Saturday, June 16, 2018

Tun M Lambat Lantik Menteri Luar Dll, Demi Kepentingan...




KERAJAAN baharu Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah berkuasa selama lebih sebulan sejak menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Tetapi kerajaan masih dibelenggu perbezaan dalaman antara parti-parti komponen hingga belum mampu melantik anggota Kabinet yang sempurna sebagai sebuah kerajaan persekutuan.
Tempoh sebulan ialah satu masa yang lama dan sepatutnya sudah cukup untuk parti-parti komponen PH berunding untuk memilih calon paling sesuai di kementerian-kementerian penting.
Semasa hendak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Mahathir dengan tegas berkata negara tidak boleh lama tidak mempunyai perdana menteri.
Sekarang ini, negara sudah lebih sebulan tidak ada menteri-menteri yang menjaga hal ehwal kebajikan rakyat kerana parti-parti politik yang memerintah belum dapat membuat keputusan.
Pada masa majoriti rakyat negara ini menyambut Ramadan dan Syawal, tidak ada menteri yang bertugas menjaga hal ehwal pengguna untuk sekurang-kurangnya mengawal harga barang.
Hal ehwal agama Islam juga masih tidak ada menteri yang dilantik untuk menguruskan pentadbiran agama seperti yang sudah lama terlaksana menurut perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.
Apa yang disibukkan ialah perancangan untuk mengkaji semula Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan entah apa lagi yang berkaitan dengan pentadbiran agama di Malaysia.
JAKIM dan seluruh pentadbiran agama Islam sudah lama menjadi sasaran mereka untuk dilemahkan atau dihapuskan, berdasarkan apa yang mereka cakap selama ini.
Amat naif kalau niat dan pendirian sebenar mereka dalam hal ini terlepas daripada perhatian umat Islam yang prihatin.
Ini bermakna semasa umat Islam menyambut Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, hal ehwal agama ini berlaku dalam keadaan tidak ada ketua yang menjaga pentadbirannya.
Yang paling menarik perhatian ialah ketiadaan menteri luar pada masa negara sedang melalui suasana serantau yang mencabar melibatkan kuasa-kuasa besar serantau dan hubungan dengan negara-negara jiran terdekat.
Isu pelaburan China, hubungan dengan Jepun, tuntutan Pulau Batu Puteh, dan pelbagai isu yang timbul terutama ketidakpastian hala tuju kerajaan baharu ini semua memerlukan peranan seorang menteri luar.
Kenapa Perdana Menteri tidak melantik menteri luar pada masa ini? Sebabnya ialah Mahathir tidak mahu agendanya dalam masa terdekat ini “diganggu” oleh seorang menteri luar.
Mahathir, sebagai seorang pemimpin yang dominan dan beragenda besar, mahu mempunyai kawalan penuh terhadap langkah-langkahnya, daripada langkah batal projek China hingga langkah Jepun.
Isu-isu dasar luar ini semua dikawal dan dilaksanakan sendirian oleh Mahathir kerana beliau mempunyai perancangan dan matlamat yang jelas apa yang dimahukan.
Tanpa seorang menteri luar, soalan wartawan dan rakyat hanya akan ditujukan pada Mahathir dan bukan menteri luar yang mungkin akan memberikan jawapan yang berbeza dengan apa yang Mahathir mahukan.
Mungkin juga supaya tidak mengalih perhatian daripada dirinya, seorang PM yang aktif dalam hal ehwal antarabangsa yang sedang ligat di arena serantau.
Point pentingnya, Mahathir ialah seorang pemimpin berpengalaman, dan beliau bersedia melakukan apa sahaja untuk mencapai agendanya.
Inilah yang menjadi sebab kenapa banyak kementerian yang boleh “mengganggu” agenda-agenda pentingnya seperti menteri luar masih belum dilantik dan beliau bergerak secara “one-man show”. – MYNEWSHUB.CC




12 comments:

Anonymous said...

Yg sibuk sgt psl ph ni pasai apa ibnu? point nya mesti nk ckp slh dap.hari ini kawin esk dpt ank ke?janji pas dh tunai blom?

Lelaki Dicermin said...

En. Ìbnu...ada dengar ceramah agama.. tak tahu nama penceramah.. tp logat dia dr penang.. bila dia cerita pru..dia cerita.. selepas bn jatuh semua rakyat berlapang dada..nak kat semua tak ambik kesah janji 100 hari.(yg sebok janji 100 hari org umno). Semua puashati.. semua tenang..takde keluhan pun pd pengundi2 PH..kenapa..?.bila penceramah tu ckp baru aku perasan..memang itu dlm hati setiap pengundi PH.. bg aku tun M nak buat apa buatlah.. sbb semua puashati dpt jatuhkan BN terutama umno hanya dgn sebatang pen..jadi tak perlulah en ibnu kesah perancangan tun m..aku tgk perubahan wajah rosmah bukan isu panas pun skg... sbb semua pengundi PH berlapang dada..

Anonymous said...

Semua nak jatuhkan najib, sekali ngan bn. Tp kosnya ialah pm yg pernah merosakkan msia satu ketika dulu. Belum pasti moral melayu naik semula, sebab x ramai melayu yg hadir jamuan raya.

Nabati Sakirin said...

Hey ibnu....kalau menulis guna kepala otak, jangan dpguna kepala

Anonymous said...

Aku tengok sejak PH menang PRU14 dan PAS kempunan ke Putrajaya ,Ibnu Hasyim bukan main meroyan lagi dan silap2 boleh sakit jiwa orang tua ni. Nasihat aku pada Ibnu Hasyim terimalah hakikat dengan kejayaan PH dan kejatuhan UMNO iaitu sekutu PAS.

Anonymous said...

Tak habis-habis meroyan lagi. Kata dah menang. Menang orang kalah morang agamanya. Menang tapi si bukan Islam jadi tuan.

Anonymous said...

Kiki sekelompok mnusia yg bodoh, yg terus melalak bila tun dan ph dikritik, sedarlah sikit tun hanya pm boneka yg ada kuasa yg kecil, tentunya dasar dlm ph akan ditentukan sekolompok golongan yg majoriti,

Anonymous said...


Badut ternakan pakatan menulis komen yang tidak masuk akal manusia normal konon selepas bn jatuh SEMUA rakyat berlapang dada..nak kat SEMUA tak ambik kesah janji 100 hari.(yg sebok janji 100 hari org umno). SEMUA puashati ... bla...bla... bla.. sbb SEMUA pengundi PH berlapang dada

Komen badut pakatan yang menggunakan perkataan 'SEMUA' yang diulang beberapa kali dalam komennya adalah putar belit, penipuan atau pembohongan yang sangat jelas ! Dia tidak menunjukkan sebarang bukti atau hasil kajian yang menyokong dakwaan 'SEMUA' nya. Badut ini memang jelas sangat bodoh kerana dia fikir dia boleh mengetahui semua isi hati rakyat !

Badut pakatan ini fikir SEMUA manusia adalah robot atau zombi yang tidak boleh berfikir maka mereka 'SEMUA' bersetuju dengan apa sahaja tindakan rejim pakatan walaupun merugikan rakyat dan mereka 'SEMUA' rela di'kencing hancing' oleh rejim pakatan yang jelas berdolak dalih tidak mahu melaksanakan semua janji PRU14!

Maka kita tidak terkejut melihat barua @ cybertrooper pakatan sibuk kencing rakyat dengan pelbagai janji dan fitnah supaya pakatan memenangi PRU14. Dakwaan ini disokong oleh bukti pemimpin-pemimpin pakatan menentang RUU anti-berita plasu.

Anonymous said...

Badut dn barua 12:22 adalah sibatu api.ajaran pas?

Anonymous said...

Belum 100 hari PAS sibuk tuntut royalti. Tak tunggu pun perlantikan menteri yang bertanggungjawab.

Pegawai Diplomatik kita ada, lagi pun semasa ada Menteri Luar tak ada pun usaha nak bawak balik Shirul dan Jho Low. Sebarang kenyataan Malaysia boleh di baca oleh Pegawai Diplomatik.

Jawatan taraf Menteri ialah untuk protokol dan menghadiri persidangan.

Macam Anak-anak muda bekerja dengan jawatan Eksekutif tapi kerja macam kuli...

Anonymous said...

Bila melindungi hak dan membela nasib Palestin, yang orang harapkan siapa?

Tun Mahathir jugak....

Anonymous said...

Penyokong PAS dan UMNO semakin meroyan sekarang ni kerana dah putus dedak,ramai dah menganggur tak dapat cari makan.Aku cadangkan penyokong PAS dan UMNO makan tanah sajalah dari mengharapkan fulus dari Najib yang tak kunjung tiba. he.....he.....he......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails