Thursday, December 21, 2017

Tanah Felda RM200J Di Jalan Semarak Akan Hilang? Lemahnya BN..



PETALING JAYA: Felda dikatakan bakal kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM200 juta, lapor Berita Harian (BH).
Laporan itu menyebut, ia susulan pertukaran hak milik menerusi transaksi yang meragukan sejak 2015.

Menurut carian BH di Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebuah lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar nama kepada syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama itu pada 21 Julai 2016.

Sehingga kini, Felda tidak membuat pengumuman berhubung pindah milik itu atau transaksi pengambilalihan tanah dengan pemaju utama terbabit, menurut BH.
FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak. - Foto Aizuddin Saad

Sumber memberitahu BH, pindah milik tanah itu berlaku apabila Felda Investment Corporation (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberi surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Felda dipengerusikan Tan Sri Isa Samad sehingga Januari lalu. Beliau merupakan pengerusi FIC sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga kini.

Tanah itu kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang mempunyai 7 menara termasuk menara ikonik Felda, KLVC Tower1A, bangunan 68 tingkat lengkap dengan parkir bawah tanah dan helipad.
Menurut BH, semua keputusan pelantikan syarikat terbabit dibuat oleh FIC dan dimaklumkan kepada lembaga pengarah Felda 3 bulan kemudian.

“Ia agak mengelirukan dari segi urus tadbir kerana lembaga pengarah Felda tak tahu siapa sebenarnya buat keputusan, sama ada FIC atau Felda kerana ketika itu ada orang yang sama duduk dalam FIC dan Felda.
“Felda keluarkan surat kuasa wakil kepada syarikat pemaju untuk bangunkan kawasan terbabit, namun tanah berkenaan kemudiannya dipindah milik kepada syarikat itu sejak Disember 2015,” kata sumber yang dipetik BH.

Sebelum ini, media melaporkan kawasan itu mulanya dirancang untuk projek pembangunan bercampur komersial dan kediaman oleh anak syarikat FIC, Encorp Bhd.

Bagaimanapun, pada 6 November 2014, Dewan Bandararaya Kuala Lumpur (DBKL) menerima permohonan kebenaran pembangunan di kawasan sama daripada KLVC.

Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati KLVC adalah syarikat baharu yang hanya ditubuhkan pada Januari lalu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah lemah dan tidak amanahnya pentadbiran BN. Tolak BN dalam PRU 14 akan datang!!

Lihat sebelum ini..


2 comments:

Anonymous said...

kalau bertul berita ni alhamdulillah. padan muka paak cik mook cik felda yg taksub sangat dengan kepala bapak haramjadah biar sedar diri'

Anonymous said...

Hati2 dengan penipuan Courts (M) penjual produk perabut dan elektrik.Baru2 ini saya telah pergi ke Courts dan membeli wooden ironing board(meja sterika pakaian).Courts sekarang ini mengadakan jualan promosi tetapi ada barang yang dipromosi berlainan harga dengan alasan setengahnya hanya untuk hari sabtu dan ahad sahaja,sedangkan menurut senarai promosi semua barang ada harga diskaun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails