Tuesday, June 12, 2018

Sah, PR Mungkiri Janji-janji Ini.. Projek Mega Yang Bengkrap..

`Hasil carian imej untuk Projek Mega Yang Bengkrap..

RAMAI tidak tahu semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4, banyak projek-projek mega yang dilancarkan telah bankrap kemudian bail-Out oleh kerajaan.

Musibat yang menimpa negara ini terdiri daripada projek pengangkutan awam utama Lembah Klang yang diperkenalkan Tun Mahathir.
Kesemua projek ini mempunyai landasan yang berbeza, kereta api berbeza, sistem tiket berlainan dan integrasi yang minimum antara stesen.
Prasarana milik Kerajaan kemudiannya terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk mengintegrasikan dan menyeragamkan kesemua stesen laluan berlainan.
Projek-projek Mahathir yang bermasalah adalah:

1. LRT Putra-Kelana Jaya

Dengan 25 stesen sejauh 29 kilometer, LRT Putra-Kelana Jaya yang dibina telah diswastakan kepada United Engineers Malaysia (UEM) milik Halim Saad, mula beroperasi 1998.
Projek ini telah bankrap dan bail-out, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada tahun 2002 dengan nilai RM5.3 bilion.

2. LRT2 (Star-Ampang)

Projek Mahathir ini telah diswastakan kepada KL transit Group Assest (30 peratus) dan mula beroperasi 1996.
LRT2 telah jatuh bankrap dan bail-out oleh kerajaan pada tahun 2002, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan dengan nilai RM3.3 bilion.

3. KL Monorail

Projek Monorel yang diswastakan kepada KL Infra Group milik Vincent Tan telah diluluskan pada mesyuarat kabinet Jun 1989. Kos yang dianggarkan sebanyak RM 143 juta ternyata jauh tersasar apabila menelan belanja sebanyak RM1.18 bilion setelah projek tersebut siap dibina dan beroperasi pada tahun 2003.
Projek ini jatuh bankrap disebabkan syarikat tersebut banyak menanggung kerugian akibat susut nilai dan kos pembayaran faedah. Pada 30 April 2004, KL Infra mencatat kerugian bersih RM46.24 juta daripada hasil jualan RM15.08 juta.
KL Monorail telah diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik Kerajaan pada tahun 2007 dengan nilai RM882 juta.

4. Bas Intrakota

Intrakota telah mula beroperasi pada tahun 1998 dan diswastakan kepada DRB-Hicom.
Projek ini bankrap dan bail-out dilaksanakan oleh kerajaan pada 2003 dengan diselamatkan oleh Prasarana dengan nilai RM177 juta.

5. Skandal Perwaja Steel

Perwaja Steel bermula pada tahun 1982 sebagai usaha sama antara Perbadanan Heavy Industries milik kerajaan dan syarikat Jepun Nippon Steel Corporation namun syarikat Jepun telah menarik diri disebabkan hutang yang banyak.
Merujuk Malaysia Today, Mahathir sendiri mengakui secara terbuka pada tahun 2002 bahawa Perwaja kehilangan RM10 bilion semasa dialog dengan rakyat Malaysia di London dan mengakui terdapat kemungkinan penyelewengan dana serta salah urus di Perwaja.
Jumlah kerugian telah meningkat kepada RM2.49 bilion daripada RM1 bilion apabila Eric Chia mengambil alih dan Perwaja telah dilumpuhkan oleh hutang tambahan berjumlah RM5.7 bilion.
Projek ini telah diambil semula oleh kerajaan semasa zaman Tun Dato’ Sri Abdullah Badawi untuk diselamatkan.

6. Skandal Bank Bumi

Lapor Asia Correspondent, skandal Bank Bumi semasa zaman Tun Mahathir berkait kehilangan berbilion-bilon duit yang dibenlanjakan. Apabila ditanya, Tun Mahathir cuba mengelak isu tersebut dengan mudah mengatakan dirinya tidak terlibat dengan skandal Bank Bumi.
“Saya tidak mencuri duit. Wang itu hilang dan ia adalah wang bank,” kata Dr. Mahathir kepada akhbar tempatan pada Mei 2015.
Mungkin Tun Mahathir sudah lupa kegagalan yang dihadapinya dahulu sehingga banyak projek-projek mega telah bankrap dan terpaksa diambil oleh kerajaan untuk diselamatkan dan diteruskan demi kepentingan rakyat.
Sehingga kini, projek-projek UMNO telah dibatalkan dengan menggantikan projek baru oleh Tun Mahathir sendiri.
Namun, adakah projek baru ini releven dan benar-benar perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara? – MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan…

BANYAK janji yang dulu dikatakan akan dilaksana dalam tempoh 100 hari kalau Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah dimungkiri.

Sebelum hari ke-100 lagi, PH sudah tahu yang mereka tidak akan dapat melaksanakan janji-janji mereka dalam tempoh 100 hari, malah mungkin tidak boleh ditunaikan langsung.
Tol hapus dan minyak turun harga ialah janji yang mula-mula rakyat dapat tahu tidak terlaksana, kerana sudah diumum hanya diskaun 50 peratus selama dua hari diberikan.
Diskaun 50 peratus ini diumum awal kerana hendak menjawab janji Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum PRU14 yang menjanjikan tol percuma selama lima hari.
Masing-masing dalam hati ada rasa kecewa tetapi mungkin rasa seronok kerana berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional masih kuat hingga janji dimungkiri masih boleh dianggap luka kecil.
Minyak pada mulanya tidak naik, dan ini melegakan tetapi minggu lepas naik 19 sen selepas beberapa minggu kekal.
Ada yang mengecam pengkritik dengan mengatakan yang sibuk mengkritik harga naik bukan pengguna minyak RON97 itu.
Sebenarnya ramai yang menggunakan minyak itu, kerana keperluan kenderaan mereka contohnya, dan kenaikan ini memang memberi kesan dalam musim balik kampung ini.
Sangat lemah hujah mengatakan tidak ramai menggunakan minyak RON97, jadi kenaikan tidak membebankan orang ramai, seolah-olah minyak 97 ini hanya dibeli oleh yang betul-betul kaya.
Maka ramai rakyat yang tidak mendapat apa yang dijanjikan menjelang Aidilfitri nanti, dan masih perlu membayar harga minyak dan tol.
Bermakna ramai tidak dapat faedah jangka pendek kemenangan BN dengan minyak murah dan tol percuma Hari Raya nanti, malah bakal hilang banyak lagi dalam jangka panjang.
Yang perlu membayar hutang PTPTN masih perlu terus membayar, kerana janji menangguhkan pembayaran seperti dalam manifesto itu sudah ditangguh.
Pemimpin-pemimpin PH bersungguh mengatakan hutang zaman Najib menyebabkan mereka susah hendak menunaikan janji.
Mereka mendakwa tidak tahu sebenarnya jumlah hutang negara sebesar itu, dan manifesto mereka berdasarkan angka yang diberi kerajaan BN.
Ini jelas satu penipuan kerana ramai pemimpin utama mereka berpengalaman, dan mereka ada orang dalam yang sering menghulur maklumat.
Ramai daripada mereka baru sahaja keluar meninggalkan kerajaan dan UMNO, takkan mereka ini juga tidak tahu langsung keadaan sebenar.
Lalu di manakah kita boleh berpegang dengan kerajaan PH ini, sedangkan kita diberitahu yang manusia dipegang pada janjinya.
Janji dan pujukan mereka yang kedudukan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu akan dipelihara kalau mereka memerintah juga sudah dimungkiri.
Mereka pada masa yang sama mengguna senjata siber mereka menyebarkan kebaikan pemimpin mereka dan memaki hamun pengkritik parti mereka.
Makin sukarlah rakyat hendak menuntut janji, atau menuntut apa-apa daripada kerajaan baru ini, kerana silap cakap, habis dimaki nanti.
Nampaknya hampir semua janji tidak dapat ditunaikan, malah lengkapkan menteri-menteri Kabinet yang bukan janji tapi keperluan pun masih belum selesai.
Jadi bersedialah untuk perjuangan panjang hidup di bawah kerajaan PH ini, yang sangat manis janji-janjinya tetapi banyak pula alasan bila janji dituntut.
Entah apa lagi yang menunggu kita rakyat Malaysia di depan nanti, kalau kuasa mereka sudah kukuh dan mereka berjaya menyebarkan imej baik mereka hingga diyakini benar semata-mata. – Mynewshub.cc

11 comments:

I said...

Biar apa pun yang betlaku sama ada rugi atau untung atau dibail out kami tak peduli pasal kami nampak apa yang dilakukan adalah wujud. Peluang pekerjaan wujud. Dari pengarah besar hingga kepada pak guard semyanya ada. Untung dan rugi adalah adat berniaga. Kami masih dapat perkhidmatan monorail atau lrt. Bagai mana dengan syarikat 1mdb ni...? Tuan tak nak komen ke...senyap aje. Yang pastinya ada Arul Kanda aje. Pekerja lain entah ke mana2 perginya... Maaf cakap sebagai penyokong PH saya tak peduli pun manifesto yang diutarakan... yang penting kleptokrasi digulingkan.....tak gitu...

Anonymous said...

Alhamdulliah mujur parti ajaran sesat @ pas x menang pru14. Jika tidak rosak malaysia dikejakn pemimpin pas yg jahat & munafiq.

Anonymous said...

I said, saya bersetuju dgn anda!

ibnu! brapa duit hang dpt bagi tiap tempelan dri mynewshubkorap.cc nih? haram tu! Masa Tun M bailout projek2 tu, rakyat tak dibebankan dgn GST, kos sarahidup tak terlalu membeban, harga barang tak naik mencanak canak kepla bana Ahmad Maslan tuh! Samalah bana exPM MO1 najib pon!

Tepat sungguh Teori R A H M A N : UMNO PERIKATAN BN BERKECAI selepas N = najib = MO1 = anak tun razak = menangis dlm kubor dek perbuatan si anak derhaka!!!

Bapak susahpayah bina negara, anak kesayangan menjahanamkan negara, Kasimmm, Kasimmmm.....!

Kecik kecik tak nak mampossss!!!......dah besar menyusahkan orang!!!.......

Anonymous said...

Ibnu Hasyim setahu aku engko adalah blogger PAS tua yang sentiasa kemaruk kisah sek dan gambar bogel. Musim puasa ni engko tak teringat nak keluarkan gambar bogel kah. he...he..he.....

Young Z Yang said...

bro jangan open sangat,dia kalau hal burit.dia nombor 1

Anonymous said...

BN - dari 13 kini tinggal 4 parti
Barisan Nasional (BN) menyertai pilihan raya umum ke-14 bersama 13 parti yang berada dalam gabungan itu.

Namun hanya dalam tempoh sebulan sejak kekalahannya pada 9 Mei, gabungan itu kini hanya tinggal empat parti.

Ditubuhkan pada tahun 1973, BN merupakan inisiatif perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein bagi menyatukan parti pemerintah dan pembangkang selepas tragedi hitam rusuhan kaum pada 1969.

Bagaimanapun, BN kini musnah di tangan anak lelakinya yang juga perdana menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak.

Najib sebelum ini bertegas mengetuai BN walaupun dibelenggu skandal 1MDB melibatkan berbilion ringgit dan digambarkan sebagai 'kleptokrasi paling buruk'.

Pada 9 Mei lalu, BN kehilangan kuasa untuk kali pertama dalam tempoh 61 tahun sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Artikel ini memaparkan kronologi perpecahan parti komponen dalam BN.

BN Sabah

Menjelang pilihan raya umum ke-14, BN Sabah terdiri daripada Umno dan parti berasaskan negeri iaitu PBS, PBRS, Upko dan LDP.

Sejurus selepas kekalahan BN di peringkat negeri dan persekutuan di Sabah, Upko menjadi parti pertama mengumumkan keluar dari BN.

Parti itu kemudian bergabung dengan Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah (WARISAN), memberi mereka majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri Sabah yang baru.

Langkah ini kemudian diikuti oleh LDP, PBS dan PBRS yang memutuskan keluar dari BN dan meninggalkan Umno sebagai satu-satunya komponen utama gabungan itu di Sabah.

Sekumpulan besar anggota Dewan Undangan Negeri dari Umno juga keluar dari parti itu untuk menyertai PBS dalam usaha membangunkan "imej tempatan".

Sementara itu, PBS bersekutu dengan Star, satu lagi parti pembangkang, untuk membentuk Gagasan Bersatu.

Semua ini berlaku dalam minggu pertama kekalahan BN. Apa yang masih tinggal dalam BN Sabah ialah Umno yang semakin lemah dan beberapa parti berasaskan semenanjung.

MCA dan Gerakan walaupun bertapak di Sabah, tetapi tidak pernah dianggap sebagai anggota teras BN di negeri itu.

BN Sarawak

Berbeza dengan Sabah, BN Sarawak keluar dari gabungan itu secara tersusun dengan kesemua komponen negerinya masih utuh.

Di bawah pimpinan ketua menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg, PBB, SUPP, PRS dan PDP mengumumkan keluar daripada gabungan itu hari ini.

Empat parti mengumumkan mereka kini akan membentuk gabungan kerajaan yang dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Johari berkata gabungan itu akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan iaitu Pakatan Harapan tetapi akan membentuk bloknya sendiri dan kekal di pihak pembangkang di Parlimen.

BN di Semenanjung Malaysia

Satu-satunya parti yang tinggal dalam BN ialah Umno, MCA, MIC dan Gerakan. Perbalahan berlaku dalam MyPPP apabila presidennya Datuk M Kayveas mengumumkan pada 19 Mei bahawa parti itu keluar dari BN.

Bagaimanapun, ahli majlis tertinggi yang lain mempertikaikannya, menyebabkan status sebenar MyPPP dengan BN kini menimbulkan tanya.

Sementara MCA, MIC dan Gerakan masih kekal di bawah BN, pada masa ini, mereka membayangkan akan mengkaji semula kedudukan dalam gabungan itu.

Umno yang merupakan parti utama dalam BN kini hanya memiliki beberapa rakan dan mungkin perlu mencari sekutu baru.
-malaysiakini
at 6/12/2018 07:00:00 PTG

Anonymous said...

rugi duit rakyat abeh untuk kaya kroni dia saja
pkr silap join bersatu
penat berjuang dari 1998 - 2018
dah jadi pm7 tak mau berenti pulak seronok
padanmuka

Anonymous said...

Komen di atas, antaranya..
ulang benda sama,
PAS ajaran sesat,
'ibnu! brapa duit hang dpt',
'Ibnu Hasyim setahu aku engko adalah blogger PAS tua yang sentiasa kemaruk kisah sek dan gambar bogel.'
'Musim puasa ni engko tak teringat nak keluarkan gambar bogel kah. he...he..he.....'

Begitulah penghinaan diberi kepada penulis dakwah dan bela kebenaran.

Maaf en hasem, Aku nak tanya pengomen di atas, lu kata 'blogger PAS tua yang sentiasa kemaruk' seks, adakah lu pernah beri anak bini lu di nikahi (bukan zina) oleh beliau? sehingga lu tahu kemaruk ke tidak??? Kalau berlaku begitu, baru tuduhan lu tepat.

Maaf agak kasar sikit, kerana puak-puak spesis jahat patut dijawab begini. Sila jawab..

Anonymous said...

Beruk2 ph dh start meroyan...kakakak

Anonymous said...

Keruntuhan bn mmg patut berlaku, skian lama bn bgitu kuat shgga dia gabungan lain yg setaraf bn, keruntuhan bn akan mmberi peluang kpd muncul gabungan yg lain yg boleh bersilih ganti sbg parti pemerintah. Gabungan dalam ph sendiri akan pecah,hrp akan muncul lebih ramai pmimpin muda yg berwibawa.pmimpin lama yg ada skrg mmg tk boleh pakai pelbagai masalah politik sbnrnya akibat perbuatan pemimpin lama,

Anonymous said...

Yang tak gagal hanyalah najib. Dia pemimpin Islam yg dihormati oleh ahli2 pas. Dia kaya. Byk duit simpan kt rumah. Najib seorg tepati janji. Dia jutawan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails