Monday, June 11, 2018

Bongkar Misteri RM120 Juta &30 Beg Simpanan Rosmah. Ini Sebenarnya..

Imej yang berkaitan
Tajuk: Jangan Gelak Apabila Rosmah Menyimpan Banyak Beg 

Hampir RM120 juta ditemui selepas pasukan penyiasat selesai mengira wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas dari Pavilion Residences.


"Sebanyak 30 beg yang berisi wang tunai dikira oleh anggota polis dan dibantu oleh para pegawai Bank Negara. Jumlah wang keseluruhan adalah sekitar RM120 juta," kata sumber.


Selepas mengira, beg wang tunai itu dibawa ke Bank Negara untuk disimpan. Semasa berbincang dengan rakan-rakan, saya tidak percaya duit itu adalah duit Najib. Ramai rakan saya membantah. Bukan saya kata Najib itu baik dan tidak merompak wang rakyat.


Pertama hujah saya, sepanjang hidup Najib shopping di merata dunia dengan isterinya Rosmah, adakah Najib guna wang tunai? Kita nak beli barang sekitar RM5,000 pun malas nak ambil duit tunai dan bawa ke kedai.

Kedua, takkan Najib simpan duit tunai peribadi menggunakan beg dan disusun di rumahnya aje? Macam orang tua-tua dulu, simpan duit dalam tempayan atau dalam bantal atau tilam. Agak lucu.

Habis duit siapa?

Saya berpendapat duit itu duit UMNO yang berbaki selepas PRU-14 dan untuk persiapan jamuan kemenangan UMNO untuk PRU-14.

Kenapa duit tunai?
Semasa PRU-14 semua jentera parti UMNO akan berbelanja untuk jenteranya, sewa dan membeli barang. Termasuk juga untuk sogok pengundi. Semua ini memerlukan wang tunai kerana tak ada sesiapa yang sanggup untuk berikan barang dulu atau terima cek daripada UMNO, sebabnya UMNO ni parti penipu. Kalau menang pun tak jamin dapat duit tersebut. Oleh itu semua urusan adalah dalam bentuk tunai.

Duit tunai perlu ada awal.
Jika diumum hari ini bubar parlimen dan 3 minggu lagi akan ada PRU. Engkau orang ingat bank boleh sedia duit tunai untuk UMNO nak guna segera ke? Misalnya satu DUN perlu paling sedikit 1 juta? Boleg pergi bank dan terus dapat ke?

Saya nak ambil duit raya RM300 sahaja kena isi borang dan kena beratur hampir 1 jam. Itu pun ada limit masa antara pukul 10 pagi hingga 2 petang sahaja.

Kenapa Najib Simpan Di rumahnya?
Dulu UMNO pernah diharam apabila 11 orang ahli UMNO bawa kes pemilihan UMNO ke mahkamah. Mahathir ketika itu tak boleh guna wang UMNO kerana semua aset UMNO dibekukan. Maka Mahathir mencadangkan duit UMNO disimpan oleh parti sendiri atas nama individu iaitu Presiden parti dan diselia oleh beberapa orang.

Atas saranan ini Najib amalkan. Kan Najib ini adalah anak didik Tun Mahathir yang disayangi sehingga Mahathir sanggup jatuhkan Pak Lah ganti dengan Najib. Sekarang UMNO hantar surat tuntut duit berkenaan. Kerajaan Harapan nampak tak ulas panjang isu ini.

Beg tangan Hermes Birkin

Kajian Baghunter menunjukkan beg tangan Hermes Birkin menawarkan purata kenaikan tahunan sebanyak 14.2%. News.com.au pada Mac lalu melaporkan seorang individu membeli beg tangan Birkin Himalaya oleh Hermes keluaran 2014 pada harga AS$496,000 (RM1.5 juta) dalam lelongan Christie.


Beg tangan itu diperbuat daripada kulit buaya Nilo, buaya albino yang dibiak khas oleh Hermes dan dihiasi emas putih 18 karat dan berlian. Menurut laporan itu, orang ramai boleh membeli sebuah pangsapuri 2 bilik tidur dan 2 bilik air di pusat bandar Brisbane pada harga sama. 

Polis merampas 284 beg tangan mewah, termasuk Hermes Birkin, di 3 kondominium mewah sekitar Bukit Bintang sebagai sebahagian siasatan dikaitkan dengan 1MDB.

Saya nak kongsikan satu laporan daripada Baghunter mengenai 3 jenis pelaburan dan pelaburan beg tangan Hermes Birkin paling selamat dan menguntungkan:


[Baghunter melaporkan pada 2016 ia membandingkan 3 jenis pelaburan berbeza – Standard & Poor’s (S&P) 500, emas dan beg tangan Hermes Birkin.

Ketiga-tiga pelaburan ini dipilih kerana ia mewakili bentuk pelaburan berbeza dan popular.

Baghunter berkata, S&P 500 mewakili ciri pulangan pasaran saham secara menyeluruh, emas ialah komoditi paling popular bagi pelabur dan beg tangan Hermes Birkin adalah pelaburan ketara dan boleh dikumpul.

Ia menyemak pulangan lebih 35 tahun, sejak pengeluaran beg tangan Hermes Birkin bermula.

“Antara 1980 dan 2015, S&P 500 memberi pulangan purata sangat kecil 11.66%, menyamai purata pulangan sebenar 8.65%. Bagaimanapun, purata ini tidak mengambil kira naik turun pasaran sepanjang tempoh ini dan menganggap pelabur memilih tidak membeli atau menjual selama 35 tahun.

“Contohnya, pulangan tahunan S&P 500 memuncak dalam tempoh ini pada 1995 sebanyak 37.2%, tetapi juga mencecah purata rendah -36.55% pada 2008.”

Dalam tempoh sama, emas menawarkan purata pulangan tahunan 1.9%, bersamaan purata pulangan sebenar -1.5%.

Baghunter bagaimanapun berkata, purata itu tidak mengambil kira naik turun harga emas dalam tempoh ini. Ia juga menganggap pelabur memilih tidak membeli atau menjual sepanjang tempoh ini.
Contohnya, emas mencapai harga purata tertinggi sepanjang tempoh ini pada 2011 AS$1,571.52, tetapi ia turut mencecah purata rendah AS$271.04 pada 2001.

“Dalam tempoh sama, nilai beg tangan Hermes Birkin meningkat dari tahun ke tahun, dengan purata kenaikan tahunan sebanyak 14.2%.

“Bagaimanapun, tidak seperti S&P 500 dan pasaran emas, nilai beg tangan Hermes Birkin tidak pernah merosot dan terus meningkat secara stabil dan konsisten. Beg itu mengalami lonjakan nilai tertinggi pada 2001, meningkat sebanyak 25% dan dengan kenaikan terendah pada 1986 apabila nilainya naik sebanyak 2.1%.”

Baghunter berkata, pada 2016, pasaran pelaburan paling selamat dan kurang perubahan ialah beg tangan Hermes Birkin.

Baghunter mendapati saham S&P 500 dan emas tertakluk kepada naik turun positif dan negatif, tetapi beg tangan Hermes Birkin hanya mengalami pelbagai perubahan positif sejak diperkenalkan 35 tahun lalu.

Ini juga menunjukkan risiko melabur dalam S&P 500 dan pasaran emas, katanya sambil menambah: “Sebaliknya, pelabur yang membeli beg tangan Hermes Birkin akan menikmati pulangan menguntungkan, tidak kira bila mereka memutuskan untuk membelinya kerana nilai itu meningkat sejak 1980.

Ini menjadikan beg tangan Hermes Birkin paling kurang risiko dalam 3 pelaburan itu. Walaupun faktor ekonomi mempengaruhi nilai S&P 500 dan emas, sifat eksklusif beg tangan Hermes Birkin menyaksikan nilainya kekal dan meningkatkan, walaupun ketika ekonomi meleset.

Menurut laporan Baghunter, senarai menunggu Hermes untuk beg Birkin kadangkala sehingga 6 tahun. Ini turut menyumbang kepada kenaikan nilai jualan semula beg Birkin “dengan beg selalunya dijual di pasaran sekunder lebih mahal daripada harga asal”.]

Kebanyakkan beg yang dirampas masih dalam kotak dan ada pula rakan Rosmah kata itu dia punya dalam urusan perniangaan kerana tempat serbuan itu milik mereka.

Jadi kes ini masih kabur walaupun dulu kita diya-iyakan kononnya Ghani Patail dah ada bukti pertuduhan dah nak mula kes tapi malangnya dia dipecat. Selepas Najib jatuh Ghani tak pula mula kes, macam tercari-cari kes.

Persepsi, Emosi Mainan Politik

Saya bawa tulisan ini kepada pembaca bukan nak bela Najib dan Rosmah. Sebagai rakyat Malaysia yang telah hidup lama, kita tahu bahawa sudah lama UMNO menipu rakyat. Bukan sahaja menipu rakyat tetapi merompak dan menzalimi rakyat. 

Dalam membesar saya melihat bagaimana UMNO menukar pegawai kerajaan, menangkap mereka yang menetang kerajaan di bawah ISA tanpa bicara. Menepikan hak-hak mereka dan banyak lagi kezaliman dan kerakusan UMNO yang bukan saya baca daripada mana-mana"manuskrip" tetapi saya sendiri melihat dan mengalaminya.

Pada masa yang sama, saya diajar dengan didikan Islam bahawa kita tidak boleh menuduh tanpa bukti yang sahih. Bukti mesti ada fakta yang jelas bukan sesuatu yang bina di atas persepsi dan emosi rakyat.

Jangan kita dimainkan emosi sedang orang yang memainkan emosi itu juga juga adalah perompak dan penyamun duit rakyat. Anak beranak mereka ini kaya raya kerana 'kedarah' duit rakyat dan sangat menghairan bagaimana anak-anak mereka masih muda telah menjadi orang Melayu nombor dua terkaya di Malaysia selepas Syed Bukhairi sedangkan bapa mereka nak beli mee mamak 50 sen pun tak mampu. Di mana mereka ini mendapat modal dan pengetahuan untuk berniagaan sehingga begitu hebat sekali?

Masej artikel ini...

Adakah kita fikir selepas kita jatuhkan Najib dan UMNO, UMNO terus akan menjadi baik? 

Selagi UMNO tak menerima Islam sebagai penyelesaiannya UMNO tetap sama seperti sebelumnya. Yang bertukar hanya pemimpin mereka sahaja. Ada pemimpin mereka yang sangat korupsi dan ada yang kurang korupsinya.. tapi semuanya berkurap dan bernanah!

Jika UMNO hancur dan terumbang ambing, pemimpin yang jahat dalam UMNO itu akan pergi kepada parti BERSATU. Sama seperti dahulu zaman perpecahan dengan Anwar, sedikit sahaja yang masuk PAS yang lain berada dalam PKR. PKR ini kalau tak ada duit mungkin nampak baik, tapi apabila harta benda dah melimpah luah mereka akan menjadi macam UMNO kembali kerana mereka menang spesis UMNO yang asli, yang hanya kalah dalam perebutan kuasa menjadi tuan koloni UMNO.

Habis kepada siapa kita hendak berharap untuk membawa Islam?
Hasil carian imej untuk buku petunjuk sepanjang jalan syed qutb
Parti AMANAH? Parti Amanah ini ada ruh Islam tapi malangnya "gambaran fikiran" mereka masih kabur dengan Islam. Syed Qutb dalam buku "Petunjuk Sepanjang Jalan" ada menulis mengenai "Aqidah La illahaillah Panduan Hidup" itu mestilah ada didalam gambaran pemikiran individu Islam buka semata-mata kepercayaan sahaja. Gambaran pemikiran itu bermaksud berfikir pun mesti yakin kepada Allah s.w.t. barulah aqidahnya betul.

Kalau puak Amanah masih ragu tentang Islam mampu atau tidak untuk dibuat sekarang, masih ragu atas sokongan bukan Islam dan pelbagai alasan strategi kononnya semuanya menunjukkan gambaran fikiran akidahnya masih tidak utuh, keyakinan kepada Islam masih boleh dipersoalkan.

Nak pertahankan salam pun tak boleh. Itu memang ada khilaf tapi jika khilaf pun masih "terkontang kanting" jangan cakaplah nak serah leher demi Islam sebagaimana yang dibaca dalam majlis usrah IKRAM dan lain-lain.

Bila orang kata kepada saya PAS bertanding dah lebih 60 tahun tapi tak menang. Parti Amanah baru 2 tahun, hebat strateginya boleh memerintah Malaysia.   

Jawapan mudah saya berikan mempertahankan aqidah Islam dalam pemikiran diri kita adalah lebih baik walaupun menerima penghinaan, caci maki atau perbagai tohmahan fitnah kerana itu jaminan terbaik kita bila kita berhadapan dengan Allah s.w.t. Mempertahankan keutuhan penguasaan Islam di Malaysia itu lebih afdhal daripada jawatan yang penguasaan Islam masih dalam belegu rantai yang tak boleh diungkai.
ABBAS MOHD NOOR
MINDARAKYAT






14 comments:

Anonymous said...

duit PRU14???? kenapa ada smpai bermacam2 jenis matawang????
handbag???? memang bagus demi pelaburan.... tp semahkeje apa smpai boleh beratus2 benda tu???? cer logic sikit

Anonymous said...

Bila sibebal nk pertahankan geng ular mak haram jadahnya

Anonymous said...

Udah udahler....tak perlu replay cerita Najib/Rosmah, ini bulan suci.bulan ibadat....tak perlu kita cemari ibadat kita dengan memperburukkan orang lain yg mana satu ASEAN sudah tahu....

Anonymous said...

Tak payah lah nak bermacam2 teori atau pun alasan........sememangnya dia penyamun bugis

Anonymous said...

Begitulah 4 komen si bebal diatas. Nak terbuka fikian macam mana? 1mdb begitu lama pun masih belum terbukti. Cakap tak serupa bikin?

Anonymous said...

Dari mana datang nya duit itu ?

Duit itu jika di kira terlebih sampai lepas PRU masih berbaki berjuta-juta.

Jika begitu itu bukan duit derma tapi duit yang 'di paksa' sebagai derma.

Anonymous said...

Beg sebagai pelaburan .. tak mungkin, kerana setakat ini hanya Rosmah sahaja yang melabur dengan membeli banyak beg.

Orang kaya dunia tak pakai beg tangan orang lain. Itu sebab beg itu mahal kerana di buat khas hanya untuk satu orang. Harga nya akan jatuh malah tak laku apabila di juak.

Harta yang berharga yang bernilai ialah lukisan. Kenapa beg dan bukan lukisan. Dalam acara lelongan barang yang di lelong ialah lukisan mana ada beg yang di lelong.

Setelah kejadian ini, beg Rosmah jadi murah malah Rosmah pun tak nak pakai beg-beg itu lagi.

Anonymous said...

Najib Rosmah di siasat. Penulis artikel kononnya baik dengan tidak menguna emosi dan minta jangan menuduh.

Jangan nak mengelirukan pembaca, siasatan di jalankan apabila perbuatan tersebut di syaki dan diragui maka siasatan di jalan kan.

Menuduh sekadar cakap dan orang yang di tuduh tidak di beri hak untuk membela diri mengikut undang-undang.

Anonymous said...

Biar PAS kalah tapi mempertahankan aqidah. Tapi malang nya PAS menang di Kuala Krian kerana pengundi hantu. Mengikut warta SPR ada 2000 pengundi hantu di Kuala Krian.

Mendapatkan pertolongan hantu dengan tidak mempertahankan salam .. lebih teruk ialah tidak mendapatkan pertolongan dari Allah.

opisboi said...

hallo tuan! susah nak keluar duit? adik dia pengerusi cimb angkat jer telepon berapa lori duit nak kasi keluar..aduiii bagila alasan yg logik

Anonymous said...

Msia dah PH pegang, kuasa ada ditangan, hakim di tangan, cakap berdegar, projek untuk kroni PM dah lulus banyak, sedang lulus lagi..

1mdb mana? omong kosong! yillek. Porrah!

Anonymous said...

Ada juga yang tak puas hati dengan siasatan 1MDB. Siasatan ter dahulu yang dijalankan oleh Najib sendiri adalah siasatan palsu.

PH belum sampai 100 hari lagi... Siasatan rapi dan menyeluruh mesti di buat dahulu.

Parti Sarawak tinggalkan BN kerana takut tempias 1MDB kena pada mereka.

Ini bukan macam Kelantan yang SPRM tak perlu siasat syarikat air .. Ini 1MDB..


Kalau betul projek kroni dah banyak di lulus kan tapi di biarkan maka PAS dan UMNO ada lah pembangkang yang lemah. Sekali lagi kedua-dua nya gagal. Jadi kerajaan gagal. Jadi pembangkang pun gagal.

peminat ibnu hasyim said...

FAUZI AKAN DISINGKIR.. 3 JABATAN POLIS AKAN DITUTUP..

Tiga jabatan yang dijangka ditutup adalah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme, Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang dan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik, dakwa sumber tersebut.

Menurut sumber berkenaan, tiga jabatan itu disyaki melindungi penjenayah.

Selain itu, ramai juga pegawai kanan akan disingkir, kata sumber.

“Ya, akan ada gempa 8.5 skala Ritcher (dalam pasukan polis) berlaku pada Julai,” kata sumber itu.

Ditanya siapakah yang akan pertama sekali disingkirkan, sumber menjawab: “No. 1”, merujuk kepada Fuzi.

Sumber tidak menyatakan bilakah Fuzi akan diganti, tetapi menamakan dua calon yang berkemungkinan besar jadi penggantinya- Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Acryl Sani Abdullah Sani.

Noor Rashid, 60, adalah ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sebelum dilantik jadi timbalan ketua polis negara. Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Fizik dari Universiti Malaya.

Acryl Sani pula pernah menjadi ketua polis Sarawak dan Perak serta ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Sumber tidak menyebut nama ketiga yang dihantar.

Beberapa pegawai tinggi pula akan disingkir kerana “tidak bersih”, kata sumber.

“Ada antara mereka ada kekayaan melampau…tidak masuk akal bagaimana mereka ada banyak kereta mewah serta tinggal di banglow.

“Ada yang salah guna kuasa- salah seorang salah guna kuasa bila jadi ketua jabatan dengan guna khidmat kereta pengiring. Dia tidak layak (ketika itu),” kata sumber.

Sebilangan yang lain pula perlu berundur kerana dianggap bersekongkol dengan Najib, kata sumber itu lagi. – 11 Jun, 2018.

Ibnu Hasyim said...


June 11, 2018 at 3:54 PM
t.kasih maklumat tuan di atas. al-hamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails