Thursday, January 11, 2018

Mahathirisme: Macam Tiada Calon Lain, Kata Anak Karpal Singh



KUALA LUMPUR: Langkah Pakatan Harapan yang diketuai DAP menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara terus dipertikaikan penyokong gabungan pakatan pembangkang itu.
Hari ini, anak perempuan kepada mendiang pemimpin kanan DAP, Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo mempersoalkan kewajaran Pakatan Harapan mengumumkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri jika gabungan pakatan pembangkang menang dalam Pi­lihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sangeet Kaur berkata, langkah menjadikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri seolah-olah menunjukkan bahawa pakatan pembangkang ketandusan calon lain untuk menjawat jawatan tersebut selain kekurangan strategi gabungan itu pada masa depan.

Menurutnya, tumpuan seharusnya diberikan pada soal dasar dan prinsip malah pemimpin juga perlu diasuh untuk memastikan kesinambungan ke­pimpinan.
“Dia (Dr. Mahathir) akan menjadi Perdana Menteri sekali lagi dan memperkenalkan semula kelahiran Mahathirisme.

“Walaupun ia mungkin satu tindakan terdesak seperti gabu­ngan kita dengan Pas satu ketika dahulu, adakah kita terbuka untuk bekerja dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak satu hari nanti sekiranya keadaan terdesak,” katanya dalam kenya­taan seperti yang dilaporkan portal Free Malaysia Today hari ini.

Konvensyen Pakatan Harapan yang diketuai DAP semalam meng­umumkan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pula calon Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya kelak.

Sangeet Kaur berkata, hujah ba­hawa kerjasama dengan Dr. Mahathir hanya untuk memastikan perubahan berlaku di negara ini tidak lagi boleh diguna pakai.

Selain itu, katanya, permohonan maaf Dr. Mahathir mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kesalahan lain yang dilakukan semasa menjadi Perdana Menteri juga tidak dilakukan de­ngan sepenuh hati.

“Ini bukan mengenai pengampunan, ia adalah soal akauntabi­liti kerana orang yang mempu­nyai kedudukan serta kuasa harus bertanggungjawab terhadap ke­dudukan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Sangeet Kaur turut mempersoalkan sikap pe­mimpin pakatan pembangkang yang seolah-olah berdiam diri seperti menerima permohonan maaf Dr. Mahathir itu. (TKO)

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

16 comments:

Anonymous said...

WALAUPUN CHE DET KETUA PH, TETAPI PAN TETAP DIBULI SEHINGGA PAN TAK DAPAT KERUSI YG MENCUKUPI


JEFF HULU BERNAM
PAN-D-BULI

Anonymous said...

TAKKAN DENGAN ORANG TUA PUN PAN KENA BULI, SAMPAI AGIHAN HANYA 27 KERUSI

Anonymous said...

KAH KAH KAH PAN DIBULI OLEH RAKAN2. SAMPAI DIN PUDU MENANGIS BROOOOOOOOOOOOOO

http://www.ismaweb.net/2018/01/10/kemelut-pengagihan-kerusi-pru14-pan-diperdayakan-atau-mengalah/

Kemelut Pengagihan Kerusi PRU14 – PAN Diperdayakan Atau Mengalah
KEMARAHAN dan kritikan sebahagian ahli dan pimpinan PAN tentang agihan kerusi Parlimen PRU14 nanti adalah pencerminan penyakit yang biasa menimpa parti-parti politik tanahair.

Membaca analisa Dr Kamarul Yusoff tentang komen-komen sebahagian pemimpin dan para simpatisan PAN (https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/1776837725693611) mengingatkan saya kepada fenomena kerjasama politik yang tidak pernah menikmati suasana kestabilan untuk jangka waktu yang panjang. Krisis ini lebih ketara ketika blok parti-parti pembangkang “mencapai” keputusan tentang peruntukan kerusi-kerusi yang akan dipertandingkan oleh masing-masing parti secara individu dalam PRU14 tidak lama lagi.

Saya berpendapat bahawa parti yang paling malang sekali di dalam percaturan politik dengan pertaruhan tinggi (high stakes political game) adalah Parti Amanah Negara yang lebih dikenali sebagai PAN. Pada hemat saya, PAN telah di “checkmate” dan diperdayakan oleh kebijaksanaan berpolitik parti-parti lain.

Suatu keadaan yang menghairankan sekali, memandangkan pemimpin-pemimpin utama PAN bukanlah sembarangan individu. Hampir kesemua mereka adalah veteran-veteran politik yang punya banyak pengalaman ketika bersama PAS dahulu.

Persoalan yang segera timbul, siapakah yang sebenarnya berkuasa di dalam PAN?

Umum juga mengetahui bahawa sebahagian pemimpin PAN berasal dari pertubuhan Ikram, malah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa PAN adalah platform politik bagi Ikram. Pembentukan parti politik sendiri merupakan sebahagian daripada rancangan asal Grand Design awal tahun 90 an dahulu, sekiranya mereka menemui kegagalan beraksi dari dalam parti-parti UMNO dan PAS. Ramai ahli dan aktivis Ikram juga dikenali sebagai penggerak utama bagi PAN, lama sebelum parti (PAN) ini ditubuhkan.

Idea tentang Rahmatun Alamin, Maqasid Syari’ah dan menguruskan perbezaan bukanlah sejati dari falsafah politik tetapi manhaj tersendiri yang diwariskan kepada PAN. Betapa PAN mendokong gagasan-gagasan ini bukan satu keistimewaan, malah ia hanya melantunkan kembali (echo) strategi politik sebuah NGO berwajahkan Islam.

Justeru itu, yang paling ketara di dalam pengagihan politik blok pembangkang hanyalah kenaifan parti “Islam” baru ini berpolitik berhadapan dengan kelicikan DAP dan PKR. Hakikat bahawa BERSATU diperuntukkan lebih banyak kerusi lebih perit bagi PAN yang nafsu politiknya tidak kurang besar juga.

Kenaifan ini lebih terselah ketikamana kita membaca komen sebahagian ahli-ahli Ikram yang cuba menjustifikasikan pembahagian yang “berat sebelah” dan “tidak seimbang itu” dengan kalimat-kalimat memujuk diri sendiri yang tidak meyakinkan langsung.

Ramai di antara anggota senior mereka terlibat dengan apa yang dikenali sebagai “Reformasi” ketika berlakunya krisis politik ekoran dari pemecatan, penahanan dan pembicaraan ke atas Anwar Ibrahim. Tokoh yang mereka bersetuju untuk diangkat sebagai Perdana Menteri (sekiranya blok pembangkang menang dalam PRU14) itu jugalah yang “memenjarakan” idola politik mereka iaitu Anwar Ibrahim.

Mereka mati akal bagaimana hendak menyelaraskan dua entiti yang saling bertentangan secara logik. Mereka juga gagal mengemukakan jawapan yang tuntas dan memuaskan untuk “reconcile”kan dua realiti yang saling bertentangan. Akhirnya dipilih jawapan alternatif yang semakin mengkusutkan kontradiksi ketara ini.

Anonymous said...

Sambungan dari komen atas ni (PAN DIBULI PASAL KERUSI)

Kebenaran yang pahit terpaksa ditelan.

Muntah harus dijilat kembali.

PAN juga dianggap sebagai parti belaan DAP yang ciri-ciri cauvinistik dan rasisnya sudah termaklum. Apabila DAP (melalui Penang Institute milik kerajaan negeri) turut sama mendendangkan lagu Rahmatun Lil Alamin dan Maqasid Syari’ahnya, hal ini bukan merupakan satu kebetulan sahaja. Dalam kebanyakan kes, ahli-ahli Ikram/PAN tidak akan bersuara apabila berlaku keceluparan dan kenistaan dari mulut pemimpin-pemimpin DAP terhadap Islam ataupun perkara-perkara yang melibatkan kepentingan Islam.

Keadaan ini hanya menguatkan persepsi bahawa PAN adalah “proksi”, “khadam” atau “sayap Islam” bagi parti cauvinis dan rasis DAP itu.

Tidak hairanlah sekiranya banyak pihak beranggapan bahawa agihan 27 kerusi Parlimen kepada PAN untuk PRU14 nanti secara tidak langsung merupakan bonus kepada DAP (yang diberikan 35 kerusi), menjadikan “jumlah” kerusi untuk DAP adalah sebanyak 62.

Ini belum lagi dikira pengagihan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Satu pemerhatian yang saya dapat buat ialah betapa rapuhnya sistem nilai yang digunakan di dalam medan politik yang tidak dipandu oleh wahyu. Nilai-nilai tersebut boleh berubah mengikut kepentingan diri, maslahat politik, strategi jangka panjang atau pendek, haloba untuk berkuasa dan juga sifir untung rugi material.

Sistem nilai yang tidak dipandu oleh wahyu ini boleh mendorong seseorang/organisasi/parti untuk menggadaikan prinsip, berkhianat, hipokrit, menukar ganti kesetiaan dan kejujuran dan mengkaburkan garis pemisah antara sahabat dan musuh. Adakalanya sistem nilai ini boleh berubah dan terumbang ambing antara hawanafsu, perangkap Iblis dan akal yang sempit juga.

Tidak ada satu jaminan atau kepastian langsung bahawa sistem nilai yang tidak bersumber dari wahyu ini dapat bertahan lama atau boleh menyelesaikan masalah-masalah umat atau bangsa. Tempoh jangka hayat (expiry date) sesuatu kerjasama itu mungkin dapat bertahan beberapa bulan sahaja ataupun setakat 10 atau duapuluh tahun sahaja. Fenomena ini telah dan sedang berlaku di depan mata umum.

Jeritan “Reformasi!” adalah satu contoh klasik tentang helaan nafas perjuangan yang telah ditamatkan secara mengejut. Ia hanya dapat bertahan tidak sampai 20 tahun sahaja. (https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/1348028255221181).

Ramai yang tidak sedar bahawa dengan termeterainya “Tahaluf Siyasi” baru antara PKR, DAP, PAN dan BERSATU, PKR dengan sendirinya telah menggugurkan alasan/justifikasi untuk wujud sebagai sebuah parti politik yang relevan. Ini kerana tujuan utama (raison d’etre) ia ditubuhkan dahulu ialah untuk membela kepentingan seorang individu yang “dizalimi” dan melawan “salahguna kuasa, korupsi, pembaziran” oleh individu lain yang kini menjadi rakan dan sahabat seperjuangan.

Malah, boleh dikatakan bahawa seluruh premis perjuangan blok pembangkang “harapan” hari ini telah runtuh ‘by default’, diruntuhkan oleh tangan mereka sendiri!

Anonymous said...

PAN MENANGIS KERANA DIBULI. KAH KAH KAH

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/01/372682/pemuda-pan-kelantan-kecewa

Pemuda PAN Kelantan kecewa
Oleh Attirmidzie Rahman
bhkb@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL
Share

Tweet

Share
KOTA BHARU: Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan kecewa kerana parti itu hanya diberikan 27 kerusi Parlimen di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketuanya, Hazmi Hassan, berkata pengagihan kerusi itu tidak boleh dianggap sebagai satu berita yang memuaskan hati penyokong pakatan pembangkang khususnya PAN.

"Kami agak kecewa dengan bilangan kerusi yang diumumkan itu dan tidak dinafikan ada ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

"Bagaimanapun, kami kena menganggap itu adalah proses biasa dan hanya mampu letakkan senyuman bagi memastikan kemenangan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, konvensyen pembangkang mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen di Semenanjung membabitkan 165 kerusi iaitu 52 kerusi untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR (51), DAP (35) dan PAN (27).

January 11, 2018 at 9:48 AM

Anonymous said...

ANDA SUKA DIBULI. JADILAH AHLI PAN. PUNYA KENA BULI SAMPAI DR HATTA TAK BOLEH BERTANDING DI TITIWANGSA

HUSAM MUSA MANA. CEPATLAAAAA WAN RAHIM KATA KAO KUASA 10 DAN BOLEH MIMPI ALLAYARHAM 15 KALI. CEPAT HUSAM OIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII


KESIAN MAT SABU, DIN PUDU, DR HATTA, MARIAH KARI KENA BULI. KAH KAH KAH JUARA BERSORAK KENA BULI

MAZALN ALIMAN KORANG KENA BULI PASAL AGIHAN KERUSIKAO BOLEH SONYAP. KAO NI SONYAP KA SANGAP. TAPI BAGI AKU KAO NI SANGAP SEBAB PERCAYA DENGAN MIKE SABU YG KENA BULI SAMPAI PAN TAK DAPAT BERTANDING DI TITWANGSA


JEFF HULU BERNAM
PAN-D-BULI

Anonymous said...

ANDA SUKA DIBULI OLEH RAKAN2 PARTI LAIN, SIA JADI AHLI PAN. SELEPAS DIBULI PERUNTUKAN KERUSI ANDA AKAN BERAS SEDIH HINNGA MENANGIS. UHUK UHUK UHUK

https://aidcnews.wordpress.com/2018/01/10/diketepikan-kerusi-parlimen-perjumpaan-amanah-wilayah-persekutuan-diselubungi-kesedihan/

Diketepikan Kerusi Parlimen, Perjumpaan Amanah Wilayah Persekutuan Diselubungi Kesedihan

AIDCNews -10/01/18 –Diketepikan daripada mendapat sebarang kerusi Parlimen menyebabkan perjumpaan Amanah Wilayah Persekutuan semalam diselubungi kesedihan.

Perjumpaan selama dua jam itu diadakan berikutan Amanah Wilayah Persekutuan tidak diperuntukkan walau satu kerusi pun di Parlimen pada PRU 14, sedangkan parti itu sebelum ini berharap agar dibenarkan bertanding di Parlimen Setiawangsa.

Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Hatta Ramli dikatakan berminat bertanding di Parlimen Setiawangsa sebagai menggantikan Parlimen Kuala Krai yang ditandingi pada PRU 13.

Apabila PH mengumumkan Parlimen Setiawangsa diserahkan kepada PKR, Dr Hatta dilaporkan kecewa dan mengancam akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan.

Justeru itu satu perjumpaan khusus diatur antara Amanah Pusat dengan Amanah Wilayah Persekutuan semalam.

Antara pemimpin yang hadir adalah Presiden Mohamad Sabu; Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli; Pengarah Strategik Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan dan Ketua Amanah Wanita Dr Siti Mariah Mahmud.

Menurut sumber yang enggan namanya disiarkan, suasana hiba bermula apabila seorang anggota parti menitiskan air mata ketika menyuarakan rasa terkilannya terhadap keputusan pimpinan PH yang meminggirkan kehendak Amanah Wilayah Persekutuan itu.

“Ada yang telah berkempen sejak Amanah ada di wilayah (Kuala Lumpur). Saya rasa (mereka) menangis bukan sebab marah, tetapi kerana telah berkorban begitu banyak,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut seorang lagi sumber yang hadir pada pertemuan semalam, hampir semua anggota wanita dan sebahagian anggota lelaki menangis ketika individu itu (Dr Hatta ?) sedang bercakap.

Khalid Samad ketika dihubungi berkata, beliau turut sedih semasa pertemuan semalam.

“Mereka (anggota parti) menangis sebab tak ada kerusi di Wilayah. Sedih memanglah sedih tapi tak adalah sampai kita semua menangis berjemaah,” katanya.

Dalam pengumuman Ahad lalu, PH membenarkan Amanah bertanding di Parlimen Shah Alam dan Kota Raja yang sebelum ini ditandingi oleh Khalid Samad dan Dr Siti Mariah.

Sementara itu, Pengarah komunikasi Amanah Wilayah Persekutuan Datuk Tarmizi Mohd Jam berkata, dalam pertemuan itu Presiden Amanah, Mat Sabu memberi penjelasan berkenaan kehilangan kerusi Parlimen Setiawangsa.

“Presiden menjelaskan hilangnya kerusi Titiwangsa menyebabkan Amanah tiada satu kerusi pun di Kuala Lumpur untuk PRU ke-14.

“Beberapa resolusi dicapai bagi mencari jalan keluar, presiden dan pasukan perunding kerusi akan mengambil tanggunjawab secara langsung,” katanya di Facebook.

Selain Amanah Wilayah Persekutuan, turut tidak berpuas hati adalah Amanah Perak yang diperuntukkan empat kerusi Parlimen dan Amanah Johor dengan dua kerusi Parlimen.

Advertisements

Anonymous said...

MACAI2 YG BOSSNYA KENA BULI TAK MAU KOMEN KA/

KAH KAH KAH PTUIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

Puaka Rimba said...

Dari Membenci, bertukar Bersimpati ,dengan bermotif sebagai Batu. Sesungguhnya parti Amanah tidak terkesan pun dengan bisikan Iblis Berserban . Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Nama pun silap. PAN-D-Buli

Anonymous said...

Konon parti liberal kuali tidak terkesan tetapi boss2 parti kuali menanggis tergolek-golek meratapi diri dikencing dan disamun kaw-kaw oleh parti kafir harbi roket dan parti liberal se kutu parti liberak kuali.

Anonymous said...

Begitu juga lah Almarhum TGNA sudah tentu menolak kepimpinan PAS yang memihak pada Najib sehingga di puji oleh Najib.

Pendirian Karpal Singh yang di cakap oleh si anak sama lah juga pendirian Almarhum TGNA yang benci pada UMNO.

Anonymous said...

PAN-D-BULI. Isteri dan anak2 allayarham sorang pun tak gamak join woren kaler. Jangan bohong n khayal brooooo. Mungkin kao ni lepas telan pil kuda yg dijual oleh anak Mr Power 10 mimpi 15x

Anonymous said...

Woi macai bodoh bertingkat 10:44 AM ternakan parti kafir harbi roket .... kamu adalah pembohong yang sangat hina kerana membuat dakwaan karut tanpa bukti terhadap TG Nik Aziz yang telah meninggal dunia.

Sejak bila kamu boleh bercakap dengan orang yang telah meninggal dunia? Kita yakin kamu pesakit mental yang mendakwa boleh bercakap dengan orang-orang yang telah meninggal dunia.

Kita tahu semasa Nik Aziz masih hidup , Nik Aziz berusaha melaksanakan Hudud. Maka beliau sudah pasti akan menentang Pakatan Haprak pimpinan parti kafir harbi roket sebab Pakatan Haprak menentang ajaran Islam.

Anonymous said...

Macai tu siber trup dap guna nama almarhum dasar puak kafir kerja dia menyeber kebencian terhadap perjuangan islam. Moga mereka2 mendapat rahmat memeluk islam dan berjuang menegakkan islam dimalaysia

Anonymous said...

Teringat Nik Aziz makan kek dengan Karpal Singh.

Mustahil dalam masa baik dengan Dap dalam masa yang sama baik juga dengan UMNO.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails