Sunday, June 10, 2018

Lebih Baik Pemimpin Kafir.. Jujur

Lebih Baik Pemimpin KAFIR tapi JUJUR...!!!! 
Hati-hati pendakalan Aqidah
Lihat video di atas ini dulu..


Rugi orang² yang TIDAK BERBANGGA dengan Islam

Akhirnya mereka lebih cenderung memuji orang kafir. Mereka kata orang kafir lebih baik dari orang islam. Buat apa kita cari orang islam penyamun, baik kita cari orang kafir yang baik seolah² dia lihat semua orang islam penyamun tiada yang baik. Sebab dia TIDAK BERBANGGA dengan agamanya.

Bila seseorg tidak berbangga dengan agamanya, tidak melihat kehebatan agamanya maka dia tidak akan nampak kebaikan agamanya.

Lalu Allah TAALA hinanya dengan nampak kebaikan kekufuran. Mula² dia puji orang kafir bagus pengurusannya jujur amanah, macam dia tidak pernah jumpa orang kafir yang khianat dan tidak amanah…

Orang² islam tak boleh diharap, macam dia tidak pernah jumpa orang islam yang boleh diharap… Orang² Islam tak pandai buat kerja, orang kafir pandai buat kerja, macam dia tidak pernah jumpa orang kafir yang tak pandai buat kerja…

Orang² islam kuat menipu, macam dia tidak pernah jumpa orang kafir yang kuat menipu. Orang² begini cacat otaknya kerana tidak berbangga dengan agamanya maka dia dengan mudah memuji agama² lain.

Orang² begini dia mendekati kekufuran, kelak dia akan kata agama dia (kafir) lebih baik dr agama aku maka dia pun masuk…
Maka bermulalah kebodohannya.
AGAMA KITA AGAMA YANG TERBAIK.
Allah SWT berfirman:
“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 8)

(Wallahu a’lam)
20 RAMADHAN 1439H
#ALHAMDULILLAH #UMED #200 
WASIAT IBNU ARABI

Video: Pemimpin Kafir Yang Adil vs Pemimpin Islam Yang Zalim - Ustaz Azhar Idrus
Rugi orang² yang TIDAK BERBANGGA dengan Islam

37 comments:

Anonymous said...

Orang jahil murakkab ( bodoh berganda-ganda) akan memandang hina kepada agama Islam dan umat Islam kerana si jahil murakkab telah ditipu oleh puak munafik dan puak kafir harbi untuk mempercayai konon umat Islam tidak bermoral dan tidak boleh dipercayai konon.

Sebaliknya, puak jahil murakkab ini diperdayakan oleh propaganda rasis untuk mempercayai secara tidak rasional orang kafir bermoral tinggi seolah-olah semua orang kafir 'suci' dan maksum kerana tidak pernah menipu, mencuri, menyamun dll.

Fakta menunjukkan sebilangan orang kafir juga melakukan penipuan, pecah amanah, salah guna kuasa, rompakan, lintah darat dll.

Bahkan scammer berskala besar terdiri dari puak kafir.

Kasihan melihat sebilangan orang jahil ditipu oleh propaganda rasis untuk menghina dan membenci umat Islam dan kaum sendiri.

Anonymous said...

Umat Islam adalah manusia yang beriman pada Allah dan RasulNya sedangkan si kafir pula menafikan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasulullah s.a.w.

Maka sebaik-baik orang kafir akan masuk ke dalam neraka. Seburuk-buruk umat Islam akan masuk syurga.

Orang bodoh sahaja akan berkata orang kafir lebih baik dari umat Islam.

Anonymous said...

Solat apa dan ibadat apa yang di terima oleh Allah sekiranya pemimpin Islam nya tidak amanah dan penipu besar.

Sedangkan ibadat kita tak di terima oleh Allah sekiranya ada botol arak kosong dalam rumah kita. Padahal kita tak minum pun cuma kerana botol itu cantik.

Jangan ingat tidak amanah dan penipu besar ini perkara kecik. Apa yang terjadi hari ini adalah kerana seorang pemimpin Islam yang tidak amanah dan penipu besar. Sehingga orang Islam melihat orang bukan Islam lebih baik dan jujur.

oleh sebab atas nama agama, kena terus pilih pemimpin lain yang sama sebagai ganti?

Ini lah delima orang Islam. Jangan hanya guna cara pendekatan hukum dan mengugut. Bagi penyelesaian.

Orang kafir pun kuat menipu. Tipu macamana pun, mereka jarang gagal. Sebalik nya orang Islam yang jadi pemimpin jujur bukan senang nak mendapat kejayaan apa lagi orang Islam yang jadi pemimpin yang tak jujur.. Rosak nya lebih teruk dari kegagalan pemimpin Islam yang jujur.

Tauhid mereka tidak di uji. Kita akan melakukan kesilapan jika tidak bergantung pada Allah dan jika kita bergantung pula maka kita sedih dan kecewa apabila usaha kita selalu ada halangan.

Wallahuaklam

Kamal Ariffin Saaim said...

Uztaz azhar idrus penerangannya jelas.....

Anonymous said...

Mereka akan sokong hal2 cabang. Berabis duit pun tak apa asalkan perkara dasar spt ruu355 tdk dilaksanakan. Krn liberalis melihat hal ini sbg usaha yg perlu disokong. Maka akan bertukar nanti Msia sebagai negara sekular dan kebebasan beragama. Acuan sedang diukir. Hasilnya jika tiada bangkangan akan menjadi realiti.

Anonymous said...

Umat Islam di Malaya sedang diuji sekarang ni. Bulan Ramadhan pula tu. DOA mustajab. Ini Allah nak tunjuk kat kita siapa yang boleh dipercayai. Orang Islam pula akan terbuka mata hati untuk masuk ke dalam golongan orang orang yang berfikir. Saya doakan semoga pemimpin Islam yang diredhai Allah akan naik memimpin kita secepat mungkin.

Anonymous said...

Memang betul kalimat ini kalimat jahat yg dijaja oleh melayu liberal. Perosak Islam. Negara aman dgn pemimpin konun jujur ambiklah cth negara2 eropah. Tapi x ada nur Islam dimana maksiat boleh dibuat tanpa had atas alasan hak asasi. Itu yang melayu liberal ni nak. Tangan sebelah kiri nak Islam. Tangan sebelah kanan nak buat maksiat, zina, disco, mabuk arak, pelacur secara bebas.

Anonymous said...

Allah akan tunjukkan jalan agar PAS menang dalam pilihanraya akan datang. In Shaa Allah. Semoga orang Islam dilindungi okeh Allah dalam pelbagai ujian sekarang ni

Anonymous said...

Sempurna kah Islam seseorang pemimpin jika diri nya menipu dan merugikan seluruh umat Islam ?

Islam jenis bagaimana yang telah di tetapkan bagi seorang pemimpin ?

Walaupun semua orang Islam akan masuk syurga jua akhir nya walau pun jahat tetapi mereka masuk apabila pintu syurga hampir-hampir tertutup.

Ada kah Islam begitu yang nak di angkat jadi pemimpin? Sedangkan mereka dapat masuk syurga bukan kerana kebaikan yang telah mereka buat ...

Kerana akhir nya masuk syurga lah pemimpin Islam tak kisah buat dosa dan jahat semasa di dunia.

Begitu juga apa salah nya memilih pemimpin bukan Islam sebab akhir nya yang tidak memilih Islam itu pun masuk syurga juga

Cuba renung mengapa orang Islam yang jahat pun masuk syurga ? Tidak kah jawapannya nanti ialah Allah berbuat baik pada kita maka kita pun kena lah berbuat baik pada Allah dari mula hingga penghujung nya. Yang tak baik kita tolak. Dengan niat yang betul insyaallah tak ada masalah.

Anonymous said...

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang selagi mana seseorang itu tidak mahu berubah ..

PAS perlu berubah.

Anonymous said...

Kita bukan puji negara-negara eropah semata-mata kerana berbangga tetapi kita perlu jadikan nya sebagai cabaran pada Islam.

Mereka memerintah dengan baik tetapi mereka tidak beriman.

Di Malaysia kita memerintah dengan teruk sekali dengan tak ada iman yang kuat.

Islam mahukan kedua-dua nya sekali.

Anonymous said...

Org bengap muraqab spt hadi awang letak calon bukn islam adalah satu tindkan yg tepat. Sy mendoakan agar penjawat politik yg bertuhankan partisan..yang menyembah demokrasi dgn mnjual Islam kekal sbg pemimpin parti.
Bertahaluf Dan bertaawon la selamanya. Byk lagi bhs Arab Blum pakai. Kasi habis dulu utk tipu lebai kpg

Anonymous said...

Tapi dia sendiri tidak dapat memperbetulkan saudara-saudara nya di kalangan pemimpin PAS.

Pemimpin PAS mestilah sesorang yang tinggi agamanya walaupun perangai nya tidak mencerminkan ilmu nya.


Orang yang akhlak nya tinggi dan bijak kerana agama nya akan menolak pemimpin seperti itu walaupun ilmu agamanya tinggi.

Itu lah pandangan saya pada UAI.

Anonymous said...

Menang la hendaknya pas.akn dtg. Buat undang2 Islam dlm bangunan sistem Yehudi. 5 thun lagi menang parti Lain. Batalkan balik undg2 tadi.

Smpi kiamat la daulah islamiyah tak tertegak sbb lebai sembah parlimen. Hihi

Anonymous said...

Anon 12:34 am,

Allah dan RasulNya dan jumhur ulama telah mengharamkan umat Islam dari mengundi atau melantik orang kafir menjadi pemimpin. Bukti:

Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?"

Surah An-Nisa: 144

Anonymous said...

JANGAN MEMPERGUNAKAN AGAMA HATTA ATAS NAMA PARTI SEKALIPUN, KELAK KAMU AKAN MENYESAL BILA BERTEMU DENGAN ALLAH. ---Dr Abd Rahman

Anonymous said...

Islam ini AGAMA bukannya parti yg ada perlembagaan dan boleh ubah pula perlembagaan itu.

Anonymous said...

Puak munafik sentiasa berusaha untuk mencipta pelbagai alasan untuk melemahkan atau menghapuskan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh parti Islam PAS.

Puak munafik juga berusaha melemahkan atau menghapuskan perjuangan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. dengan mencipta pelbagai alasan untuk menyesatkan umat Islam.

Anonymous said...

PAS tidak menggunakan agama. PAS berjuang menegakkan agama Islan walaupun puak munafik dan kafir menfitnah PAS .

Anonymous said...

Sila beritahu saya parti manakah selain PAS yang telah menjadikan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma sebagai perlembangaan dan dasar perjuangan parti?

Hanya PAS yang menjadikan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan dan dasar perjuangan PAS

Dan PAS sedang difitnah, diburuk-burukkan dan dihina oleh puak munafik dan puak kafir harbi kerana PAS berjuang menegakkan agama Islam san membela hak umat Islam.

Anonymous said...

Puak munafik dan kafir harbi memang benci pendakwah Islam seperti Ustaz Azhar Idrus dan Dr Zakir Naik kerana pendakwah Islam ini sentiasa menghalang musuh Islam dari menyesatkan umat Islam.

Anonymous said...

Masalahnya yang jadi PEMIMPIN IALAH ORANG ISLAM yang berjawatan Perdana Menteri. Kemudian di lindungi oleh Raja pun Islam.


Setelah di pimpin oleh se orang Islam kena lah taat sepertimana yang di tuntut oleh Islam.

Selagi yang berjawatan Perdana Menteri itu Islam maka tak salah lah yang di bawah itu bukan Islam.

Itu sebab PAS akhirnya menerima secara terbuka perlantikan Peguam Negara, se orang bukan Islam.

Jika kita tanya Thomas yang pakar dan menghormati perlembagaan negara, patutkah Kelantan Trengganu di beri royalti? Orang macam dia akan kata wajib bagi sebab ikut undang-undang. Dia tak peduli samada Kelantan itu Islam ke tidak.

Dah elok pemimpin nya Islam, nak macamana lagi ? Nak parti nya Islam baru lah pemerintah nya Islam ?

Kalau pemerintah nya kafir, maka perlu lah kita pilih parti yang membawa Islam.

Anonymous said...

Mengaku baik, yang mengaku dia lebih Islam ramai.

Cakap kencang, boleh lah..

Tapi entah ke mana .. ke Laut tidak, ke hutan pun tidak, ke bandar .. Out !

Mahathir bukan abang atau adik Anwar tetapi Anwar sanggup maaf kan Mahathir.

Dalam PAS, anak sendiri... abang sendiri di pulaukan dan jadi orang asing.

Anonymous said...

Puak munafik dan kafir harbi seperti barua pakatan 7:53 am amat bencikan perjuangan Islam maka kita tidak merasa hairan melihat musuh Islam mencipta pelbagai fitnah untuk menghasut orang ramai membenci parti Islam PAS semata-mata kerana PAS berjuang menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam di negara ini.

Sebaliknya, musuh Islam menggalakkan semua bentuk kemungkaran dan kesesatan di negara ini.

TDM dan Nua adalah tokoh liberal yang terpaksa bermaaf-maafan politik supaya mereka boleh berkerjasama dengan parti kafir harbi roket untuk menumbangkan musuh yang sama iaitu UMNO BN.

Malangnya liberalisme adalah bertentangan dengan Islam tetapi barua pakatan 7:53 am tidak memperdulikan isu ini. Mungkin isu ini tidak penting bagi barua pakatan ini sedangkan isu ini sangat penting dalam Islam sehinggakan dibuat fatwa mengharamkan liberalisme.

Allah dan RasulNya membenarkan umat Islam membenci musuh Islam yang terdiri dari puak munafik dan puak kafir harbi.

Contoh:

1. Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah memusnahkan masjid dirar kerana masjid ini dibiba oleh puak munafik.

2. Tentera Islam bernama Abu Ubaidah telah membunuh bapanya sendiri yang bernama Abdullahbin Jarrah yang menjadi tentera kafir semasa Perang Badar.

Maka tindakan seorang ibu memulaukan seorang anak dan adik-adik memulaukan seorang abang kerana anak @ abang tersebut menentang perjuangan Islam adalah tindakan yang benar dan betul di sisi Allah.

Malangnya , puak munafik dan kafir harbi yang sesat lagi menyesatkan menjadikan isu ini untuk menfitnah perjuangan Islam.

Anonymous said...

Contoh:

1. Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah memusnahkan masjid dirar kerana masjid ini dibiba oleh puak munafik.

2. Tentera Islam bernama Abu Ubaidah telah membunuh bapanya sendiri yang bernama Abdullahbin Jarrah yang menjadi tentera kafir semasa Perang Badar.

Maka tindakan seorang ibu memulaukan seorang anak dan adik-adik memulaukan seorang abang kerana anak @ abang tersebut menentang perjuangan Islam adalah tindakan yang benar dan betul di sisi Allah.

11.44am wrote.


Haahahaahahahaaahhahahahahahaha

Anonymous said...

Tulah. Kita tunggu mic tukar perlembagaan taruh Islam sbg tujuan nya.

Ramai2 pak lebai kpg masuk mic plak

Anonymous said...

2:11.

Tunjukan nas Dan hadis atau qiyas yg menyatakn perjuangkan Islam , tegakkan Islam sah dibolehkan hanya dgn kelebihn satu undi?


Hehe

Soalan Dari ana pelajar maahad tahfiz tktn 3

Anonymous said...

Ana sayang islam. Islam adalah agama. Bukan partisan.

Apabila anda letak Dan tulis agama sbg nama parti, tulis sbg tujuan mengikut fasal 2 perlembagaan parti, makna anda telah jatuhkan taraf Islam sebagai agama.

Nabi dan sahabat tidak pernah menubuhkn parti.

Jika anda percaya Islam boleh dipertandingkan untuk mndapat kuasa mmbuat undg2, maka anda terperangkap dgn sistem ciptaan manusia.

Bila suatu masa nanti anda dikalahkan oleh angka undian, undg2 islam yg anda telah laksanakan akan dibatalkan pula oleh parti lain yg menang.

Ini bermskna org Islam lah spt parti anda yg menyeleweng Islam.


Kami plajar aliran agama bersedia berdialog dgn president parti Islam pas untuk menjawab beberapa persoalan realiti negara berperlembagaan Malaysia.

- form6 maahad hamidiah kajang-

Anonymous said...

Barua dedak pakatan 5:25 am,

Komen kamu jelas menunjukkan kamu jahil tentang Islam.

MP-MP kafir yang lebih ramai dari MP Melayu dalsm rejim pakatan boleh menentukan dasar kerajaan walaupun PM seorang Islam (liberal).

Ini bererti PM tersebut menjadi boneka puak kafir.

Anonymous said...

Barua dedak pakatan,

Perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dan umat Islam adalah perjuangan Islam.

Berdasarkan komen kamu yang jahil murakkab, seolah-olah melabelkan perjuangan Rasulullah dan para sahabat sebagai perjuangan Islam adalah salah kerana kononnya menjatuhkan taraf Islam sebagai agama.

Menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam adalah menjadi kewajipan umat Islam. Dan perjuangan ini dilabelkan sebagai perjuangan Islam @ jihad. Dan balasan jihad adalah syurga.

Nampaknya kamu barua pakatan sanggup menjilat pemimpin sekular liberal dan pemimpin kafir harbi dengan menfitnah perjuangan Islam.

Anonymous said...

Barua dedak pakatan ketawa untuk menutup kekecewaannya untuk menfitnah parti Islam.

Anonymous said...

AnonymousJune 8, 2018 at 2:31 PM
Barua dedak pakatan,

Perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dan umat Islam adalah perjuangan Islam.

-Benar. Ana setuju. Perjuangan melalui struktur islam spt dlm nas Dan hadis.Bukan melalui design manusia.

Berdasarkan komen kamu yang jahil murakkab, seolah-olah melabelkan perjuangan Rasulullah dan para sahabat sebagai perjuangan Islam adalah salah kerana kononnya menjatuhkan taraf Islam sebagai agama.

- jika ana jahil alhmdulillah...komen yg mana ana tulis?

Menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam adalah menjadi kewajipan umat Islam. Dan perjuangan ini dilabelkan sebagai perjuangan Islam @ jihad. Dan balasan jihad adalah syurga.


- bermakna parti spt berjasa Dan hamim , amanah, umno patut anta sertai juga. Perlembagaan parti mrk ada tertulis utk Islam.



Nampaknya kamu barua pakatan sanggup menjilat pemimpin sekular liberal dan pemimpin kafir harbi dengan menfitnah perjuangan Islam.

- ana hanya pelajar sekolah agama maahad hamidiah kjg. Insan yg perlu bertanya kpd yg lebih berpengalaman. Menuduh org lain jahil muraqab bukan cara hidup org Islam.
Alhamdulillah..

Budak kampung Selatan said...

Hukum undi dan lantik pemimpin bukan Muslim dalam pilihan raya adalah harus - Mufti Wilayah
Published April 12, 2018 12:05 MYT

ZULKIFLI: Selain Perdana Menteri, hanya orang Muslim juga yang dibenarkan untuk memegang jawatan berkenaan portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara. - BERNAMA/Fail
ZULKIFLI: Selain Perdana Menteri, hanya orang Muslim juga yang dibenarkan untuk memegang jawatan berkenaan portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara. - BERNAMA/Fail

KUALA LUMPUR: : Hukum mengundi bukan Muslim dalam pilihan raya dan melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus, selagi tidak memberi ancaman kepada kemuliaan Islam, amanah dan memiliki kepakaran dalam melaksanakan tugas.

Perkara itu diperincikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataannya.

"Hasil penelitian yang dilakukan, kami dapati tiada dalil qath’ie (muktamad) yang melarang untuk mengundi calon bukan Muslim dalam PRU di Malaysia dan melantik mereka sebagai pemimpin.

"Ayat-ayat al-Quran yang dijadikan hujah untuk mengharamkan pemilihan bukan Muslim sebagai wakil rakyat, apabila diteliti sebenarnya merujuk kepada orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan penganutnya," jelasnya.

Menurut Zulkifli, bagi golongan bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam dan patuh kepada Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, maka larangan tersebut tidak terpakai.

"Hal ini termasuk di bawah topik siyasah syar’iyyah bagi pemerintah untuk membenarkan pencalonan mereka atas dasar maslahat kumpulan minoriti," jelasnya.

Sementara itu, menurut beliau, beberapa faktor harus diambil kira dalam membuat keputusan sebelum mengundi dan memilih, selain memastikan jawatan tertinggi negara seperti Perdana Menteri, portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara adalah kekal disandang oleh orang Muslim yang berkelayakan sahaja.

Zulkifli juga membuat kenyataan itu dengan menilai kontrak sosial Muslim dan non-Muslim, implikasi dalam masyarakat majmuk dari sudut fiqh, sandaran terhadap masyarakat Malaysia dalam sebuah negara demokratik, dan konsep kewarganegaraan dalam sebuah negara bangsa.

Semoga hujah dr mufti wilayah ini menghapuskan salah faham berkenaan memilih pemimpin bukan islam sebagai pemimpin...

Anonymous said...

Apa yg malaun ni tulis...

Anonymous said...

Memang pun mereka ini mencaci ulama dgn fitnah2 yg di spin dan lebih percayakan org kafir dar ulama...

Anonymous said...

Mereka menentang ruu355 krn menganggap rang undang2 tersebut boleh menyekat kebebasan yg dikehendaki mereka. Golongan ini tidak suka ada mna2 pihak yg boleh menyekat pergerakan kebebasan mereka. Mereka mahu bebas bersosial hingga melanggar had agama tanpa diganggu oleh sesiapa..

Anonymous said...

Belon PAS dah pecah. Tulah macam belon, PAS cita-cita tinggi sangat tapi habisnya sedang naik meletup pecah hancur berderai jatuh kembali ke tanah kesiann....balik asal...tapi tak apa duit UMNO kasi masih ada boleh enjoy sakan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails