Thursday, June 14, 2018

Jangan Salahkan K'jaan PH Tidak Tunai Janji..



JANGAN salahkan Kerajaan Pakatan Harapan, tidak tunai janji, tidak menghormati janji, tangguh janji manifesto. 

Mereka sudah menjumpai alasan untuk tidak melaksanakan janji, kerana negara mempunyai hutang yang diberikan tafsiran/definisi baru, sehinggakan hutang rasmi negara yang menggunakan tafsiran antarabangsa berjumlah RM686bilion menjadi RM1,087bilion. 

Ketika hutang RM686bilion, ianya merupakan 50.8% KDNK (KDNK negara pada 31 Disember,2017 berjumlah RM1,354bilion), kini kerana tafsiran baru, kadar hutang negara menjadi 80.3%.

Kerana tafsiran hutang negara yang baru, kemudiannya negara kehilangan pendapatan RM21bilion, kerana GST menjadi sifar peratus bermula hari ini (1 Jun,2018), maka kerajaan PH tiada pilihan, melainkan menangguhkan janji-janji mereka, menunggu, hutang negara berkurangan. Tidak tahu limit atau had mana jumlah hutang itu menurut tafsiran kerajaan. Kalau lah menunggu, sehingga 50%, nampaknya memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun atau dua penggal pemerintahan.

Para penyokong PH di 121 kawasan Parlimen diyakni dapat menunggu tempoh masa itu, kerana penyokong DAP boleh menunggu lebih 50 tahun untuk memerintah, penyokong PKR dapat menunggu 20 tahun untuk merealisasikan impian mereka menawan Putrajaya dan seterusnya menjadikan Dato Seri Anwar Perdana Menteri.

Bagi penyokong bekas kerajaan, iaitu Parti barisan Nasional, yang tersibar di 78 kawasan Parlimen, tidak kesahpun berkaitan janji-janji PH, kerana memang tahu, bahawa janji-janji tidak bakal dilaksanakan, kerana akan mempengaruhi kedudukan kewangan negara. 

Namun, apabila kerajaan PH menangguhkan atau tidak melaksanakan janji-janji, maka yang terkesan adalah penyokong mereka, sehingga kini, terpaksa menelan kahak sendiri, dan terpaksa menyokong tindakan kerajaan pilihan mereka. Mereka tidak lagi boleh berbuat apa, terpaksa menyokong, kerana terlajur perahu boleh diundur, terlajak undi, terima lah padahnya.

Syabas kepada penyokong PH kerana memberi derma/sumbangan kepada Tabung Harapan (bukan tabung kerajaan, kerana ianya bukan diwujudkan menerusi Akta Parlimen). Semoga tabung itu dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM500bilion dalam tempoh 5 tahun. 

Jika tabung itu dapat mengumpul sejumlah itu, Petronas dan GLC lain seperti Khazanah Nasional tidak menjadi sapi perahan, apa tah lagi digunakan untuk bill-out syarikat-syarikat kroni. Kecenderungan untuk bill-out sudah ON THE WAY, kerana pengelaman Malaysia semasa Pasaran Saham terjejas teruk pada tahun 1997-2000, banyak syarikat kroni jatuh muflis, sehingga diwujudkan Danaharta untuk mengurus hutang tidak berbayar (NPL).

Kini, kerajaan terperangkap dengan permainan sendiri, apabila pasaran saham negara merundum sejak PH mengambil alih Putrajaya. Kepada syarikat kroni, jangan bimbang, harga minyak sedang menanjak naik, dan seterusnya Petronas akan mengaut keuntungan. Guna sahaja duit syarikat itu untuk mengurangi hutang, dan bail-out.

Kepada peminjam PTPTN, yang perlu juga membayar, hutang perlu dibayar. Ambillah iktibar, gunakan ilmu yang dipelajari sebelum terjebak dengan janji-janji bulan bintang. Demikian juga pengguna kenderaan yang berkapasiti 1300cc ke bawah dan penunggang motorsikal yang mengharapkan subsidi tersasar, beli lah pada harga tetap RON95, RM2.20/liter. Harga itu, hanya mahal 70 sen berbanding janji PH RM1.50 seliter. 

17 comments:

Anonymous said...


Kita tersenyum dan ketawa tergolek-golek apabila membaca petikan dalam artikel di atas:

Namun, apabila kerajaan PH menangguhkan atau tidak melaksanakan janji-janji, maka yang terkesan adalah penyokong mereka, sehingga kini, terpaksa menelan kahak sendiri, dan terpaksa menyokong tindakan kerajaan pilihan mereka. Mereka tidak lagi boleh berbuat apa, terpaksa menyokong, kerana terlajur perahu boleh diundur, terlajak undi, terima lah padahnya.

Anonymous said...

PAKATAN HARAPAN akan menang lagi dalam masa 4 tahun lagi..

Rakyat sudah bijak menilai apa lagi ketika itu Parti lain tidak bergabung cuma PAKATAN HARAPAN sahaja yang kuat dan kukuh.

Walaupun manifesto pada PRU 15 menjanjikan minyak free dan bantuan harapan rakyat di naikkan ke RM 3500 ..


Yang penting tak ada rasuah dan salah guna kuasa.

Anonymous said...


Maksud komen barua dedak pakatan 9:54 PM ialah jika rakyat yang telah ditipu oleh pakatan dalam PRu14 masih lagi mengundi pakatan dalam PRU15, pengundi-pengundi pakatan terpaksa menelan kahak sendiri, dan terpaksa menyokong tindakan kerajaan pilihan mereka.

Pemimpin-pemimpin pakatan sudah pasti akan ketawa seperti kanak-kanak riang melihat rakyat yang tidak cerdik mengundi mereka.

Yang penting tak ada rasuah dan salah guna kuasa? Cukup-cukuplah barua pakatan kencing rakyat kerana lge sendiri sedang didakwa kerana kes rasuah.

Anonymous said...

Kalau buat jahat memang mudah sebab bukan senang nak buat sesuatu yang baik.

Sebelum PRU rakyat sangat tertekan dan keciwa dengan politik UMNO dan PAS yang menyepi dengan skandal 1MDB dan mementingkan kuasa tanpa satu solusi untuk menyelesaikan masalah negara.

Cakap-cakap seperti di blog ini, tak dapat masuk dalam akal rakyat sebab rakyat mahu tahu tahu terlebih dahulu sebab-sebab PH tidak dapat tunaikan janji.

Artikel di atas tidak lebih dari sekadar cuba memberi ganbara pengundi dan penyokong keciwa pada hal mereka yang anti PH lah yang sebenarnya sangat keciwa.

Anonymous said...

Dari pandangan saudara, penyokong PH kena tipu ya. Saudara semua yang nak sedap kan hati kerana tidak senang melihat kejayaan PH.

Zuhdi sendiri mengaku PH menang dengan tidak disangka. Ini bermakna PAS begitu yakin akan jadi King Maker dan Penasihat.

Malangnya BN UMNO tumbang. Punah mimpi PAS.

Orang yang kena tipu dan di tipu akibat nya mereka RUGI. Di mana rugi nya pengundi dan rakyat setelah BN UMNO tumbang?

Tak kan kerana tak tunai janji, rakyat bertambah susah. Lain lah kehidupan rakyat bertambah susah. Sekarang kehidupan rakyat tak berubah tetapi sekurang-kurang nya mereka telah memilih pemimpin yang lebih baik dan mampu jaga negara.

Anonymous said...


Barua ternakan pakatan 10:21 PM ,

Kita penyokong PAS tidak pernah merasa kecewa kerana kita telah tahu dari awal lagi pakatan menabur pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan PAS dan janji tidak masuh akal untuk menipu rakyat supaya rakyat menyokong pakatan semasa PRU14.

Maka pengundi dan penyokong pakatan yang benar-benar kecewa apabila mereka melihat rejim pakatan telah memungkiri semua janji pakatan maka undi mereka untuk pakatan adalah sia-sia sahaja kerana rejim pakatan tidak membawa sebarang perubahan. Akhirnya mereka baru mengetahui Pakatan = BN 2.0 !

Kita merasa kasihan melihat pengundi-pengundi pakatan telah di'kencing hancing' oleh cybertrooper dan pemimpin pakatan yang tidak bermoral.

Apakah jenis cybertrooper dan pemimpin rejim pakatan yang sengaja memungkiri semua janji pakatan sendiri?

Dari Abu Hurairah ra : Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “ ada tiga ciri orang munafik, iaitu :

(1) bila berkata ia berdusta
(2) bila berjanji ia selalu ingkar
(3) bila diberi amanat, ia berkhianat.

Anonymous said...


Barua dedak pakatan 10:34 PM menulis RUGI. Di mana rugi nya pengundi dan rakyat setelah BN UMNO tumbang? Tak kan kerana tak tunai janji, rakyat bertambah susah. Lain lah kehidupan rakyat bertambah susah.


Jawapan kita:

Nampaknya barua dedak pakatan 10:34 PM menulis komen sambil mabuk daun ketum. Manifesto pakatan berjanji mengurangkan beban rakyat ! Keengganan rejim pakatan melaksanakan semua janji pakatan tidak membantu rakyat mengurangkan beban rakyat kerana rakyat masih lagi terpaksa membayar tol, PTPTN, petrol 95 pada harga yang tinggi dan 97 pada harga lebih tinggi dll. Harga gas asli juga dijangka naik. Ini semua amat membebankan rakyat.

Pakatan juga gagal menghapuskan GST. Bahkan melaksanakn SST padar kadar cekik darah rakyat iaitu 10%. Dan fakta yang tidak boleh dinafikan oleh rejim pakatan ialah harga barang keperluan meningkat terlampau tinggi sehinggakan membebankan rakyat!

Maka tindakan rakyat mengundi pakatan untuk menggulingkan BN adalah seperti melarikan diri dari mulut harimau masuk ke dalam buaya dan ular sawa. Maka undi rakyat untuk pakatan menjadi sia-sia kerana tiada perbezaan antara BN dan rejim pakatan.

Anonymous said...

BN lagi teruk. Terbukti pemimpin UMNO kaut untung berjuta.

Kehidupan rakyat masih susah tapi tidak tertekan seperti dulu. Hadi pun sampai boleh jumpa Mahathir.

Ikut harga, sepatutnya minyak lagi mahal dari harga sekarang. Kalau nak tipu, Kerajaan PH boleh naikkan minyak dan secara tak langsung kutipan cukai pun naik.

Sehingga sekarang harga minyak kekal. Adakah rakyat kisah jika minyak di naikkan 5 sen. Sedangkan harga di negara lain harga minyak lebih mahal.

Tapi Kerajaan PH tak nak macam itu. Tak nak menipu.

Anonymous said...

Mana yang kata dusta. PH beri sebab-sebab.
Mana yang di kata ingkar.. sedangkan PH minta di tangguh.
Mana yang di katakan khianat, pemimpin potong gaji dan berusaha mencari punca masalah.

Sabar kerana janji tersebut akan di tunai.

Anonymous said...


Kita masih ingat lagi pemimpin-epmimpin pakatan berjanji akan melaksanakan semua janji pakatan sebaik sahaja pakatan memenangi PRU14. Nampaknya cybertrooper dedak pakatan dan pemimpin-pemimpin rejim pakatan mudah lupa !

Rakyat mengundi pakatan kerana mereka terpengaruh dengan pelbagai janji pakatan dan fitnah yang disebarkan oleh pakatan sendiri.

Pemimpin-pemimpin pakatan yang berjanji kepada rakyat dan rejim pakatan yang memungkiri pelbagai janji tersebut maka rejim pakatan telah menipu rakyat dengan pelbagai janji palsu.

Dan sekarang rejim pakatan berdolak dalih untuk mengelakkan diri dari menunaikan janji pakatan sendiri. Tiadak mampu menunaikan janji pakatan bererti pakatan telah menipu rakyat dengan menjanjikan pelbagai janji yang pakatan sendiri tidak mampu untuk melaksanakan.

Mengapa pakatan mencipta pelbagai janji yang pakatan sendiri tidak mampu untuk menunaikan semua janji janji tersebut? Bukankah ini bererti rejim pakatan telah menipu rakyat !

Janji yang terkandung dalam manifesto PRU-14 Pakatan Harapan antaranya adalah janji mahu menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan menstabilkan harga minyak dibawah paras RM 1.50 seliter.

Dan sekarang janji harga minyak RM 1.50 sudah jadi bahan lawak rakyat !!!

Anonymous said...

Rakyat diperbodoh2kan oleh pemimpin dan cybertrooper ph yg hari2 memuntahkan fitnah dan pembohongan ke atas rakyat. Nasiblah rakyat msia ini jenis baik2. Klu di thailand jepun korea dan europ sudah tentu tunjuk perasaan yg bertali arus serta kekacauan akan berlaku...
Perangai pemimpin dan penyokong ph jauh lebih buruk dari bn.
Klu lah begini corak pemerintahan yg suka menipu dan menyusahkan rakyat kita jgka tak lama kerajaan baru ini akan runtuh dan diganti parti baharu yg lebih bersih spt PAS.

Anonymous said...

Apalah minda pemyokong ph bodoh2 belaka. Fikiran tak bernas langsung.komen spt budak tadika saja....
Balik pi sekolah semula. Belajarlah rajin2 banyak membaca kerap bertanya kpd guru klu tak faham.. ini asyik ponteng sekolah saja mana nak cerdik. Sampai tak tau nak bazakan mana hak dan batil.

mursyid said...

Najib cakap kerajaan sampai hari ini masih tak mampu mendakwsnya berkaitan 1mdb. Kerana tidak senarang bukti yg dapat dicari utk mendakwa najib....
Lain kali klu nak tuduh dn dakwa seseorang ada bukti yg lengkap jgn serkap saja.....!!!!

Anonymous said...

Tak usah nak temberang dan menipu rakyat lagi. Hutang 686bilion ph bohong dgn 1 trillion... ini apa ?????

Anonymous said...

Sebenarnya kerajaan ph lebih teruk dari bn.. bn dulu tdk bertindak ke atas penyokong ph..tp ph ni dapat kuasa terus pecat sana pecat sini. Lepas tu dok mula menindas islam dan org mlyu...

Anonymous said...

Betul tu...11.14am
Kerajaan ph ni memang kuat penipu. Penyokong2 dan cytrooper ph ni pula asyik nak meluruskan benang yg basah saja. Itu kerja mereka yg dibayar dgn dedak2 haram. Senab tu hati perut depa busuk dan jahat asyik dok makan benda haram sampai yg baik mereka spin jadi jahat manakala yg buruk dan menipu pula mereka pertahankan kata betul... mereka ni semua yg dok menceroboh masuk dalam blog ni semuanya auta belaka dan penipu besar. Jgn percaya komen2 mereka. Klu mereka komen saja di sini elok hentam saja mereka. Sebab mereka muka tak tahu malu. Mereka tak pernah takut pd tuhan sebab tu mereka buat fitnah dan penipuan di sini untuk menarik org ramai menyokong ph... piiiraaahhh...!!!! Haprak punya ph..

Anonymous said...

Kalau kita kaji sejarah pilihanraya sebelum PRU 14 kita tentu dapati banyak janji parti pembangkang yang memenangi pilihanraya bagi memerintah negeri tidak menunaikan janji mereka. Malah ada pemimpin tersebut menyatakan manifesto bukan janji yang perlu ditunaikan. Malah ada kes mahkamah diluar Negara membuat hokum manifesto bukan janji yang mesti dilaksanakan.Maka Parti politik bebas buat janji manis untuk menawan hati rakyat memilih mereka. Parti politik sebenarnya boleh membuat manifesto yang objektif berdasarkan maklumat yang mereka boleh dapat daripada banyak sumber. Mereka mempunyai ramai cerdik pandai yang boleh membantu bagi tujuan tersebut. Pelajar university peringkat ijazah pertama pun mampu buat kajian berobjektif berdasarkan maklumat yang ada. Jadi manifesto dibuat kerana tak ada maklumat yang betul itu hanya lah alasan politik.Alasan tak tahu duit hilang berbelion juga alasan politik. Rakyat yang bijak kena buat kajian dan analisa berdasarkan fakta bukan terima bulat-bulat manifesto.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails