Monday, January 08, 2018

TG Abdul Hadi, Mahathir &Najib, Siapa PM Pilihan Anda?

Hasil carian imej untuk abd Hadi , mahathir , najib

Assalamualaikum,,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,



Pilihan untuk menjadi pemimpin no 1 nampaknya di antara 3 pemimpin utama parti parti utama yang akan bertanding dalam PRU 14 iaitu, BN, PH dan PAS yang mengetuainya Gagasan Sejahtera. 

Najib pilihan dari BN, Mahathir yang dikatakan akan berpindah kepada DSAI adalah pilihan PH dan sudah tentu TGHH adalah pilihan PAS.Pengundi terlebih dahulu perlu memilih parti yang bakal memerintah dan mana mana parti yang menang itulah calon Perdana Menterinya yang merupakan pemimpin no 1 Negara.Antara ketiga tiga calon ini, siapa yang bakal dipilih? 


Mahu Najib terus menjadi PM bermakna pengundi setuju untuk terus dipimpin oleh penyamun.mahu Mahathir jadi PM bermakna pengungdi mahu kembali diperintah oleh bekas penyamun besar yang merupakan guru besar kepada Najib. Mahu TGHH pula bagaimana? TGHH bukan penyamun walaupun pernah dicop sebagai pengganas oleh Mahathir.Fakta dan bukti yang nyata, TGHH tidak pernah mengganas malah pernah menghentikan satu risiko keganasan pada tahun 2004 di Kuala Terengganu ketika hantu Derih Jusoh merasuk peti undi untuk merampas Terengganu dari PAS.

Majalah Time pula pernah meramalkan TGHH akan menjadi pemimpin negara satu hari nanti dengan artikal kalau tak silap bertajuk "Would one day, he will lead a country?".Siapa pilihan rakyat aka pengundi? Pilihan telah diberi antara penyamun, bekas penyamun atau pengganas yang tidak pernah mengganas.

Dari sudut penampilan dan karektor pula, Mahathir menampilkan dirinya dengan karektor jahil agama yang mulutnya celupar dan tak terkawal, boleh kata apa saja nampak perlu menapis apa apa, dia boleh kata apa saja walaupun kata katanya boleh kantoi sekelip mata tetapi dia akan tetap berkata kata dengan kata kata yang sama.

Najib pula lebih teliti, dia boleh terlajak cakap tetapi cepat membetulkan perkataannya walaupun dengan tujuan mempengaruhi orang ramai.Walaupun tujuannya untuk poket sendiri tetapi dia pandai memusingkan kata katanya dengan harapan orang tak perasan.

Tetapi TGHH seorang yang berkarektor pendiam, bercakap bila perlu tetapi banyak bercakap dengan Tuhannya menerusi zikir zikirnya.TGHH adalah satu diantara pemimpin yang boleh jadi imam solat jemaah berbeza dengan Najib dan Mahathir yang tak ada kelayakan langsung untuk jadi imam solat jemaah dan TGHH adalah juga antara pemimpin yang sering bangun malam untuk bertahajjud yang tidak ada pada kedua dua Najib dan Mahathir.

Mahathir dan pengikutnya hanya bercakap mengenai 1MDB, Felda dan rasuah kerajaan Najib tetapi tetap memberi laluan kepada LGBT dan golongan Athies untuk mendapatkan hak mereka yang tidak pernah ujud,pendek kata Mahathir dan partinya hanya berminat untuk menjadikan hal hal dunia sebagai dasar perjuangannya sedangkkan TGHH dan partinya PAS meletakkan perkara perkara akhirat sebagai keutamaan sementara hal hal dunia akan diperbetulkan dengan sendirinya apabila urusan akhirat diperbetulkan.

Itu beza antara TGHH dan Mahathir sebagai dua pihak yang melawan Najib yang juga berminat dengan hal hal dunia. Juga beza antara parti PAS dengan PH dan juga BN. Perbezaan inilah yang bakal menjadi perkara utama kepada pengundi khususnya yang beragama Islam.

Siapa pilihan anda? 
(TKO)


 Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

18 comments:

Anonymous said...

Yang pasti apa-apa pun PAN tertonggeng macam kera lutong. Baca bawah ni saya petik dari blog semut hitam. Kredit Semut Hitam

http://semuthitam80.blogspot.my/2018/01/pan-johor-bengkak-kena-kencing.html?m=1

PAN JOHOR BENGKAK KENA KENCING!!!

Kesian! Malang sungguh nasib yang menimpa puak PAN Johor ni. Kena maki dengan bekas rakan seperjuangan dah sekian. Didakwa menjadi parti Ternakan DAPigs pun dah sekian juga.

Tapi akhirnya pengorbanan yang telah ditonjolkan selama hari ini sehingga dilabelkan sebagai Pengkhianat kepada PAS lansung tidak dihargai oleh pemimpin puak Pakatan Haprak tu.

Sebaliknya, mereka pulak yang dipaksa supaya tunduk kepada ketetapan yang telah dibuat. Sekarang, diorang pulak yang diberi tekanan supaya menjadi lembu yang telah dicucuk hidungnya.

Maka sebab itu PAN Johor memboikot Konvensyen Pakatan yang berlangsung hari ini berikutan tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen sesama parti - parti gabungan pembangkang itu.

Pekara itu disahkankan Pengerusi PAN Johor berkata tindakan itu diambil kerana partinya hanya diberi dua kerusi Parlimen sahaja untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
"Kita minta lima kerusi Parlimen tapi dapat dua kerusi, Parit Sulong dan Pulai saja. Kita ingat tak payah datang. Semua pemimpin Amanah Johor tak datang," katanya memetik laporan sebuah portal.
Dilaporkan PH telah memuktamadkan soal pembahagian kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia di antara empat parti menerusi mesyuarat yang berakhir kira-kira 8.30 malam tadi.

Ketidakpuasan hati itu timbul selepas PAN dilaporkan hanya mendapat dua kerusi Parlimen sahaja di Johor, manakala PPBM dibenarkan bertanding 10 kerusi, PKR 8 dan DAPigs pula 6 kerusi.
"Kita nak setimpal seperti apa yang komponen lain terima. Kita sama-sama bangunkan PH di Johor ini dan hubungan ini bermula telah lama dulu sejak Pakatan Rakyat lagi.
"Kita juga berkorban dengan meninggalkan PAS dan menubuhkan Amanah demi bersama PH. Jadi sekurang-kurangnya kita mahukan angka yang setimpal dan seimbang dengan rakan komponen lain.
"Kita bukan minta banyak kerusi, cuma lima. Tapi akhirnya dapat dua saja. Itu yang kita tak puas hati," kata sumber sebuah portal yang merupakan seorang pemimpin PAN.
Dikatakan dalam mesyuarat malam tadi juga, PH sudah memuktamadkan calon perdana menteri dan timbalannya, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dimana ia akan diumumkan di dalam konvensyen PH hari ini.

Anonymous said...

Saya pilih orang Malaysia yang Islam

Anonymous said...

Hadi mana satu yang dimaksudkan calon PM?

Takkan yang itu?
Kita dah ada PM tidor..
Kita dah ada PM penyamun..
Nak ke kita PM kaki ponteng..

Anonymous said...

Aku lebih rela pilih tunggul kayu dari hadi awang

Puaka Rimba said...

TGGH sesuai menjawat Jawatan Tekong Bot Mencandat Sotong. Alamat bot jarang kelaut sebab tekong KAKI TUANG. Hehehekikikihahahakahkahkah

gedohom said...

ikut hati semuanyer tak berkenan, tapi tak ada pilihan lain aku pilih Dr M.

Anonymous said...

selain tukang klepet dan sekutu..lembu pun boleh kalau layak dan rekod bersih!

Anonymous said...

Benarkah MP pakatan liberal dan kafir harbi tidak pernah ponteng ?

Jawapan: Jika ada macai dedak roket mendakwa demikian, dia adalah pendusta.

Anonymous said...

Sebab anon 5:41 pm adalah tunggul hidup segan mati tak mahu ternakan sifu roket.

Anonymous said...

Puaka ternakan roket menulis pelbagai komen bodoh bertingkat untuk memfitnah ulama Islam. Biasalah macai dedak roket seperti puaka suka menjilat kaki sifu roket. Menghabiskan dedak cap roket saja.

Anonymous said...

Di zaman moden ini masih wujud hamba abdi Firaun yang suka menjilat MahaFiraun walaupun MahaFiraun itu menentang ajaran Islam seperti Hudud.

Wahai hamba abdi teruskan membina piramid untuk makam MahaFiraun.

Anonymous said...

Hahaha.....hadi awang PM?...abis la satu mesia kena kapir kena bahlol dek mulut longkang dia tu. Aku rela pilih Husam atau Wan Azizah jadi PM jauh lebeh layak.mulut sibuk cerita psl hukum itu ini, pasal al quran pasal Islam, pasal maruah Islam tapi tengok hadi awang x bawak lansung teladan sebagai pemimpin Islam dgn ponteng sidang, mulut lonkang, suka mengelar org lain dgn gelaran2 yg buruk...dia hanya memberi satu image yg buruk kepada islam je.

Anonymous said...

Wah masih wujud di zaman moden manusia yang mahu menjadikan lembu sebagai pemimpin manusia. Kesian.

Anonymous said...

Macai dedak 7:02pm ternakan parti kafir harbi roket suka mengkafirkan ulama Islam dan umat Islam.

Macai ini percaya puak evangelis tidak kafir.

Anonymous said...

Nak pilih lobai Hadi dia kaki ponteng nak pilih najib kaki klepet,pilih mahathir lah sebab dlm tiga2 ni dia paling okay

Anonymous said...

Komen 7:00pm di atas adalah komen umum sahaja dan tidak ditujukan kepada gedohom.

Anonymous said...

Manusia sesat akan berkata orang yang menentang ajaran Islam adalah orang yg paling okay.

Anonymous said...

Orang yang beriman akan memilih ulama Islam untuk menjadi pemimpin mereka kerana ulama Islam boleh mendidik rakyat menjadi manusia yang baik dan berakhlak mulia dan berjaya di dunia dan akhirat.

Puak sesat dan puak jahiliah akan memilih pemimpin sekular, liberal dan kafir untuk memimpin mereka mengejar kehidupan dunia dan meninggalkan kehidupan akhirat.

Pemmpin sekular, liberal dan kafir akan memimpin pengikut mereka ke neraka dengan menentang ajaran Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails