Monday, January 08, 2018

Populis: Janji PH 'Bodohkan Rakyat' Jika Menang PRU 14..



ANTARA contoh pendekatan populis dalam politik adalah apa yang ditawarkan oleh pemuda PH sebagai janji jika menang PRU14. Mereka mahu berikan hak penyiaran EPL kepada RTM. Dengan erti kata lain, siaran tersebut bakal diberikan percuma kepada rakyat.
Persoalannya,
  1. Apakah keperluannya anak muda dengan EPL? Apakah ianya satu perkara bersifat doruri? Apakah ia adalah masalah utama anak muda yang membawa kepada pengangguran dan ketirisan intelektualiti?
  2. Apakah berbaloi untuk membelanjakan sekurang-kurangnya 1 bilion ringgit untuk mengambil alih hak penyiaran EPL daripada astro? Apakah sudah tiada keperluan lain untuk dibelanjakan jumlah wang sebesar itu? Apakah rakyat sudah kaya raya?
  3. Apakah PH mampu melakukannya secara realiti? Ia terikat dengan kontrak dan pihak swasta.  Atau apakah ia hanya sandiwara PRU sebagaimana janji DAP untuk menghaluskan tol di Penang semasa PRU13 dahulu?
  4. Kenapa perlu menjanjikan hiburan kepada anak muda sebagai manifesto PRU? Adakah itu menggambarkan wawasan pemuda PH? Hedonisme? Bukan menolak hiburan, tetapi adakah ianya prioriti dan fundamental dalam membina generasi masa hadapan?
  5. Bukankah dalam PH ramai so called profesional, progresif, proton? Takkan ini sahaja tawaran untuk anak muda? Bukankah Pemuda PH ada armada, ada AMK, ada macam-macam lagi nama bombastik? Kenapa tidak ada langsung idea membina untuk generasi masa depan negara?


Inilah pendekatan politik populis yang ditentang oleh PAS. Asal sahaja satu perkara disukai oleh (sebahagian) rakyat, kita gunakan untuk raih sokongan tanpa ambil kira baik buruk untuk negara.
Inilah bentuk politik populis yang memperbodohkan rakyat. Mereka hanya menabur janji tetapi ia sangat kabur dari realiti. Sangat tak logik. Percayalah, ia hanya pembohongan sebagaimana yang selalu BN taburkan dalam kempen pilihan raya. Sama sahaja.
Inilah populis yang merosakkan negara. Menjulang demokrasi sampai hanyut dengan kehendak jahiliah. Sepatutnya pemimpin perlu memimpin, bukan mengikut trend pengikut.
Maaf. Populis bukan budaya politik Islam. Ia budaya politik barat yang sedang menuju kehancuran. Belajarlah dari keruntuhan yang sedang melanda Amerika.
Dunia sudah bercakap mengenai Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Dunia sudah berwacana mengenai Fourth Political Theory. Jangan bawa rakyat ke medan politik primitif lagi. – HARAKAHDAILY 7/1/2018

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

4 comments:

Unknown said...

Satidak2nyajanji PH logik akal ini tidak sat nabua hudud sat Ruu 355 tapi masokbertanding 60 kerusi lepas tu pula masok gegasan sejastera bersama party Shaik Fazil kulim yg ahlinya cuma 9 org na tuboh ghazalparty boleh lah dgn 9 org tu bila org kata Pas bodoh sombong marah fikir lah Pas oii.

Carlos Santiago said...

Kalau harakah tulis jer.. Bangkang merapu. Solusi cadangan? Tiada.. Dari dulu sampai sekarang. NO Point. Sebab tu PAS berpuluh tahun, takat tu jer. Tak berkembang. Orang lain dituduh tak betul.

Unknown said...

Takat tuu jer...

kah kah kah..
selagi ada org yg celek boleh menegur hj hadi, cepat ditendang keluar. Takat ni saja yg tinggal. Ha ha haa... hidup dan bernafas tapi langkah semakin lama semakin pendek. Islam zaman abu bakar, omar, uthman berkembang pesat mereka menguncup.

Anonymous said...

Pakatan Haprak akan membuat pelbagai janji 'indah' untuk menipu dan memperdayakan rakyat supaya rakyat mengundi Pakatan Haprak dalam PRU14.

Sebagai contoh, pemimpin parti perkauman kafir harbi roket telah bercakap pong pang pong pang menipu rakyat dengan pelbagai janji yang 'indah' sebelum PRU13. Apa telah berlaku selepas PRU13?

Pemimpin dan kroni rejim roket terlibat dalam pelbagai skandal yang amat merugikan rakyat dan negara seperti :

1. Projek kroni roket yang tidak mendapat kelulusan jabatan alam sekitar
menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh yang meragut nyawa manusia dan rakyat menanggung kerugian besar

2. Projek membazir wang kerajaan seperti kos membuat kertas kerja yang hampir RM300 juta.

3. Merobohkan berpuluh kampung Melayu Islam dan merobohkan gerai-gerai perniagaan Melayu Islam. Satu bentuk penghapusan etnik oleh rejim roket.

4. Projek Mega yang membazirkan dan menghabiskan wang kerajaan. Sepatutnya wang kerajaan digunakan untuk nenyediakan rumah mampu milik untuk rakyat.

5. Rejim roket gagal membantu mangsa banjir di negeri yang diperintah oleh rejim roket. Bahkan pemimpin dan barua rejim roket menghilangkan diri di waktu banjir. Sikap tidak bertanggungjawab!

6. Mengkhianati sekutu parti Islam dan menaja parti pengkhianat kuali yang terdiri dari pemimpin-pemimpin liberal ternakan roket untuk menghapuskan parti Islsm. Parti roket adalah parti pengkhianat

7. Menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails