Sunday, June 10, 2018

Oh, Cantiknya Gadis Ini.. Tapi, Neraka, Kenapa?


GAMBAR ini diambil dari mStar (http://www.mstar.com.my) di bawah artikel bertajuk: “Bikini? Saya Pakai Apa Yang Saya Mahu” – Finalis Ratu Cantik NZ.

Beritanya:
PETALING JAYA: Penyertaan peserta wanita beragama Islam dan berhijab dalam pertandingan ratu cantik bukanlah perkara baharu. Namun penyertaan gadis berhijab dalam pertandingan itu sering kali mengundang 1,001 persoalan lebih-lebih lagi apabila membabitkan acara memperagakan pakaian renang (bikini) yang ternyata tidak dibenarkan dalam Islam.

Seorang gadis Melayu berdarah campuran Indonesia yang berasal dari Malaysia yang disenarai pendek sebagai finalis Top 20 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand (Ratu Cantik NZ) ternyata membuka mata masyarakat Islam di seluruh dunia terhadap pertandingan tersebut yang sering kali dikaitkan dengan pemakaian bikini.

Nurul Shamsul
Nurul Shamsul, 20, menjelaskan bahawa acara pakaian renang sudah dimansuhkan dalam pertandingan Miss Universe New Zealand sejak lima tahun lalu.

“Saya tahu di Malaysia, peserta beragama Islam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik seperti ini kerana mereka fikir peserta perlu memakai bikini.
“Satu soalan yang kerap ditanya kepada saya adalah jika saya perlu memakai bikini, jawapannya tidak. Acara itu sudah dimansuhkan lima tahun lalu, jadi saya tidak perlu memakai pakaian itu.
“Miss Universe New Zealand amat berbeza, saya dibenarkan untuk memakai apa sahaja pakaian yang saya mahu ketika sesi penggambaran,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

-foto IG Nurul Shamsul
Untuk rekod, acara bikini dimansuhkan dalam pertandingan itu di New Zealand lima tahun lalu kerana penganjur mahu menghentikan amalan menghakimi wanita menerusi penampilan tubuh badan mereka. Sebaliknya, penganjur Miss Universe New Zealand cuba menjadikan pertandingan itu lebih moden dan inklusif.

Pendekatan itu turut menjadi ikutan penganjur Miss Universe AS yang membuat keputusan untuk memansuhkan acara memperaga pakaian renang tahun depan. Nurul yang dilahirkan di Ampang ini berkata, beliau amat tersentuh dengan pendekatan penganjur pertandingan Miss Universe New Zealand kepada peserta beragama Islam.

“Di negara seperti New Zeland, kami menerima kepelbagaian. Oleh kerana kepelbagaian budaya, saya tidak pernah berdepan sebarang masalah, gangguan atau kesukaran apabila tampil berhijab. 
“Dan sudah tentu ia tidak menghalang saya untuk menyertai pertandingan ini. Bahkan semasa sesi retreat di Bangkok, Thailand ketika ini, penganjur turut menyediakan makanan halal untuk saya. Alhamdulillah, saya amat terharu dengan layanan yang diberikan,” katanya.

-foto IG Nurul Shamsul

Ketika kebanyakan peserta lain memilih untuk memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan ideal untuk sesi temubual bersama media di New Zealand, anak sulung daripada tiga beradik ini sekadar menyarung baju kebaya yang dibelinya sembilan tahun lalu.

“Saya beli sembilan tahun lalu di Malaysia. Saya suka baju itu kerana ia tidak ditelan zaman dan menonjolkan budaya saya kepada masyarakat di seluruh dunia,” kata penuntut Universiti Waikato, New Zealand itu.

Malah, Nurul yang berpindah ke New Zealand ketika berusia lima tahun ini berkata beliau turut membawa bersama baju kebaya tersebut semasa sesi retreat di Bangkok, Thailand sejak tiga hari lalu.

“Saya pakai untuk acara makan malam. Saya suka reka bentuknya. Ia menunjukkan sisi feminin saya dengan corak bunga dan juga warnanya,” kata Nurul.

Sekiranya mara ke pentas final, Nurul berhasrat untuk menggayakan baju kebaya untuk mengetengahkan budaya Malaysia di mata dunia.

“Saya dalam Top 20. Namun ada seseorang yang akan mereka pakaian bagi acara final. Namun jika saya boleh pakai baju kebaya, saya sudah tentu tidak akan melepaskan peluang itu,” katanya.

-foto IG Nurul Shamsul

Ditanya mengenai tujuannya menyertai pertandingan tersebut, Nurul berkata beliau mahu mencerminkan sudut positif ajaran Islam selain memecah stereotaip dan sempadan untuk semua wanita di seluruh dunia.

“Saya sentiasa berminat terhadap istilah kecantikan dalam pelbagai budaya. Kita sentiasa didedahkan kepada keindahan barat menerusi media dan juga media sosial.
“Saya ingin mendefinisikan makna kecantikan sebenar dengan wanita lain di seluruh dunia. Saya mahu makna kecantikan menjadi lebih inklusif, tidak kira bentuk atau warna kulit,” katanya.

Selain bersikap optimis dan ingin merasai pengalaman baharu, Nurul juga mahu melihat reaksi penganjur dan orang ramai mengenai penyertaannya dalam pertandingan itu.

“Saya tertanya-tanya, apa akan berlaku jika saya memohon? Dan saya di sini dalam Top 20, gadis berhijab pertama di New Zealand dan juga gadis Melayu pertama bertanding di Miss Universe.
“Alhamdulillah kebanyakan reaksi orang ramai amat positif. Semua orang memberi sokongan kepada saya. Saya amat bersyukur dan gembira dengan sokongan anda semua,” katanya.-MS.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini satu lagi spesis jahat yang ditaburkan dalam pemikiran umat Islam. Jelas-jelas pertandingan ratu cantik, dedah aurat, apa lagi bagi muslimah, peraga tubuh itu 'haram' dalam Islam' 

Tetapi puak-puak spesis jahat tetap menyodorkan penjajahan fikiran begini seperti yang disebutkan..
  • ternyata membuka mata masyarakat Islam di seluruh dunia terhadap pertandingan tersebut yang sering kali dikaitkan dengan pemakaian bikini.
  • penganjur Miss Universe New Zealand cuba menjadikan pertandingan itu lebih moden dan inklusif.
  • semasa sesi retreat di Bangkok, Thailand ketika ini, penganjur turut menyediakan makanan halal untuk saya. Alhamdulillah, saya amat terharu dengan layanan yang diberikan,” (Menyalah gunakan perkataan 'Al-hamdulillah' kepada perkara maksiat. Makan halal jaga, tubuh tak jaga.)
  • mahu mencerminkan sudut positif ajaran Islam selain memecah stereotaip dan sempadan untuk semua wanita di seluruh dunia.
  • berminat terhadap istilah kecantikan dalam pelbagai budaya.
  • kecantikan dalam pelbagai budaya. 
  • ingin mendefinisikan makna kecantikan sebenar dengan wanita lain di seluruh dunia.
  • Dan segala macam kegilaan lagi.

Kerajaan Baru PH Malaysia perlu ambil perhatian supaya tidak berkerjasama kepada kegiatan ratu cantik yang berlebelkan Islam samada di dalam atau luar negara. 

Untuk perhatian, PM sekarang pernah berlawan dengan Mufti Selangor kes Ratu Cantik Wanita, suatu ketika dulu. Akhirnya Mufti yang jadi mangsanya.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

18 comments:

bunbinban said...

aikkk...cepatnya neraka kan org, lebai dah confirm ke syurga? Jgn mcm tu lebai, pengakhiran kita x tau lgi lebai, walaupun semua berniat nak syurga. Jgn cepat menghukum syurga neraka org lain. Kita sama2 doakan semoga kita semua ke syurga.

Anonymous said...

Bodoh sungguh hang nie...dlm islam ad batas2 islam bermaksud dlm al quran fitnah tu dosa besar jadi masuk neraka..bodoh sungguh mu nie..hukum nya masuk neraka..

Anonymous said...

Tiga golongan ashabul shimal (waqiah 45-47) ;
1. Kafirin yg tolak ajaran agama.
2. Fasikin yg tak hirau hukum hakam agama.
3. Zolimin yg bergelumang dosa dosa besar, mati tak sempat taubat.

Selain dr tu, mudah mudahan ada tmpt dlm Rahmat Allah swt yg Maha Luas. Moga Allah swt bukakan pintu hidayah dan taufiqnya utk kita semua.

Anonymous said...

Hasyim.....JANGAN ambil kerja Tuhan!!!

Syurga dan neraka bukan manusia yg tentukan. Jangan kerana syok menulis...akidah entah kemana.

P/s: Sampaikan.....walau 1 ayat

Anonymous said...

Ada juga batas untuk me'neraka' kan orang. Bukan dengan kebencian tetapi dengan kasih sayang. Di akhiri dengan doa supaya dia ingat pada Allah. Dan berlapik yang kita ini pun belum tentu ke syurga bagaimana pun kita berusaha meninggalkan perkara dosa.

Siapa pulak yang kena fitnah?

80% peluang mati ada pada Hasyim kerana umur dah senja. Dan 20% pada Nurul kerana masih muda.

Nurul sendiri tidak sangka dia di pilih menyertai pertandingan kerana dia bertudung. Ini menunjukkan orang di New Zealand tak anti Islam.

Ingat lah hanya satu kebaikan yang ikhlas Allah jamin Syurga.

Anonymous said...

Setiap Nabi diutuskan membawa khabar gembira dan khabar peringatan azab. Klu sebut neraka X boleh dan haram X boleh konon mengambil tugas tuhan,ini pandangan songsang. Confirm masuk neraka Dan syurga bukan hak manusia tetapi amaran amalan yg menuju syurga Dan neraka adalah diantsra tugas para ambia.

Anonymous said...

Kalau atas sebab menunjukkan kecantikan, ramai perempuan atau anak gadis kerja pejabat masuk neraka. Pramugari dah tentu masuk neraka. Artis dan ahli sukan...

Syurga untuk PAS sahaja, sekelumit dosa pun tak ada ..

Anonymous said...

Memberi peringatan tak salah. Tapi menghukum ... itu kerja Allah. Baik-baik lah jika nak bagi amaran.

Adakah kita Nabi ? Adakah Hasyim dan anon kalangan para ambia ?

Cakap macam itu pun dah di hukum songsang..

Habis nak cakap Hasyim ya persilakan lah ambil tugas Aku (Allah)

Alshams said...

Perkataan menghukum disalah tafsir yg Dulu dipopularkan oleh Che Det Dan Astora Jabat, tugas dakwah perlu dgn hikmah Tampa sembunyikan amaran Dari tuhan mengenai amalan mengundang syurga nerwka.

Anonymous said...

Itu pon tak paham.
Tak baca sampai habis.. terus kata en hasim ambil kerja Tuhan.
dalam dakwah kena tegur yang buruk,galakkan yang baik.
syurga kena sebut, neraka kena sebut.
ada en hasem sebut si poan tu ahli neraka?

dibimbangi dosa fitnah itu kembali kepada pengomen tadi.. habis pahala puasa..
Kesian..
menghina orang 'kerana umur dah senja' begitu pon sudah menghina ciptaan Allah.
Kesian lagi.
Cuba sebut mana ayat en hasem 'menghukum syurga neraka org lain.'Mana? Itu jaga fitnah.

Bertaubatlah kamu, bulan-bulan puasa ni.
Allahu Akbar!!

Alshams said...

Setuju

Anonymous said...

Aku pon setuju.

mahligaiseni said...

INILAH PERANGAI SEBAHAGIAN AHLI, PENYOKONG, DAN PEMIMPIN PAS. SEMUDAH ITU MERELA MENERAKAKAN ORANG. BAIK KAMU SEGERA BERTAUBAT NASUHA, IBU HASYIM. PERGI BERTAUBAT SEKARANG. PERGI.

Anonymous said...

Yg penting bg kita semua, jgn sampai tak solat.
Tak solat insyaAllah nerakalah tmptnya, samada persinggahan atau kekal selamanya.
Yg tak solat langsung, di Saqar.
Yg solat ikut suka, kdg solat kdg tinggal, di Weil, lembah celaka dlm Jahannam. Na'uzubillah !

Yg masih bersolat, mudah mudahan, apapun dosanya, satu hari nanti sedar, taubat dan mati dgn iman, walaupun mungkin iman yg tak sempurna, masih ada bhgnnya dlm Rahmat Allah swt.

Anonymous said...

Masih Xpaham rupanya si mahligai seni ini,
mana yang en hasem 'MENERAKAKAN ORANG'.
Mana buktinya?
sudah jadi penjilat punggkok DAP,
menentang Islam pula..

Anonymous said...

Nie beruk sekor!!

Anonymous said...

Bak kata ipin upin betul betul betul...agaknya mahligai gagal memahami bahasa mudah.

Anonymous said...

Siapa yang letak tajuk?

OH CANTIK NYA GADIS INI... TAPI NERAKA, KENAPA?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails