Wednesday, September 26, 2018

Gaduh Gurau Pemilihan, PKR Pecat 2 Ahli Serta-merta


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat di Ibupejabat PKR. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir



PETALING JAYA: Dua ahli PKR terbabit insiden pergaduhan pada pemilihan parti itu di Kedah dan Pulau Pinang dipecat serta-merta.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Biro Politik PKR malam tadi.
Beliau berkata, keputusan dibuat secara konsensus manakala kes pelanggaran disiplin biasa dirujuk kepada jawatankuasa disiplin.
"Bagaimanapun, ada dua kes yang diteliti oleh Biro Politik berdasarkan gambar dan rakaman (video). Pertamanya di Merbok di mana mereka terbabit pergaduhan dan penggunaan senjata, maka kita ambil keputusan pecat ahli itu serta-merta sebagai anggota parti.
"Begitu juga insiden di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang mana kerusi dibaling. Kita sudah kenal pasti dan sekarang namanya disemak untuk sahkan nama yang tepat.
"Dengan ini orang berkenaan yang ada dalam video berkenaan secara automatik terpecat mulai saat ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Biro Politik PKR di sini, malam tadi yang membincangkan kekecohan pada proses pengundian pemilihan kepemimpinan PKR di Kedah dan Pulau Pinang, Sabtu lalu.
Hadir sama Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din.
Media melaporkan pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada masalah teknikal sistem e-undi (undi secara elektronik) hingga menyebabkan polis campur tangan dan seramai 14 individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan itu pada pemilihan Cabang Merbok, Sungai Petani, Kedah.
Anwar menegaskan, berikutan tindakan dikenakan, kedua-dua ahli terbabit tidak boleh terbabit dalam apa-apa kegiatan parti termasuk proses pemilihan.
Selain itu, katanya, jika ada pimpinan parti yang menyokong mereka turut akan dikenakan tindakan disiplin terhadap mereka atau mana-mana calon.
"Kita ambil keputusan tegas dan keras ini kerana nak elak sebarang kelakuan yang biadap, melanggar hukum, bahkan jenayah berlaku.
"Tahniah kepada polis yang segera ambil tindakan dan parti ulangi pendirian tidak akan lindungi mereka yang terbabit.
"Lebih baik mereka ‘dibaling’ (dipecat) keluar dari parti. Oleh kerana jika mereka di dalam, mereka baling kerusi kepada kita," katanya.
Anwar berkata, dalam mesyuarat itu, Biro Politik PKR juga bersetuju dengan saranan JPP dan menerima keputusan mereka untuk menangguhkan proses pemilihan di Kedah, sementara di Pulau Pinang diterima dengan pengauditan terperinci supaya menjamin integriti sistem.
Katanya, pemilihan di Perak dan Perlis juga ditangguhkan dan akan diadakan serentak sebelum Kongres PKR pada November.
"Ada beberapa kelemahan dikenal pasti termasuk proses pemilihan itu (e-undi) sudah diperbaiki dan akan dilaksanakan di Johor pada 30 September," katanya.
Sementara itu, Anwar akan bertemu Menteri Kerja Raya, Baru Bian esok bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan rasuah membabitkan setiausaha politiknya.
Katanya, beliau sudah melihat video berkaitan dan menganggap ia ‘sesuatu yang mengganggu’.
Pagi tadi, Pengelola Angkatan Muda Keadilan, Ahmad Syukri Che Ab Razak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Setiausaha Politik Baru yang juga calon majlis kepimpinan pusat PKR . (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasalah  dalam parti macam tu, drama pecat-memecat, kursi terbang, biasa dan gurauan aja, yang selamat bos-bos.. 

Gambar di bawah ini pun gaduh gurau? Gaduh gurau yang menghina agama?
Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

10 comments:

Anonymous said...

PAS WAJAR IKUT SEMANGAT JUANG UMNO, BOIKOT PRK PD..

Inilah masanya menunjukan kerjasama yang erat, seia sekata.

Fatwa boleh diubah-ubah!!!

Kalau bertanding pun ada ke zahid akan turun sokong seperti di Seri Setia.

Anonymous said...

Pas parti kecil dan tak ade kuasa di persekutuan...jadi tak ade perebutan dan gaduh..

Anonymous said...

Tak ada tanda PAS nak cabar Anwar di PD

Anne Muhammad
25 Sep 2018, 9:30 malam (Dikemaskini 25 Sep 2018, 9:34 malam)

A A
PRK PORT DICKSON | Laluan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali ke Dewan Rakyat dijangka semakin mudah dan terbuka luas apabila PAS membayangkan mereka juga tidak akan meletakkan calon di Port Dickson bulan depan.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata beliau yakin keputusan awal dibuat pimpinan parti itu baru-baru ini masih terpakai.

"Saya yakin (tak bertanding) sebab kan pimpinan PAS dah bagitahu hari tu... maknanya makluman itu berjalanlah (terpakai)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Che Abdullah juga berkata setakat ini tiada arahan dikeluarkan pimpinan di peringkat pusat untuk negeri-negeri termasuk di Negeri Sembilan untuk membantu atau menggerakkan jentera pilihan raya.

Anggota Parlimen Tumpat itu berkata kebiasaanya jika parti itu memutuskan untuk bertanding dalam mana-mana pilinan raya kecik (PRK), jentera parti di seluruh negeri akan diminta bersiap sedia lebih awal.

Anonymous said...

Umno dah umum takut lawan anwar di PD

Pas pon takut jugak?...takkan gebang jer lebih...ato Pas dah serik jatuh miskin setelah rugi besar di sri setia?...

Anonymous said...

Anwar gembira Umno tak bertanding di PD

Liow Sze Xian
25 Sep 2018, 2:45 tengahari (Dikemaskini 25 Sep 2018, 2:48 tengahari)


A A
PRK PD | Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau gembira dengan keputusan Umno untuk tidak meletakkan calon dalam PRK Port Dickson yang akan bermula Sabtu ini.

"Saya sambut baik sesiapa yang tidak bertanding, tentulah saya alu-alukan persaingan. Tetapi saya lebih gembira jika tiada pertandingan.

"Jika Umno tidak bertanding itu okay, tetapi saya masih perlu berdepan calon-calon Bebas," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka akan memboikot PRK itu antaranya kerana ia merupakan satu pembaziran yang tidak perlu dan hanya untuk matlamat politik individu.

Anonymous said...

Gaduh Pemilihan, PKR Pecat 2 Ahli Serta-merta

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat di Ibupejabat PKR. - Foto Muhd Zaaba Zakeria


PETALING JAYA: Dua ahli PKR terbabit insiden pergaduhan pada pemilihan parti itu di Kedah dan Pulau Pinang dipecat serta-merta.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Biro Politik PKR malam tadi.
Beliau berkata, keputusan dibuat secara konsensus manakala kes pelanggaran disiplin biasa dirujuk kepada jawatankuasa disiplin.
"Bagaimanapun, ada dua kes yang diteliti oleh Biro Politik berdasarkan gambar dan rakaman (video). Pertamanya di Merbok di mana mereka terbabit pergaduhan dan penggunaan senjata, maka kita ambil keputusan pecat ahli itu serta-merta sebagai anggota parti.
"Begitu juga insiden di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang mana kerusi dibaling. Kita sudah kenal pasti dan sekarang namanya disemak untuk sahkan nama yang tepat.
"Dengan ini orang berkenaan yang ada dalam video berkenaan secara automatik terpecat mulai saat ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Biro Politik PKR di sini, malam tadi yang membincangkan kekecohan pada proses pengundian pemilihan kepemimpinan PKR di Kedah dan Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Puaka Rimba said...

Lebih baik Lobai dengar dan ikut saranan lobai Nik Amar. Duit tak abis, malu pun tak dapat. Tapi kalau ada telo bertanding lah. Demi menegakkan maruah parti yg berjuang demi syiar islam gamaknya. Kerana nak bertanding ,khuatir ada pula kawasan balak baru yg perlu dikorbankan. Jangan kata orang asli, puaka rimba pun boleh sumpahseranah atas kebebalan Lobai.

Anonymous said...

Betul. Realitinya fatwa boleh berubah2 ikut masa, keadaan dan tempat. Rokok haram di beberapa negeri, ttp beberapa negeri lain tidak. Cuma org jahil jer anggap fatwa statik.
Tapi yang mengumumkan fatwa hanya majlis fatwa.

Anonymous said...

Takde isu mamat azren ni. Elok makan pil penenang supaya jiwa tidak kelam kabut. Duit pun banyak, tentu mampu beli. Kereta mewah mampu beli, takkan pil penenang tak mampu beli.

Anonymous said...

betul azren kalau babi di gua musang boleh mgundi tentu dia tak kan undi pakatanDap parti majkmuk yg ada lebih dr 50% india itulah pkr parti keling rakyat,,,dan juga parti cina Dap 80% cina ma...presiden singapore halimah dituntut letak jawatan oleh org2 cina ingat tak!!!sultan brunei kata cina ni jangan dibri kuasa begitu juga india,,nnti dia akan tuntut nak jdi sultan cukup lah melayu2 yg bangang tahap gaban mnjadi talibarut proksi yahudi iaitu avengelis..2B continues...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails