Thursday, June 14, 2018

Naik, Jangan Tak Naik, Gas Asli Mulai 1 Julai Depan..

Hasil carian imej untuk gas asli

NAIK LAGI… Di sebalik kadar sifar peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 Jun lalu, harga produk pengguna terus naik tanpa kawalan malah lebih mahal berbanding sebelum ini.

Terbaharu, rakyat Malaysia bakal dibebankan lagi dengan kenaikan kadar asas gas asli yang lazim digunakan untuk masak di dapur setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) langsung tidak berbuat apa-apa bagi menstabilkan kos.

Media tempatan hari ini melaporkan bahawa isi rumah di Malaysia akan membayar tarif asas gas asli yang lebih tinggi selepas ia akan dinaikkan sebanyak 77 sen kepada RM23.80 per satu juta unit termal British (MMBtu).

Menurut kenyataan Gas Malaysia Berhad dalam makluman kepada Bursa Malaysia di ibu negara, kenaikan berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Disember itu dibuat selepas menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga.

“Purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM31.92 per MMBtu untuk tempoh Julai hingga Disember 2018 adalah sejajar dengan pengumuman Gas Malaysia pada 28 Disember 2016,” kata syarikat berkenaan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah menetapkan rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan bahan api itu selama tiga tahun mulai Januari 2017.

Pelaksanaan IBR sebenarnya akan membenarkan perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) pada setiap jangka masa enam bulan, lapor media tempatan.

Jelas Gas Malaysia, di bawah mekanisme GCPT, caj ekstra 77 sen per MMBtu akan dilaksana untuk semua kategori disebabkan harga kos gas sebenar yang tinggi berbanding harga rujukan gas dalam tarif asas bagi tempoh itu.

“Ini bermakna tarif efektif secara purata pada RM32.69 per MMBtu,” kata syarikat tersebut lagi. Kenaikan itu waima agak kecil dijangka memberi kesan besar kepada trend memasak rakyat di dapur. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

10 comments:

Anonymous said...

Aduh kenapa post yg kritik kerajaan ni...kerajaan skrg ni perfect tau. Tgk sat lagi musti ada pembelanya yg marah. Posting mustilah kesilapan krajaan dulu je pak ibnu

Otai said...

Laganya bila gst dah tak ada.

Anonymous said...

bANYAK LAGI KESILAPAN YANG SEKARANG TAK NAMPAK? lU PIKIR INI KERAJAAN MALAIKAT? tAK BOLEH KRITIK LANGSUNG?

BAGI RAKYAT CERDIK LA SIKIT..

Anonymous said...

check globaql news sama & kembangkan otak dan minda,

Anonymous said...

'check globaql news sama & kembangkan otak dan minda,
June 14, 2018 at 6:33 AM '

iTULAH PENJAJAHAN PIKIRAN TERHADA KEPALA OTAK LU.. cERDIK LE SIKIT!!

Anonymous said...

Ini blog PAS ke umno?kot. Dok cari pasai nak hentam kerajaan jer. Kerajaan belum umum kenaikan gas blog ni dah cucuk bagi orang marah sama gomen.

Anonymous said...

Takan dh naik baru nk marah...cegah sebelum parah

Anonymous said...

Kerajaan PH ikut perangai UMNO dulu.. Kritik saja tuduh UMNO.. Nak suruh rakyat jadi bodoh macam UMNO?

Anonymous said...

Setuju

Anonymous said...

Aiii bukan ini kerja kita dulu ke. Takkan orang lain buat jd marah kot bila dh jadi gomen ni 7.12...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails