Wednesday, January 10, 2018

Skandal Terowong Dasar Laut: SPRM Serbu Komtar




GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa pejabat di Kompleks Tun Abdu Razak (Komtar), yang ada kaitan dengan skandal projek terowong dasar laut.

Turut diserbu dalam operasi bersepadu agensi antirasuah tersebut bermula sekitar jam 9 pagi Selasa itu adalah beberapa buah syarikat berkaitan projek mega kontroversi tersebut yang beroperasi di sekitar Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata serbuan itu dibuat bagi bantu siasatan kes berkaitan projek yang akan menghubungkan Persiaran Gurney, di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.
Beliau ketika dihubungi Berita Harian berkata, pihak SPRM akan meneliti segala dokumen yang dirampas dalam serbuan tersebut sepanjang hari ini bagi memastikan proses siasatan lebih menyeluruh dapat dijalankan.
“Kita perlu mengambil terlebih dahulu semua dokumen yang berkaitan dengan projek ini untuk dapat meneruskan siasatan lebih terperinci serta untuk kaji setiap isu berbangkit mengenai projek terowong dasar laut tersebut.
“Serbuan ini dibuat berdasarkan kepada penemuan bukti baharu berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut yang dikemukakan kepada pihak SPRM,” katanya ketika dihubungi akhbar berkenaan, sebentar tadi.
Difahamkan, SPRM menyerbu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian negeri di Komtar selain Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang di Jalan Sungai Pinang, di sini.
Di samping itu, pejabat syarikat pemaju projek berkenaan iaitu Ewin-Zenith Sdn. Bhd., 555 Capital Sdn. Bhd. dan Konsortium Zenith di sekitar negeri tersebut turut diserbu pihak SPRM.
Pada Sabtu lalu, Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan kedua dan mengemukakan beberapa lagi bukti baharu kepada SPRM berhubung projek terowong dasar laut yang dirangka kerajaan DAP Pulau Pinang.
Projek sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn. Bhd., yang terdiri daripada beberapa syarikat.
Sebelum ini, projek sensasi tersebut mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaannya yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran dengan tanah kerajaan negeri sendiri.
Pelaksanaannya juga dibantah keras penduduk dan badan bukan kerajaan yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. Kerajaan Pulau Pinang pernah mengakui gagal menyerahkan laporan kajian tahun lalu.
Ia sepatutnya diserahkan pihak Kementerian Kerja Raya di ibu negara tetapi kerajaan negeri dikuasai DAP memberi alasan konon jangkaan pelaksanaan projek terbabit masih lambat, iaitu pada 2023. – Agensi
Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa


4 comments:

Anonymous said...

Syabas dan tahniah kepada SPRM kerana menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kita sokong SPRM 100% !

Anonymous said...

Salah laku dan salah guna kuasa dan kerakusan nafsu serakah pemimpin dan kroni rejim kafir harbi roket telah terbongkar ! Bersedialah mereka untuk masuk kandang tertuduh dalam mahkamah ! Rakyat sudah bosan melihat pelbagai skandal roket berlaku di hadapan mata rakyat.

Anonymous said...

Parti PANdir adalah khadam parti kafir harbi roket maka mereka akan gila meroyan membela pemimpin kafir harbi jika tuan mereka ditangkap oleh pihak berkuasa atau dikritik oleh rakyat.

Pemimpin dan macai parti PANdir percaya parti roket adalah parti 'suci' walaupun pemimpin roket terlibat dalam pelbagai skandal yang merugikan rakyat dan negara.

Bagi khadam dedak roket, parti kafir harbi roket tetap 'suci' walaupun parti roket telah menghina agama Islam dan menindas umat Islam.

Khadam parti roket adalah puak munafik liberal.

Anonymous said...

Tahniah sprm dalam menangani penyalahgunaan kuasa Dan rasuah.harrap diteruskan terutama nya mereka yg klepet wang negara termasuk ularmak yg sama2 tumpang semangkok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails