Monday, September 24, 2018

Pendirian PM Tepat &Cerdik., Tolak Pemimpin Mesra LGBT.




PENDIRIAN YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menolak perlakuan LGBT daripada diterima di negara ini adalah langkah tepat sesuai dengan ajaran Islam, undang-undang negara, norma masyarakat setempat dan nilai kemanusiaan sejagat.
Seperti gesaan oleh Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu supaya semua usaha mempertahankan dan mengiktiraf perlakuan LGBT ditolak, saya juga berharap agar tokoh dan pertubuhan yang memanipulasi prinsip hak asasi manusia untuk tujuan tersebut juga dikenakan tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukannya.
Demikian kata Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Raza At-Takiri., yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus melalui Harakahdaily hari ini.
Menurut beliau, "Sebagai menegaskan pendirian tersebut juga, Perdana Menteri digesa supaya membawanya kepada Kabinet dan mengeluarkan suatu kenyataan rasmi Kerajaan berhubung perkara ini agar usaha mempromosikan perlakuan songsang ini sama ada dalam bentuk pemikiran atau amalan dapat disekat secara menyeluruh.
"Saya juga menyeru rakyat di negara ini agar menolak para pemimpin yang mesra, menyokong dan mendukung agenda LGBT. Agenda LGBT ini perlu ditentang bagi memelihara jati diri budaya dan sistem kekeluargaan masyarakat di negara ini daripada dirosakkan seperti yang berlaku di negara-negara Barat pada hari ini." Jelas beliau lagi.
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan kenyataan dan komitmen YAB Perdana Menteri berhubung penolakan beliau terhadap aktiviti LGBT ini. Keputusan tersebut adalah tepat kerana Malaysia tidak harus dikongkong dengan kehendak hak asasi manusia acuan barat.
"Kami berharap penolakan YAB Perdana Menteri adalah satu keputusan kerajaan dan ia harus didukung oleh semangat tanggungjawab kolektif semua menteri dan pemimpin Pakatan Harapan.
"Keputusan YAB PM juga mesti diambil sebagai satu point of reservationdalam konvensyen antarabangsa mengenai hak asasi manusia seperti International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) dan International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimation (ICERD).
"Keabsahan legitimasi perlembagaan termasuk perundangan Syariah dan sistem nilai yang diamalkan di Malaysia mesti diutamakan berbanding deklarasi hak asasi manusia acuan barat."  Jelas YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi selaku Ketua Pemudanya, yang juda Adun Batu Burok, Terengganu kepada Harakahdaily.
Menurut Weblog Ibnu Hasyim, "Pendirian PM itu adalah memang tepat dan cerdik., oleh itu rakyat perlu menyambutnya, dengan menolak pemimpin yang mesra LGBT." Kata editornya Hj Mohd Hasyim.

Video





Prima Entertainment Press
YouTube - 27 Jul 2018



MalaysiaGazette TV
YouTube - 3 hari yang lalu



Akunur Aeni
YouTube - 28 Dis 2017



KiniTV
www.youtube.com - 2 Mac 2012



Malay Daily
YouTube - 6 Ogo 2018



Politik Perlis
YouTube - 13 Ogo 2018



Amryan Fajri
YouTube - 21 Apr 2016



SITI JUMAROH PGSDSTKIPMPL
YouTube - 4 Jan 2018

Hasil carian web



9 comments:

Anonymous said...

titm..u jgn asyik sokong pm... hj hadi dh berbulu telinga tu.

hj hadi xsuka apa saja walaupun baik dpd pihak ph. sehingga ph yg nk membersihkn jenayah penyamun dianggap lbh teruk dpd raja penyamun tu sendiri.

begitulah teruknya hj hadi. politik matang hnya dgn umno pemberi dedak. sedangkn dgn ph hadi mngamalkn politik natang. mcm2 natang disenaraikn hingga pas dn umno pun diumpamakn 2 ekor anjing kurap bangsat yg bergaduh tp berkwn bila dtg serigala yg bergaya dn macho.

asyik membinatangkn org lain..last tk sengaja dibinatangknnya diri sendiri dn kekasih gelapnya umno.

Anonymous said...

Tuan ibrahim tuan mangkok hayun tak pernah tak puashati dlm kenyataannye....kenyataan medianye selalu kena sanggah dgn lobai hadi...

cik siti said...

Setuju dgn anda.

Anonymous said...

ala setakat kenyataan tu
tak payah nak seronok snagat

Anonymous said...

Insyaallah..berkah adanya pimpinn islam parti amanah dlm kabinet, lgbt akan pupus di bumi malaysia ni.

Anonymous said...

Air laut bertambah masin kek pokan Port Diksen . Mano PAS , mano UMNO .......
Mano MCA sumo x brani ......
Apo dayo undur diri
Apo nk dikato

Anonymous said...

Duit dah abis banyak kek sg kandis dan sri setia...tu lah banyak sangat buat dosa sebar fitnah...

Anonymous said...

Pas perlu reformasi kepimpinan seperti zaman tuan guru Nik Aziz...Pas disegani....sekarang Pas di perleceh kerana kepimpinan pas mata duitan.....cakap tatak sama bikin..

Anonymous said...

pas tk tanding di PD sebb takut terdedah perangai mereka.. PD = Pemakan Dedak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails