Friday, January 12, 2018

LGE: Mungkin Perbicaraan Rasuah Jejas Pencalonan


Hasil carian imej untuk guan eng

GEORGE TOWN – “Mungkin.” Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semasa didesak pemberita untuk memberikan jawapan sama ada perbicaraan kes rasuahnya akan menjejaskan pencalonannya pada pilihan raya umum ke-14.

Lim, yang merupakan setiausaha agung DAP berkata beliau perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang beberapa kali dengan setaip kali untuk tempoh empat hingga lima hari sepanjang Mac dan Mei. Mahkamah Tinggi menetapkan 23 hari bagi perbicaraan antara 26 Mac dan 25 Mei.
Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kuasa sebagai ketua menteri untuk manfaat diri dan isterinya Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Emblem Sdn Bhd bagi menukar status tanah pertanian kepada status perumahan dengan menggunakan kedudukannya dalam mesyuarat jawatankuasa perancang negeri dipengerusikannya pada 18 Julai, 2014.
Lim juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan manfaat menerusi pembelian sebuah rumah daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta iaitu lebih rendah daripada harga pasaran RM4.27 juta pada 28 Julai, 2015.
Phang, yang merupakan presiden Magnificent Emblem turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Lim dalam pembelian rumah di Jalan Pinhorn itu daripadanya pada harga RM2.8 juta iaitu di bawah harga pasaran atau RM4.27 juta.
Dalam perkembangan lain, Lim, yang bercakap kepada pemberita di sini, berkata kerajaan negeri telah menjelaskan bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan untuk tiga lebuh raya menerusi kaedah tukar tanah bernilai RM208 juta.
Beliau berkata kerajaan tidak membuat sebarang bayaran bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut seperti didakwa Gerakan.
Keutamaan kerajaan negeri adalah tiga lebuh raya itu dan bukannya terowong dasar laut yang dijangka siap hanya pada 2027, katanya.
Selasa lepas, Gerakan Pulau Pinang mendakwa kerajaan negeri telah membayar RM208 juta bagi kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut menerusi kaedah tukar tanah. – BERNAMA
Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa


1 comment:

Anonymous said...

Biasalah seorang pemimpin parti kafir harbi dan kroninya tidak akan mengaku bersalah walaupun rakyat melihat perut sifu dan kroninya sudah terlampau kenyang seperti ular sawa kekenyangan selepas membaham seekor babi. Ular sawa tetap tidak mengaku membaham babi walaupun babi berada dalam perut ulat sawa.

Jika pemimpin kafir harbi boleh kencing khadamnya iaitu parti kualinya sendiri sehingga hancing. Maka kita tidak terkejut jika pemimpin kafir harbi kencing rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails