Wednesday, June 13, 2018

RM20Juta Setahun, T'ganu Ringankan Beban Keluarga Anak Ke Universiti.


Terengganu teruskan bantuan persediaan memasuki SPB, IPT RM20 juta setahun ringankan beban keluarga anak ke universiti.


KUALA TERENGGANU, 27 Ramadan 1438H, Selasa – Kerajaan PAS meneruskan bantuan persediaan memasuki sekolah berasrama penuh (SBP) dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada anak negeri seperti yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM20 juta setahun bagi meringankan beban ibu bapa yang menghantar anak mereka menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Menurut beliau, setakat ini kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada pelajar yang menyambung pelajaran di peringkat matrikulasi/ asasi dan diploma bagi sesi 2018/2019 di seluruh negeri.
“Peruntukan sebanyak RM1.5 juta itu disalurkan kepada 1,099 pelajar matrikulasi/ asasi dan diploma seramai 1,035 orang. Proses agihan dilaksanakan mengukut daerah bagi memudahkan urusan penerimaan bantuan.
“Agihan bagi daerah Besut dan Setiu kepada 485 pelajar telah diadakan semalam di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu manakala Kemaman dan Dungun yang melibatkan seramai 670 pelajar dengan peruntukan RM419,400, pada hari sebelumnya.
“Hari ini pula urusan agihan kepada 1,249 penerima dari empat daerah dengan perbelanjaan sebanyak RM808,950 selesai dijalankan. Besar harapan kerajaan negeri agar bernar-benar dimemanfaatkan sumbangan ini untuk persiapan ke IPT,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Persediaan Pelajar YT Bagi Peringkat Matrikulasi/Asasi dan Diploma Sesi Pengajian Mei/Jun 2018 Parlimen Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Kadar bantuan persediaan yang diberi mengikut kategori iaitu RM1,000 (ijazah), RM750 (diploma) dan RM500 (sijil dan matrikulasi). Tambahan sebanyak RM300 diberikan untuk pelajar yang meyambung pelajaran di IPT Sabah dan Sarawak.
Ahmad Samsuri berkata bantuan sama akan diteruskan bagi kemasukan pelajar ke peringkat ijazah yang dijangka diagihkan pada September depan.
Justeru, beliau meminta pihak Yayasan Terengganu yang bertanggungjawab menguruskan bantuan itu supaya menambahbaik kaedah agihan bagi memudahkan proses permohonan di samping pemberian sumbangan kepada pelajar yang layak. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails