penganut agama islam pas istikomah perjuangkan islam andaian kamu cuma fitnah dan berniat menghasut umat islam. Kami berlindung pada allah walau kamu terus fitnah moga kamu diberi hidayah bertaubat kejalan allah.

Anonymous said...

Pas parti perjuangkan islam salah tetap salah tak kira sapa.

Anonymous said...

najib bagi dedak doket Pas smpai skrg tak proof lagi..pas makan duit bersubahat dgn umno smpai le.tak buktikan lai..alooo bai kalau babi boleh mgundi tobat dia takkan undi pakatanDap ni habih mabuk ketum..yg jelas parti abg mad sabun comfirm dpt biaya dr Dap..itu bukan dedak itu sedekah jariah LKS/LGE kpd anankaandanya pan...k le tu baii,,,ha tepuk..tepuk...

Unknown said...

Pakatan haramjadah akan bubar Tak Lama lagi. InsyaAllah. Orang melayu yg undi PH ramai yg Dah insaf atas fitnah dajjal DAP

Shafiek Abdat said...

Islam yang mana Pas perjuangkan??
Adakah 90juta harga agama Allah Azza Wajallah ??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails