Monday, January 08, 2018

Cosplay Dewa Anime Adalah Haram -Mufti W/Persekutuan



Kuala Lumpur: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berfatwa adalah haram untuk mengenakan kostum adi wira anime sekiranya pakaian tersebut menyerupai dewa-dewa dalam agama atau kepercayaan lain atau rekaan seperti Beerus, Haruhi Suzumiya, Deus Ex Machina dan lain-lain.

Mufti berkata, “Sekiranya ada yang mempersoalkan kaitan pemakaian kostum dewa-dewa dengan akidah, kami katakan bahawa ia bukan isu tergugat atau rosaknya akidah tetapi ia adalah isu jati diri seorang Muslim.” 

Begitu juga dengan pakaian kostum yang menyebabkan aurat sang pemakainya terdedah, hukumnya adalah haram. Beliau juga mengatakan bahawa pakaian kostum yang memerlukan belanja yang besar sehingga membazir juga adalah haram. 

Beliau menukilkan pandangan Al-Maraghi sebagai penjelasan lanjut kepada kesimpulan fatwanya itu: “Al-Maraghi menyatakan Allah SWT menghendaki manusia bersikap sederhana dalam melakukan sesuatu kerana Allah dan tidak suka sama sekali mereka yang melampaui batas.” 

“Bahkan Allah SWT menghukum mereka atas sikap berlebih-lebihan ini sesuai dengan bahaya dan kerosakan yang mereka timbulkan. Ini kerana, mereka telah melanggar sunnah-sunnah fitrah dan berbuat jahat terhadap diri mereka sendiri serta harta mereka.” 

Berkenaan mereka yang memakai kostum pakaian adi wira dengan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, hukumnya adalah makruh menurut tokoh agamawan tersebut. Mengulas lanjut mengenai hukum kemakruhan tersebut, beliau berkata, “Memakai pakaian yang menyalahi adat kebiasaan orang ramai adalah makruh kerana ia membawa kepada menunjuk-nunjuk dan juga umpatan orang lain.” 

Nabi SAW juga melarang umatnya daripada sifat menunjuk-nunjuk dalam berpakaian. Hal ini kerana, sikap tersebut akan mendatangkan fitnah tidak hanya kepada pemakai malah turut kepada agama Islam,” katanya lagi. (menara.my/)

 Lihat sebelum ini..

Hasil carian imej untuk undi siapa

4 comments:

Anonymous said...

Jika mufti dan majlus fatwa mangharamkan sesuatu, parti kafir harbi roket dan parti-parti ternakan roket pula akan menghalalkan yang haram.

Pakatan Haprak memang sesat dan menyesatkan. Siang dan malam mereka menghina dan menentang ajaran Islam dan ulama Islam dan menafikan hak umat Islam.

Marilah kita undi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam.

Anonymous said...

Pembetulan: majlis fatwa

Anonymous said...

Siapakah yang menghina khutbah Jumaat dan khutbah hari raya, pakaian mentup aurat wanita, fatwa, undang-undang Syariah seperti Hudud dll, mufti dan menafikan hak umat Islam dan mempromosi pesta arak dll?

Jawapan: Parti kafir harbi roket dan parti liberal ternakan roket.

Anonymous said...

Undi Pas ad lh yang terbaik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails