Tuesday, January 09, 2018

AMANAH Tanding Di Kawasan DAP, Guna Logo 'roket'.




Seorang calon Parti Amanah Negara (AMANAH) mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada DAP iaitu Ayer Hitam, dengan menggunakan logo 'roket'.

Kerusi Parlimen yang terletak di Johor itu merupakan kawasan penting memandangkan penyandangnya ialah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ketika dihubungi Malaysiakini berhubung spekulasi itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahkannya dan berkata ia dibuat atas dasar kompromi.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub pula enggan mengulas panjang ketika diminta mengulas tentang perkara itu.

"Saya tidak dapat mengesahkannya malam ini (semalam)," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi dan Salahuddin terlibat dalam proses rundingan kerusi Pakatan Harapan (HARAPAN). Rafizi mendedahkan bahawa berdasarkan cadangan awal, DAP sedia untuk menukarkan dua kerusi parlimen kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan kerusi Parlimen Segamat yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum (PRU) lalu.


Segamat merupakan kerusi tradisi DAP sehinggalah PRU lalu, apabila parti itu menukarkannya dengan Parlimen Gelang Patah, yang berjaya dimenangi tokoh veteran Lim Kit Siang.

Namun, PKR sudah pun melepaskan beberapa kerusi kepada BERSATU, justeru giliran AMANAH pula untuk membuat kompromi.

"PKR akan menjadi pihak yang paling rugi (jika menyerahkan Segamat) sebab kita tidak dapat apa-apa," kata Rafizi.

Kemudian DAP tampil untuk menyelesaikan persoalan itu, melalui kerusi Parlimen Ayer Hitam. Pada mulanya, AMANAH menuntut sebahagian besar kerusi Parlimen yang ditandingi PAS - termasuk Ayer Hitam - pada PRU lalu.
Sebagai kompromi, AMANAH melepaskan Ayer Hitam tetapi masih boleh bertanding di sana menggunakan logo DAP.

Sebagai pertukarannya, DAP melepaskan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada BERSATU. Pada PRU ke-13, Wee Ka Siong menewaskan calon PAS, Hu Pang Chow dengan majoriti 7,310 undi. Hu kini merupakan anggota AMANAH. Di Tanjung Piai pula, Datuk Wee Jeck Seng daripada BN menewaskan calon DAP, Mahdzir Ibrahim dengan majoriti 5,457 undi.

DAP turut menyerahkan Parlimen Batu Gajah kepada BERSATU. DAP bertanding di 36 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia pada PRU lalu. Pada PRU ke-14, parti itu akan bertanding di 35 kerusi Parlimen.

Konvensyen HARAPAN Ahad lalu mengumumkan BERSATU akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, manakala PKR bertanding di 51 kerusi dan AMANAH 27 kerusi. Rundingan bagi kerusi di Sabah dan Sarawak serta Dewan Undangan Negeri (DUN) pula masih berjalan.

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

10 comments:

Anonymous said...

PAN KAN MACAI DAP. YG BERTANDING KAT SANA TU MESTI BRADER YG PERNAH SELFIE AMOY LANGGAR DADA TU. BILA URAT DAH TEGANG ITU YG LEMPAR MIKROFON ATAS PENTAS.


MARI KITA LAWANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

http://v2.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.



Anonymous said...

HABISLAH ITU PULAU TIKUS JADI KOLAM BEER

http://v2.ismaweb.net/2014/10/khalid-samad-pesta-arak-oktoberfest-tidak-boleh-dihalang/

Khalid Samad: Pesta arak ‘Oktoberfest’ tidak boleh dihalang

BANGI, 2 Okt – Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

“Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.

“Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakakan di Petaling Jaya itu adalah di kawasan majoriti bukan Islam.

“Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan,” ujarnya ketika dihubungi wartawan ISMAweb.

Beliau berkata demikian sebagai respon berkenaan penganjuran pesta arak oleh Carlsberg yang didedahkan ISMAweb beberapa hari lalu. Pesta arak ini telah pun bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.

Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

Tambah beliau, lebih 60% di Petaling Jaya ini adalah bukan Islam, jadi tidak ada sebab untuk mengahalang mereka mengadakan acara sebegitu.

“Cumanya, perlu dipertegaskan bahawa orang Islam tidak boleh hadir ke pesta arak seperti itu.

“Pada masa yang sama kawalan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diadakan untuk menentukan tiada keterlanjuran oleh man-mana pihak akan berlaku dan ianya dilakukan dalam suasana terkawal,” katanya.

Jadi bagi mengatasi budaya minum arak ini, ujar Khalid, mungkin pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran kepada orang bukan Islam berkenaan bahaya dan keburukan arak.

Anonymous said...

MANA NAK CARI KHADAM YG SETUJU ARAK DAN SAYANG ATHEIST. HANYA PAN SAJA YG ADA. JADI PAN ADIOSSSS DI PULAU TIKUS .

https://www.menara.my/sebagai-muslim-saya-mempertahankan-hak-golongan-atheist-hanipa-maidin-amanah/

Sebagai Muslim, Saya Mempertahankan Hak Golongan Atheist — Hanipa Maidin AMANAH

Sepang, Selangor: Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Parti Amanah Negara menegaskan bahawa beliau sebagai seorang Islam tidak mempunyai sebarang masalah untuk mempertahankan hak golongan atheist untuk mengamalkan kepercayaan mereka. “Saya ialah seorang Muslim, dan saya tiada masalah untuk mempertahankan hak mana-mana atheist untuk menganuti atau untuk mengamalkan atheisme,” tegas beliau. Beliau juga menempelak Timbalan Menteri Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai melakukan kesilapan terbesar kerana seolah-olah telah dikaburi oleh ketaatan yang amat terhadap agama Islam dalam pendekatannya mengenai isu atheisme. Hanipa Maidin berkata, “Kesilapan terbesar beliau, menurut pendapat saya, bahawa dia seakan-akan mendekati isu atheisme ini melalui ketaatan yang amat kepada agamanya sendiri – Islam – lantas mengaburkan perspektifnya.” “Beliau seolah-olah memegang pandangan bahawa sebarang kepercayaan lain yang dianuti atau diamalkan yang bertentangan dengan agama beliau sendiri tidak sepatutnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya.” Beliau mengeluarkan pendapat sedemikian sebagai bantahan kepada kenyataan balas Timbalan Menteri Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada kebimbangan yang dikemukakan oleh seorang lagi Ahli Parlimen Parti Amanah Negara, Dr Siti Mariah Mahmud mengenai gejala atheist seperti kumpulan Melayu murtad melampau ahli-ahli Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur yang telah membuat siri provokasi biadab ke atas rakyat Malaysia yang beragama, khasnya umat Islam, beberapa bulan lepas. Dr Siti Mariah Mahmud mengeluh, “Kita tahu bahawa yang diuar-uarkan itu kebanyakan yang terlibat kita dapat melihat adalah muka-muka Melayu dan orang-orang muda. Kehadiran mereka dalam masyarakat ini sangat menggusarkan dan menyebabkan masyarakat merasakan sebagai satu ancaman kepada anak muda kita.” “Jadi kita semua tahu tadi Yang Berhormat menyatakannya adalah bertentangan dengan Rukun Negara juga bertentangan dengan Perlembagaan Negara.”

Read more at: https://www.menara.my/sebagai-muslim-saya-mempertahankan-hak-golongan-atheist-hanipa-maidin-amanah/

Anonymous said...

KAH KAH KAH TAK SIA2 MR SELFIE LANGGAR DADA SAMA AMOY MEMBODEK HINGGA MENJILAT JUBOR ROKET YG BERKRIM

MAMPOSLAH PAN DAPAT BERTANDING 27 KEROSI SAJA JANJI AKU DAPAT POWER KAT PULAU TIKUS

Anonymous said...

Di sini pun ada penjilat thaeik low..

Teruskannnn...

Anonymous said...

Jika Amanah ambik hujung.. maka PAS ambik bulat bahagian tengah.. PAS dengan PAN sama saje.. nama parti PAS pun PAN Islamic.. Amanah lebih liberal.. PAS lebih asyobiyyah.. harammm asyobiyyah.. jangan bela Melayu.. tapi bela Islam...

Anonymous said...

Pas+Ikatan+Gagasan Sejahtera=PIGs???

Tinta Mohd Yusri said...

Hahaha

Tinta Mohd Yusri said...

Hahaha copy paste dr blog cybertrooper umno.. X da nilai.. Standard korang ok la..

Anonymous said...

Maka terbuktilah parti PANdir adalah khadam parti kafir harbi roket.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails