Serbuan serentak bermula pukul 1.15 pagi itu dijalankan pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada warga Vietnam, Thailand dan Kemboja.
“Wanita-wanita ini dipercayai bekerja sebagai tukang urut manakala tangkapan lelaki membabitkan tiga warga tempatan bekerja sebagai penjaga premis.
“Pemeriksaan terhadap ketiga-tiga premis turut mendapati ia beroperasi tanpa lesen perniagaan sah dan kita merampas peralatan mengurut serta wang tunai sebanyak RM1,088,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tambah Norhizam, semua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Gombak untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 serta Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiga rumah urut tanpa lesen diserbu, lagi menjadi bukti kerajaan BN gagal tadbir negara ini dengan baik. 
Adakah gagal kerana 'rasuah' atau kerana sistem jenayah di Malaysia ini memberi ruang kepada perasuah, penjenayah atau pihak pegawai keselamatan bekerjasama mempertahankan maksiat dalam negara ini? Atau bagaimana?

Kembalilah kepada sistem perundangan Islam yang jelas mentarbiah ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Bukan sekurisme. Yakni dengan menolak parti-parti sekular, kecuali PAS dalam PRU 14 akan datang.

Allahu Akbar!

 Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa