Tuesday, January 09, 2018

Setelh 2 Ceramah Di Johor Dilarang, Kini Datuk Hassan Din Pula.




BANGI, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din, kini dilarang menyampaikan ceramah di negeri Johor.

Ia susulan arahan pihak berkuasa agama Johor yang melarang adik kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din itu menyampaikan ceramah agama.

Datuk Hassan berkata, beliau mengetahui larangan itu sebaik sahaja tiba di Johor Sabtu lalu, yang sepatutnya menjalankan program ceramah dua hari di Pontian dan dua hari di Muar.

Katanya, perkara itu dimaklumkan pihak masjid, selepas mendapat arahan daripada pihak Majlis Agama Islam Johor.


“Tiba-tiba saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan berceramah,” katanya kepada kepada sebuah portal.


Terdahulu, Johor mengharamkan dua penceramah, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim.


Larangan itu dikeluarkan Johor berikutan pandangan mereka boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.



Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

2 comments:

Tinta Mohd Yusri said...

Di Johor, agamawan setaraf selipar buruk artis.. Artis terkinja macam beruk boleh buat konsert di Johor.. Nasib korang la bangsa johor..pilihlah umno lg..

Anonymous said...

Mengapa pendakwah Islam yang terkenal tidak dibenarkan berdakwah untuk bangsa Johor di negara Johor sedangkan rakyat China Komunis yang menentang agama Islam dibenarkan membeli tanah dan rumah dan menetap di negara Johor?

Adakah bangsa Johor telah mencapai taraf malaikat maka mereka tidak perlukan pendakwah Islam?

Adakah rakyat China Komunis @ atheis yang menentang agama Islam lebih baik dari ulama Islam yang menyeru manusia melakukan kebaikan dan menentang kemungkaran dan kesesatan?

Mengapa bangunan Freemason berdiri gagah dan megah di negara Johor?

Pihak berkuasa perlu menjawab persoalan ini secara telus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails