Saturday, January 13, 2018

A/Saudi Benarkan Wanita Tonton Perlawanan Bola Sepak.


Arab Saudi benarkan wanita tonton perlawanan bola sepak
SUKAN

JEDDAH: Arab Saudi buat pertama kalinya membenarkan golongan wanita menonton perlawanan bola sepak, sebahagian langkah mengurangkan pemisahan gender oleh pemerintah konservatif Islam di negara itu.

Peminat bola sepak wanita menyerbu stadium di Jeddah pada Jumaat, menerusi pintu masuk yang dikhususkan untuk keluarga. Biarpun  tempat duduk mereka dipisahkan mengikut jantina, kehadiran peminat wanita menandakan detik signifikan buat negara itu.
Arab Saudi benarkan wanita tonton perlawanan bola sepak
Petugas wanita mengucapkan selamat datang kepada penonton wanita dan keluarga mereka, yang bersorak menyokong pasukan mereka. Petugas dan penonton wanita memakai jubah hitam tradisi. Kebenaran ini adalah susulan beberapa siri reformasi undang-undang bagi memodenkan Arab Saudi.

Terdahulu pada Jumaat, sebelum perlawanan bola sepak berlangsung, satu lagi tanda perubahan berlaku, melibatkan pembukaan galeri kereta pameran pertama yang dikhususkan untuk wanita.

Buat pertama kalinya, wanita kini dibenarkan memandu, selepas larangan itu dibatalkan September lalu. Bermula Jun depan, pemandu wanita bakal memenuhi jalan raya di Arab Saudi. (aa)


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

2 comments:

Anonymous said...

Kita orang berugama mestilah bermaruah, bukan macam kat Penang tu

https://www.sayangsabah.com/sukan-bogel-di-pulau-pinang/

Sukan Bogel di Pulau Pinang


PULAU PINANG: Satu rakaman video bogel membabitkan sekumpulan 18 orang dalam satu permainan bogel ” Malaysia Nude Sports Games 2104″ tersebar di beberapa blog dan laman sosial.



Aksinya dikatakan dirakamkan di Pantai Kerachut, Pulau Pinang, dua bulan lalu.

Rakaman berdurasi 5 minit 25 saat membabitkan peserta warga tempatan dan luar negara.

Difahamkan, resort tersebut kini telah ditinggalkan oleh pemiliknya.

Video itu memaparkan aksi sebelas orang iaitu lapan lelaki dan tiga wanita tidak berpakaian melakukan aktiviti di tepi pantai.

Permainannya dimulakan dengan aksi menconteng badan peserta menggunakan pelbagai warna dan kemudian diikuti aktiviti memanas badan oleh kumpulan terbabit dan kemudian diikuti dengan beberapa aksi lain hingga ke waktu malam.

Persoalannya bagaimana insiden ini boleh berlaku di negara ini kerana ia bercanggah dengan nilai etika dan budaya tempatan.

Anonymous said...

https://m.malaysiakini.com/news/324602

DAP Perak marah KJ sekat atlet Israel

DAP Perak menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi, esok.

Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin ( gambar ) berkata, Khairy menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

image: https://mk-cdn.mkini.net/809/5d55252ae57f3564e614557fadd1ad3b.jpg

"Sukan sepatutnya melampaui sempadan politik dan perlu berkecuali daripada politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pilihan Editor
image: https://i.malaysiakini.com/1202/38032220a3d5fe54e21658af57208c2f.jpeg


Dr M: Ramal BN menang besar bak mimpi di siang hari
Chong mengulas laporan menyebut pihak berkuasa Malaysia tidak membenarkan Yoav Omer dan Noy Drihan mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf) itu.

Khairy dilaporkan memainkan peranan dalam penafian visa berdasarkan dasar diplomatik Putrajaya terhadap Israel.

Chong mendakwa, Malaysia sebelum ini telah membuat pengecualian berkaitan atas semangat kesukanan.

"Menafikan visa mana-mana atlet berdasarkan kewarganegaraan, agama, atau kepercayaan peribadi mereka adalah tindakan yang tidak boleh diterima.


Read more at https://m.malaysiakini.com/news/324602#qUmtHw3rz0VJlKWt.99

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails