Tuesday, January 09, 2018

Mualaf Tak Mudah Islamkan Anak Bila Pakatan Perintah?




KUALA LUMPUR – Tiada ibu atau bapa mualaf boleh membawa anak mereka memeluk agama Islam tanpa persetujuan pasangan yang masih menganuti agama lain jika Pakatan Harapan berjaya memerintah negara ini selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Setiausaha Publisiti Wanita DAP yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto yang membayangkan perkara itu mendakwa sehingga kini masih ada wanita (bukan beragama Islam) dipisahkan daripada anak mereka oleh suami (yang memeluk agama Islam)
“Cukuplah menghina Pakatan Harapan. Jangan lupa bahawa Indira Gandhi dan banyak ibu dan bapa di Malaysia masih menjadi mangsa ketidakadilan, kuasa dan fanatik agama oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Adakah takut kehilangan sokongan kumpulan berhaluan kanan jika berusaha memastikan pindaan yang betul kepada undang-undang iaitu kedua-dua ibu bapa perlu memberi persetujuan, tiada ibu atau bapa boleh menukar kanak-kanak kepada Islam?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beberapa tahun lalu, mualaf Muhammad Riduan Abdullah yang asalnya bernama K.Patmanathan menukarkan agama tiga anaknya selepas dia memeluk agama Islam.
Sijil penukaran agama kanak-kanak itu dibatalkan Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh pada 25 Julai 2013 selepas Hakim Lee Swee Seng mengekalkan keputusan bahawa sijil pertukaran agama tiga kanak-kanak, Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa sevagau tidak sah kerana tanpa pengetahuan atau izin isterinya, Indira Gandhi.
Mahkamah Rayuan pada 2015 bagaimanapun mengesahkan penukaran agama tiga kanak-kanak itu oleh bapa mereka. Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti mengekalkan kesahihan penukaran agama tiga anak oleh bapa Muslim hanya boleh ditentukan Mahkamah Syariah. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kembalilah kepada sistem perundangan Islam sepenuhnya bukan macam BN dan parti-parti sekular lain, segala masalah ada solusi selesainya, Insya Allah!
Sebab itu, kena undi PAS yang menjanjikan kelahiran sebuah 'negara Islam', bukan negara umat Islam sahaja. (IH)


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

4 comments:

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.

“Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.

“Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.

Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

“Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA

Anonymous said...

Parti liberal dalam Pakatan Haprak seperti parti kuali dan parti kafir harbi seperti parti roket sentiasa berkerjasama menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Maka kita tidak terkejut jika puak sesat dan menyesatkan menyokong undang-undang yang mudah memurtadkan umat Islam.

Undilah parti Islam PAS untuk menentang musuh Islam yang sedang menghina Islam dan umat Islam.

Anonymous said...


Terima kasih pakatan parti munafik liberal laknatullah pimpinan parti kafir harbi roket laknatullah kerana mendedahkan sikap permusuhan, kebencian dan dendam mereka terhadap agama Islam dan umat Islam.

Selama ini anjing-anjing liberal dan tuan kafir harbi mereka sibuk menyalak menghina, memburuk-burukkan dan memfitnah ajaran Islam dan menindas dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam.

Wahai umat Islam bangkitlah dari tidur, koma, pukau dan khayalan kerana musuh-musuh Islam bercita-cita mahu menghapuskan agama Islam dan menindas umat Islam sebagaimana rejim pengganas Israel menindas, merompak, menyiksa dan membunuh umat Islam di Palestin.

Lihatlah dan fikirkan bagaimana puak kafir memerintah Singapork dan menindas umat Islam.

Masih lagi anda ingat tentang si kafir harbi Ahok yang telah dilantik menjadi gabenur Jakarta. Setelah mendapat kuasa, si Ahok laknatullah menghina agama Islam dan menindas umat Islam di Jakarta.

Sesungguhnya Allah dan RasulNya melarang umat Islam dari menyokong, mengundi dan melantik puak munafik dan puak kafir menjadi pemimpin.

Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU14 dan memolak semua parti sekular, liberal dan kafir harbi kerana mereka menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

Anonymous said...

Sebenarnya musuh-musuh Islam telah menghina Perlembagaan Persekutuan apabila mereka menghina, memburuk-burukkan dan memfitnah agama Islam dan menafikan hak unat Islam.

Sebenarnya musuh Islam tidak layak menjadi rakyat negara ini apabila mereka menghina Perlembagaan Persekutuan dan melanggar Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh moyang mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails