Friday, January 12, 2018

McDonald's M'sia Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta

McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan RM1 juta
KUALA LUMPUR: Syarikat operasi McDonald's Malaysia, iaitu Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd telah membuat pembayaran zakat sebanyak RM1 juta kepada pihak berkuasa zakat Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, syarikat tersebut berkata, zakat perniagaan itu dibayar pada Disember lepas bagi tempoh satu tahun setelah pengambilalihan syarikat berkenaan oleh Lionhorn Pte Ltd, anak syarikat Reza Group Arab Saudi pada 1 Dis 2016.


"Zakat itu dibayar kepada pihak berkuasa zakat negeri yang berkaitan berdasarkan aset semasa bersih bagi tempoh 1 Dis 2016 hingga 30 Nov 2017," katanya.
-- BERNAMA



Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

1 comment:

Anonymous said...

Duit .. punya pasal halal lah.
Jangan kira siapa tauke besar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails