Wednesday, September 26, 2018

Bomoh, Penyamar Gila Seks Lari Bimbang Direjam. Mengapa?


Gambar rakaman video yang menjadi topik utama perbualan di mana wanita sebahagian besarnya dianggap sebagai warga kelas kedua di Afghanistan. - Foto AFP


MAZAR-I-SHARIF: Seorang lelaki yang didakwa merakamkan dirinya melakukan hubungan seks dengan seorang wanita, melarikan diri selepas video itu menjadi tular. Tindakan lelaki yang mengaku ulama itu mendorong pemimpin agama mengarahkan dia direjam sehingga mati.
Mullah Rasool, bomoh yang menulis mantera untuk pesakit di kampung di wilayah Faryab, dituduh mengeksploitasi secara seksual dan merogol beberapa wanita yang mendapatkan bantuan daripadanya. Rasool, yang nama samarannya Landay, bermakna ‘Si pendek’ dalam bahasa Pashto, didakwa menggunakan video itu untuk memeras ugut wanita.

Beberapa video itu mula tular di media sosial sejak beberapa minggu lalu, tetapi tidak pasti bila ia dirakamkan atau jika ia diambil di kampung Rasool di China di daerah Pashtunkot. 

Dalam satu video yang disiarkan di Facebook, lelaki berjanggut dan berserban yang dikatakan Rasool dilihat melonggarkan seluar putih dipakainya, jelas kelihatan terangsang.

Seorang wanita muda, yang masih memakai baju dan tudung, menanggalkan seluar panjang dan baring di atas kusyen besar dan melakukan seks.

Walaupun identiti wanita itu tidak diketahui, wajah mereka jelas dalam video berkenaan, yang ditonton ribuan kali, menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan mereka di negara itu. — AFP

zakir,hudud
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penyamar gila seks sentiasa ada di mana, di Afghanistan atau AS, UK, India dan lain-lain. Di Afghanistan, mengapa dia lari?

Menurut Dr Zakir Naik, seorang pendakwah antarabangsa, "Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini " Katanya di Nilai Malaysia beberapa tahun lalu. [Lihat berita ini.. (freemalaysiatoday.com Ridzwan April 20, 2016 12:17 PM] 

Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.

Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.

“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.

Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi. PAS juga cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan. 

Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur beberapa tahun lalu.

Kini, walaupun Pakatan Harapan (PH) berjaya memerintah Malaysia, namun tahap perundangan Islam tetap di tahap yang sama seperti di bawah BN dulu. Perundangan Islam.. terlepas dari mulut harimau BN, tetapi berdepan pula dengan mulut buaya PH?

Lihat juga..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

19 comments:

Anonymous said...

Bani hasim tak berani sebut bomoh seks jugak ade di malaysia...

Anonymous said...

Isu hudud hanye timbul bila umno nak pecahkan PR...pas tuduh Dap menentang hudud...

Umno umumkan sedia beri laluan kpd pas untuk laksanakan hudud...sedangkan umno tahu untuk laksanakan hudud perlu pindaan perlembagaan dahulu dan mendapat perkenan majlis raja2...tujuan umno hanye untuk laga2kan pas dan dap dan pecahkan PR....dlm masa yg sama kecoh lobai pas terima upah dari umno 90 juta...pas takut saman husam musa yg tunjukkan bukti akaun affin bank..

Mca mic dan parti kristen borneo jugak kuat menentang hudud pas..

Umno ubah taktik supaya pas pinda ruu 355 sahaja yg tidak perlu pindaan perlembagaan...beberape kali sidang parlimen lobai hadi tangguhkan bentang ruu 355 dan umno tidak beri laluan walopon sudah sehari suntuk diadakan pesta ruu 355 _dipadang merbok...ahli2 pas dikencing dipadang merbok..

Tapi akhirnye ruu 355 pas ghaib setelah PR berpecah...umno gembira dan yakin menang pru dgn taja pas tanding 3 penjuru untuk pecah undi.. Tapi umno yg lingkop kerana pas yg pecahkan undi umno...

Seleoas pru pas makin rapat dgn umno...pas terhegeh2 nak sokong mca tapi mca sergah pas kerana mca tahu pas cuba nak kawal BN...

Anonymous said...

Pas jadi alat kpd umno untuk kekal berkuasa....wang jadi buruan lobai pas....mata duitan...

umno berjaya pecahkan PR dengan peralatkan hudud pas dan wang...tapi umno tak sangka muncul PH yg lebih kuat dari PR...tetgolek umno dan najib masuk mahkamah...

Bani hasim cakap pasal undang2 islam...ruu355 pas pon hanye jadi alat pas dan umno...poorah bani hasim...kalo betul pas nak laksanakan undang2 islam ruu 355 telah boleh berjalan seblm pru 14...4 tahun pas buat ape?...asik tangguh...

Bila nak tubuh gagasan sejahtera pas setuju tangguh hudud plak...permainan sandiwara pas...

Anonymous said...

PAS-IKATAN sepakat hudud belum sesuai di Malaysia

Adam Abu Bakar - March 16, 2016 3:00 PM
3.1k
Shares
Abdul-Kadir-Sheikh-Fadzir-hudud-ikatan-pas

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.

Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia.

“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.

Anonymous said...

Bani hasim dan barua2 bodoh tak usah klentong lagi pasal hudud pas dan undang2 islam ...alat pas sahaja tonggang islam...

Anonymous said...

DBKL akan tutup pusat tahfiz di Kepong

26 Sep 2018, 7:23 pagi (Dikemaskini 26 Sep 2018, 7:29 pagi)

A A
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup pusat tahfiz di Kepong yang didapati tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan beroperasi secara haram, kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad .

Katanya ia bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin serta imej institusi keagamaan Islam terpelihara .

Pusat liwat wajib ditutup...orang tonggang agama untuk nafsu serakah dan kejahatan dan klentong demi kepentingan diri wajib dihukum....penonggang agama bertopengkan agama menjatuhkan maratabat islam..

Anonymous said...


FMT News
HOME NEWS BERITA OPINION LIFESTYLE BUSINESS SPORTS VIDEOS

Pakar terorisme sokong Mujahid tolak Zakir Naik

Faiz Zainudin - September 26, 2018 9:50 AM


Mohd Mizan Mohammad Aslam menegaskan Malaysia tidak perlu penceramah ekstrem seperti Zakir Naik. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pakar terorisme tempatan menyokong pendirian Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa yang mendakwa kaedah dakwah penceramah kontroversi, Zakir Naik tidak sesuai di Malaysia.

Ahli panel pakar deradikalisasi Kementerian Dalam Negeri, Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata sokongan itu dibuat berdasarkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Malaysia negara berbilang kaum dan perlu menjaga sensitiviti antara penganut agama. Kita melalui tempoh sukar membangunkan negara selama 61 tahun.

“Pernah ditandai dengan sekurang-kurangnya 2 kejadian konflik agama iaitu 13 Mei dan tragedi Kampung Medan, jadi keharmonian perlu dikekalkan,” katanya kepada FMT.

Anonymous said...

Berdialog lebih sesuai buat Zakir di Malaysia

25 Sep 2018, 9:05 malam (Dikemaskini 25 Sep 2018, 9:09 malam)

A A
Kebenaran agama akan tetap dapat ditonjolkan dengan banyak cara termasuk melalui dialog antara agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof.

Katanya dialog antara agama boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya menggunakan pendekatan yang selalu diambil Dr Zakir Naik.

Bercakap kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini Mujahid berkata pendirian serta pandangan beliau kepada pendakwah dari India itu masih konsisten seperti sebelum ini walaupun ada pihak berpendapat sebaliknya.

"Ingin saya tegaskan bahawa kenyataan saya sama ada pada 2016 mahupun hari ini masih konsisten.

"Apa yang ingin saya jelaskan sekarang hanyalah cara perdebatan oleh pendakwah berkenaan," katanya.

Semalam Mujahid dilaporkan berkata ada kaedah yang dirasakan tidak sesuai untuk dijadikan pendekatan dakwah di negara ini.

Antara lain kata anggota parlimen Parit Buntar itu ia dianggap begitu kerana dirasakan merendah-rendahkan agama selain Islam.

Tetap hormati Zakir

Anonymous said...

Pas ade dskwah untuk kembangkan islam?...berape ramai dah yg masuk islam kerana dakwah pas?

India Wakil bukan islam dlm pas pon tak masuk islam..

Anonymous said...

Pas berjaya buat bukan islam benci islam..

Anonymous said...

Bani hasim dan Dr zakir pernah tak tengok kadar jenayah di jepun?...jepon pon bukan islam...arab saudi sendiri menghantar wartawan tv mengkaji nilai2 kehidupan orang jepun..orang jepun lebih baik dan lebih maju dari orang islam...

Puaka Rimba said...

Jangan kata bomoh seks, Lobai seks pun bersepah. Hehehekikikihahahakahkahkah

Puaka Rimba said...

Hudud adalah modal Lobai Auta untuk berkuasa. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Berapa kadar jenayah di singapore...rumah2 di singapore tiada jeriji besi...dikelantan?...singapore islam ker?

Anonymous said...

Tonggang langgang...orang waras lari dari pas..

Anonymous said...

Perjuangan AMANAH mirip kepada Islam, kata Hassan Mahmud

NASUHA RAHMAN
Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH

Perjuangan AMANAH mirip kepada Islam, kata Hassan Mahmud
Bekas Imam Masjid Negara Datuk Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz yang diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) baru-baru ini, menyifatkan perjuangan parti itu mirip kepada Islam sekali gus sesuai dengan selera beliau.

Katanya, kemenangan luar biasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu telah mendorong beliau untuk menyertai AMANAH yang akan membawa perubahan dan perkembangan yang baik kepada Islam dan umat Melayu.

“AMANAH asalnya daripada Pas kebanyakkan ia adalah rakan-rakan yang sama juga daripada Pas, hati saya mula kasih sesama kawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysia Dateline semasa membuat rawatan kesihatan di sebuah hopital swasta di ibu kota pada hari ini.

Hassan yang sebelum ini merupakan ahli Pas seumur hidup memilih AMANAH kerana parti itu kini mempunyai kuasa di dalam kerajaan dengan beberapa pimpinan telah dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

“Kuasa itu penting, rakan-rakan di dalam AMANAH telah diberi sedikit kuasa dalam mentadbir negara ini jadi peluang untuk membuat benda baik boleh dilaksanakan,” katanya.

Bagaimanapun beliau turut menasihatkan sahabat-sahabatnya di dalam AMANAH agar jangan melepaskan sifat lemah-lembut yang dituntut Allah di dalam melaksanakan pentadbiran mereka dengan rakyat.

“Tolong elakan daripada memiliki sifat-sifat keras, seram dan perasaan ego itu letak ke tepi kerana dalam sejarah orang yang bersifat keras, orang yang tidak berjaya,” katanya.

Anonymous said...

Tengok karektor lobai presiden pas...kasar buat fitnah pil kuda...maki ...sesuai ker sebagai orang islam?...

Anonymous said...

Singapore dah pakai hudud...hihihi..bani hasim tertinggal bas..

Anonymous said...

ya..ya kapiaq lebih baik dan mulia so pakat lah jadi jepun.sgopre cina..hang buat comparisions
apa ni bai...hang nak jdi kapiaq elok lah..hang tak nak jadi islam kerana tak maju kan ..pasai korang islam tak maju jahil ttang islam ni la ideologi import tu dah mjajah minda dunia..habis pakat jdi avengelis proksi jew yahud..korea rep 80% kristian japon 75-85% filipno85% vietnn 65% INDO ???% skrg cina msia 25% kritian india mmang lalang no com..malayu pakat jdi moden habis hak kesamarataan dan modern kan,,,hah..tepuk..tepuk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails