Wednesday, January 10, 2018

Harga Getah: K'jaan Masih Gagal Bantu Penoreh. -Dr Azman




HARGA getah skrap atau pok getoh sekarang RM2.30 mengikut info Haris Zulhaizad Mohd Nawawi atau mesra dipanggil Abe Jad, Setiausaha Pemuda PAS Jabi, graduan Universiti Islam Antarabangsa yang terlibat dengan perniagaan getah. Bab getah memang dia pakar. 
Biasa bila musim hujan, pok getoh naik harga, kata Abe Jad. Tahun ni bila hujan turun, pok getoh turut turun harga. Sudahlah orang kampung tak boleh menoreh. 
Sehingga sekarang kerajaan masih gagal merangka satu plan untuk menstabilkan harga getah atau paling kurang menetapkan harga siling getah. 
Setakat ini kerajaan hanya mampu memberikan alasan harga getah ditentukan oleh pasaran dunia serta dipengaruhi persepsi yang menyebabkan harga getah turun. Peranan orang tengah juga dikatakan menjadi punca kesukaran kerajaan menetapkan harga siling getah.
Suara hati penoreh getah di Jabi amat mengharapkan kerajaan boleh mengambil suatu langkah berkesan. Sekurang-kurangnya harga getah skrap boleh stabil pada harga sekitar RM4 sekilo. 
Tak munasabah nak menyelesaikan masalah manipulasi orang tengah pun kerajaan dah buntu dan kehilangan punca. 
DR AZMAN IBRAHIMHARAKAHDAILY 9/1/2018

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails