Monday, June 11, 2018

Ini Tanda-tanda Ekonomi Negara Diundur Ke Belakang. -Prof Madya Azizi Aaron

Ekonomi Negara Diundur Ke Belakang


HSR dibatalkan. Projek MRT3 dibatalkan. ECRL juga mungkin dibatalkan. Pembatalan semua projek ini menyebabkan pampasan dalam nilai yang besar, puluhan ribu peluang kerja tertutup dan kadar pertumbuhan ekonomi negara juga akan mengucup.
Ini tanda tanda ekonomi bergerak ke belakang. Tidak pernah ada lagi kerajaan meminta derma dari rakyatnya. Patutnya kerajaan cari duit beri dan bantu rakyat. Ini terbalik pula, rakyat yang mengundi pula diminta hulur duit poket mereka kepada kerajaan.
Hasil carian imej untuk ekonomi ke belakang
Akhirnya semalam, Tun Mahathir telah perbetulkan kembali angka hutang negara kepada kadar yang sebenarnya. Bukannya angka RM1 trillion yang dimanipulasi sebelum sebelum ini.
Kenapa tiba tiba kerajaan PH perbetulkan? Kerana pelabur sudah mulai hilang keyakinan. Baru 28 hari mentadbir Putrajaya, sudah RM7 bilion telah ditarik balik dari Bursa oleh orang asing sejak PRU14.
Walaupun kenaikan sederhana pasaran saham di Bursa sejak 3 hari lalu, pelabur asing telah menarik balik wang selama 23 hari berturut-turut. Ini merupakan tempoh yang paling lama sejak 2008.
Jumaat lalu, mereka menarik balik RM225.2 juta manakala bagi hari Isnin hingga Rabu mereka telah menarik balik masing-masing RM87.6 juta, RM104.2 juta dan RM278.9 juta.
Ditambah kepada RM5.83 bilion yang telah ditarik balik pada bulan Mei, sejumlah RM6.997 bilion telah ditarik balik oleh orang asing dari pasaran saham kita sejak kemenangan PH.
Aliran keluar ini juga dicerminkan oleh kejatuhan rizab asing BNM yang menurun sebanyak AS$1 bilion sejak kerajaan PH menguasai Putrajaya.
Ditambah pula dengan perletakan jawatan beberapa CEO GLC dan Gabenor Bank Negara yang sudah tentu memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena pada pentadbiran kerajaan PH sekarang.
Bonus yang makin berkurang, tiada kenaikan gaji untuk penjawat awam dan kegagalan kerajaan PH tunaikan janji 100 hari sedang dinilai oleh komuniti perniagaan dalam dan luar negara.
Semalam, rizab Bank Negara juga didapati menyusut. Pada 30 April nilai rizab adalah USD$109.5 billion. Kemudian semakan pada 7 Jun mendapati jumlah rizab menjadi USD$108.5 billion, susut sebanyak USD$1 billion.
Kalau zaman BN dulu, jenuh dituduh sebagai hilangkan duit, songlap duit dan sebagainya. Jadi sekarang ini bagaimana boleh kurang RM4 billion itu?
Harga barang macam itu juga. Masih mahal dan tidak turun turun. Harga petrol pun tidak jadi RM1.50 seperti yang dijanjikan. PTPTN kena bayar macm itu juga.
Hutang peneroka Felda belum lagi dihapus. Bonus raya pun tidak dapat. Skim Peduli Sihat entah ke mana. 2% KWSP surirumah pun macam tidak jadi. Inilah dia padahnya rakyat silap mengundi.
Ekonomi sudah berundur ke belakang. Tunggulah dua tiga bulan lagi, makin lembab dan “mandom” lah Malaysia. Peluang kerja tiada, apa pun tiada. Yang ada hanyalah cerita cerita persepsi setiap hari oleh kerajaan baru.
Tulisan :
Prof Madya Azizi Aaron

Sedikit Definisi Melayu 




Sedikit definisi melayu di dalam perlembagaan malaysia di bawah artikel 160 (2), orang melayu ditakrifkan sebagai “Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian. Atau dengan lebih mudah, seseorang melayu itu perlu menepati kriteria dibawah :

1) Menganuti agama Islam,

2) Lazim bercakap bahasa Melayu,

3) Menurut adat Melayu.

4) Zuriat atau keturunan


16 comments:

Anonymous said...

En.hasim boleh tk jgn ambil berita tk benar kemudian buat posting diblog.prof kangkung tu kecewa sbb tun bubar mpn haritu.

Anonymous said...

professor kangkung memberi hujah pakar ekonominya......

Anonymous said...

Lu buktikan mana yang tak benar.
Sebenarnya lu yang bengong.
prof kangkong?

Lu prof apa? prof haram jadah? komen pon tak ada point?

Anonymous said...

Beruk2 ph dh meroyan kakakak

Anonymous said...

macam cerita zaman dahulu pulak.... pop corn kena kena stndby lagi ni.... drama yg agak menarik... kena batang hidung sendiri baru nak mengelupur... macai macai

Anonymous said...

Prof ni ada masalah mental ke atau tak reti mengira hari atau ada penyakit pelupa

mula-mula dia kata "Baru 28 hari mentadbir Putrajaya, sudah RM7 bilion telah ditarik balik dari Bursa oleh orang asing sejak PRU14."

Lepas tu di kata "dan kegagalan kerajaan PH tunaikan janji 100 hari sedang dinilai oleh komuniti perniagaan dalam dan luar negara."

PH dan perintah 28 hari ke 100 hari Prof.? Baik Prof pergi cek doktor atau doktor cek Prof takut-takut ada penyakit mental berjangkit ke tuan Blog ni Plak

Budak kampung Selatan said...

Geng2 prof yg menjangka najib akan menang beso ... akhirnya dengan kuasa Allah..PH menang untuk tunjukkan kepada orang2 yg bongkak, bahawasanya takdur Allah itu mengatasi segala2nya

Anonymous said...

Pergi saman kalau lu betul.
Lu yang penipu. Saman la bodoh. Jawab dengan artikel kalau pandai menulis. komen pun lintang pukang tak ada isi.

ha ha ha.

Anonymous said...

Prof komen berdasarkan fakta yang jelas...terima aje lah wahai bani Melayu PH ye..huhuhu

Anonymous said...

Woi barua-barua ternakan pakatan ... mana semua janji pakatan? Nampaknya semua janji pakatan telah ke laut dan ekonomi kembali ke zaman batu.

Kasihan pengundi-pengundi pakatan telah dikencing hancing di seluruh negara. Sekarang pengundi pakatan sedang menangis tergolek-golek.

Selepas ini, barua-barua dedak pakatan bodoh berganda-ganda akan meroyan histeria memaki hamun orang yang mendedahkan kebenaran.

Anonymous said...

Cybertrooper pakatan memaki hamun prof sebab cybertrooper meletakkan otak mereka pada lutut. Bodoh sepanjang zaman.

Anonymous said...

Tak educated langsung macai2 dedak ph ni. Nak komen tapi tak berilmu. Inilah golongan penyesat dan perasit keharmonian negara. Kaji dulu sebelum membuat penafian dan sebagainya. Rakyat menyampah dgn komen2 korang yang menampakkan kebodohan sendiri. Buat malu saja. Pergi jauh2 jgn dok ganggu orang2 berilmu berwacana.

mursyid said...

Terbaik...������

Anonymous said...

PAS dan UMNO adalah parasit yang menjahanamkan ekonomi negara dan sudah ditendang dari Putrajaya.Sekarang Hadi tengah sibuk membodek Dr Mahatir supaya memberi fulus ke Terengganu supaya kerajaan PAS di sana hidup senang lenang.

Anonymous said...

Parasit taik kau,yg prnh dan mmerintah mlysia bn dan ph,mcmna pulak pas yg mnjahanamkan ekonomi mlysia, yg mnjahanamkan ekonomi mlysia sbhgiannya skrg berada dlm ph, dr m kaya sgt ke nk bg fulus, harta dr m ke, spnjang trgganu dpt fulus apa yg krjaan dulu buat,

Anonymous said...

Biasa la tu 11.23...tak tahu la samada ph aware atau tdk ramai melayu yg dah menyesal undi ph. Off coz bukan penyokong pure pakatan. Tapi pengundi atas pagar dan pengundi pas yg terpaksa undi ph. Pengundi pas undi ph? Sure hairan kan? Mereka tak undi pas sbb fitnah yang diwarwarkan bhw pas akan ug dgn umno... Thats why mereka menyesal...tak jangka sampai begitu drastik dap menjalankan peranan mereka terhadap boneka2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails