Sunday, June 10, 2018

Selepas Peguam Negara, DAP Sasar Kuasai Perundangan.. Melampau




PEMIMPIN utama DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan semalam mendesak Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin meletak jawatan.

Alasannya, perletakan jawatan dua tokoh kehakiman ini boleh menamatkan satu “krisis perlembagaan” melibatkan pelantikan mereka yang menurutnya merupakan satu isu yang perlu ditangani untuk pembaharuan kehakiman dan perundangan Malaysia.
“Perletakan jawatan dari Md Raus sebagai Ketua Hakim dan Zulkefli sebagai Presiden Mahkamah Rayuan membolehkan satu permulaan yang tepat untuk pembaharuan kehakiman dan undang-undang yang sangat diperlukan di negara ini,” kata Kit Siang.
Kit Siang menarik perhatian kepada pelantikan kedua-dua Raus dan Zulkefli yang menimbulkan kontroversi sebagai satu alasan kenapa mereka perlu berundur.
DAP mahu Tan Sri Richard Malanjum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara dan telah mencadangkan nama beliau sejak 2016.
Kit Siang pernah menulis di akaun Twitternya pada 2016 mencadangkan nama Richard sebagai Ketua Hakim Negara.
Sebelum ini, pada 2017, PH menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memprotes pelantikan semula Raus dan Zulkefli.
Desakan Kit Siang ini dilihat sebagai lanjutan usaha DAP untuk meletakkan tokoh-tokoh pilihan mereka bagi menguasai kedudukan-kedudukan penting dalam perundangan negara, bermula dengan Peguam Negara Tommy Thomas yang sudah disahkan.
DAP bersikap agresif dalam menuntut pelantikan tokoh-tokoh pilihan mereka ini, yang dilihat sebagai antara sasaran untuk mereka kuasai sejurus mendapat kuasa.
Sebelum ini, pemilihan Thomas sebagai Peguam Negara mencetuskan krisis antara kerajaan Pakatan Harapan dengan Yang di-Pertuan Agong.
Pemilihan beliau kontroversi kerana sikap politiknya sebelum ini yang sangat kritikal dalam isu-isu sensitif seperti undang-undang syariah dan peranan Raja-Raja Melayu.
DAP kelihatan berjaya menguasai perundangan melalui pengaruhnya yang kuat dalam kerajaan PH, bermula dengan pelantikan Thomas yang kontroversi.
Agenda DAP ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Islam yang melihat kedudukan perundangan syariah di Malaysia bakal terpinggir. – Mynewshub.cc
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melampau..

14 comments:

Anonymous said...

Hantam saja apa yg terfikir Pak Hasyim.....bulan Ramadhan ke...bulan lain ke...sama jer...janji ikut moto SAMPAIKAN....WALAU 1 AYAT...meskipun tak pasti benar atau tidak.

Anonymous said...

Ya...politik punya pasal, kita kasi hentam...kasi fitnah...kasi reka cerita yang bukan-bukan.....kita kan KUAT, BOLEH GUNA KEPALA LUTUT, guna siku...jangan GUNA KEPALA LUTUT UNTUK BERFIKIR, udah ler !

Anti Fitnah said...

Guna nama Ibnu ... tukar aje Ibnu tu sebab "kau" tak layak. Mencemar Duli aje.

Anonymous said...

Daim juga mendesak kedua-dua mereka letak jawatan kerana semua tahu pelantikan mereka sebelum ini sama dengan alasan Apandi di lantik. Jika Apandi letak jawatan mereka berdua juga sepatutnya letak jawatan.

Mereka sengaja sehingga DAP turut sama mendesak mereka letak jawatan. Dan isu DAP sekali lagi akan menunjukkan usaha DAP untuk cuba menguasai perundangan.

PAS dan UMNO mengapa senyap? Jangan apabila nama yang di cadang DAP naik baru nak bersuara. Jadi lah pembangkang yang mempertahankan hak Melayu seperti DAP begitu konsisten memperjuangkan hak mereka.

PAS boleh cadangkan nama. UMNO pun boleh cadangkan nama. Nama yang setanding dengan nama yang di beri oleh DAP. Jangan apabila PH telah bersetuju dengan nama DAP setelah mempertimbangkan nama nama lain. Mustahil PH tidak melihat calon-calon lain.

Cara menghebohkan DAP cuba menguasai perundangan akan merugikan orang Melayu. Kita kena beranggapan mereka baik dalam pada itu kita buat kerja kita yang menguntungkan kita.

Anonymous said...



Tahniah ibnu....setiap tulisan anda jangan terkeluar dari memburokkan PH. atau memfitnah sebab meraka tak betul dari penilaian anda.

Namun majoriti rakyat Malaysia bergembira dengan PH. Oh satu lagi...saya harap anda jangan ajarkan sifat anda pada anak2 anda, jika tidak anda ak
an tambah lagi dosa.

Anonymous said...

Tahniah pak hasyhim. Kita kena sedarkan org2 melayu drpd terus jadi baruah2 kafir dap. Insyallah,, org islam akan bersatu lps ini.

Anonymous said...

Ya jom terus lawan barua2 kafir, kerana ini adalah perjuangan yang diredhai Allah SWT.
Kalau Nabi Musa AS susah berlawan dengan Firaun, maka Firan yang mengejar Nabi Musa lebih susah lagi.

Kalau kita mati dalam perjuangan ini, mati kita dalam kebenaran, syahid. Mereka pula mati dalam kekufuran dan kehinaan. Na'auzubillhi minzalik.

Ya Allah ampuni mereka, semoga mereka bertaubat. Bertaubat dari jadi pecacai orang kafir.

Anonymous said...


Bila jumpa MahaFiraun satu nasihat pun tak di ucap. Jangan kan nasihat, satu ayat pun tak di sampai.

Zahid datang se orang.
Pemimpin Sarawak datang se orang.
Yang berjuang se olah-olah sama dengan Nabi Musa as, datang kepada MahaFiraun berapa orang ?

Mati kerana parti mati katak !

Zali Mohd said...

Ya Ibnu Hashim kau bapa segala fitnah ayoh lakukanlah kerana itulah Islam cara kau sesat lagi meyesatkan.

Anonymous said...

Aku rasa ulamak jahat @ palsu ha ha hadi awang jd ketua hakim negara lg bagus sb mangkuk ayun ni mmg kaki penipu mulut celupar, kaki caci maki kaki pengelar. Kaki m'gafir kaki tikam rakan (PR) kaki ponteng kaki.

Mcm2 perangai buruk la ada pd ha ha hadi

Anonymous said...

Betul2. Pelantikan thomas sebagai peguam negara pun Pak Hashim fitnah di bulan ramadhan ni. Sebenarnya yg dilantik bukanlah thomas tapi timah

Anonymous said...

Ya memang betul kaki finah ibnu ni...Pelantikan thomas sebagai peguam negara pun Pak Hashim fitnah di bulan ramadhan ni. Sebenarnya yg dilantik bukanlah thomas tapi timah...mari betulkan keadaan

Anonymous said...

Sehari selepas menang tu memang la majoriti sokong ph...tapi la ni dok eh....

Anonymous said...

Betul 6.07. Tapi sebenarnya kaki fitnah, caci maki, putar belit ada berlambak dlm ph tu. Dulu tuduh orang meliwat tapi skrg tetiba suci bila dah jadi geng. Dulu masa dlm pas bukan main puji pas. Bila keluar pas tetiba pas ni parti buruk, ulamak buruk dan mcm2 lagi. Sebabnya jadi lagu tu cuma sbb tak ada jawatan...
Lepas ni kita tunggu la pulak geng fitnah dan putar belit ni terbelit each other

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails