Monday, December 18, 2017

Tahniah &Takziah Cikgu Azizan! Dari PAS. Mengapa?


Imej yang berkaitan


TAHNIAH kepada Cikgu Azizan! Tahniah kerana menjalankan tugas dengan penuh didikasi.  Takziah kepada cikgu kerana di saman  hingga ke mahkamah. Semoga Cikgu Azizan tabah dan cekal menghadapinya. Kata Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS, melalui HARAKAHDAILY.
"Tidak mengapa cikgu, majoriti rakyat bersama cikgu. Cikgu didakwa bukan kerana cabul kehormatan murid, bukan kerana menjadi pengedar pil kuda di sekolah, bukan kerana rasuah. Tetapi cikgu didakwa kerana menjalankan tugas sebagai pendidik.
"Negara memerlukan lebih ramai seperti Cikgu Azizan. Sanggup menghadapi apa sahaja demi melaksanakan tugas sebagai pendidik. Cikgu Azizan boleh hidup selesa dan tidak perlu pening kepala dan serabut perut mengenai anak muridnya jika beliau seorang guru yang tidak bertanggungjawab." Kata beliau lagi.
Sementara itu, Guru berkenaan dikenali sebagai Cikgu Azizan, dikatakan menampar seorang pelajar yang didakwa melakukan kesalahan disiplin berat berulang antaranya, menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), dalam satu kenyataan menyeru semua guru di seluruh negara hadir memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan, yang mungkin hilang jawatan jika didapati bersalah dalam perbicaraan.
“NUTP akan menyediakan peguam untuk bela Cikgu Azizan. Pada masa sama, NUTP ingin memanggil semua guru di Malaysia hadir memberikan sokongan moral, dengan datang ke mahkamah pada 19 Disember, 8.30 pagi di Mahkamah Majistret Seremban,” katanya.
Kenyataan itu ditandatangani Setiausaha Agung NUTP, Henry Tan Huat Hock.
NUTP dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Taman Semarak, Nilai, dan qariah masjid setempat akan mengadakan Majlis Solat Hajat Dan Solidariti untuk Cikgu Azizan, malam ini. Majlis diadakan di Masjid Taman Semarak, Nilai itu dijangka turut dihadiri Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak.
“Tuan, puan dijemput hadir sebagai solidariti mempertahankan Cikgu Azizan yang akan didakwa di mahkamah, 19 Disember ini, atas ketegasan beliau mendidik dan menjaga disiplin pelajar di sekolah.
“Kepada yang bukan Islam, anda juga dijemput tetapi perlu jaga sensitiviti masjid dengan pakai pakaian bersesuaian,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook rasmi NUTP.
Terdahulu, satu majlis solat hajat turut diadakan di Surau Taman Semarak 1.
Pada 31 Oktober lalu, Azizan menghadiri pendengaran sebutan pertama kes di Mahkamah Majistret Seremban dan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah, kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan.
Sekiranya didapati bersalah, Azizan akan menghadapi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Menurut laporan yang disiarkan sebuah laman web, selepas pendengaran pertama, hakim menetapkan Azizan diikat jamin RM500.
Laporan itu menyebut Azizan digari dan ditempatkan bersama 13 tahanan lain, yang terbabit kesalahan jenayah serius termasuk dadah.
“Dia didakwa kerana mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar itu. Untuk maklumat anda, dia melakukannya kerana pelajar itu menghidu gam di sekolah dan mempengaruhi tiga pelajar lain untuk melakukan perkara sama.
“Kesalahan itu dilakukan sejak tahun lalu. Pelajar itu juga terbabit kes buli, memukul pelajar lain dan ponteng sekolah,” kata laporan itu.
Kes Azizan menjadi viral di laman sosial dan mendapat sokongan ramai pihak.
Sokongan kepada Azizan diperluaskan menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan selain nasihat kepada guru lain untuk mengambil iktibar daripada kes berkenaan sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian sama kepada mereka, satu hari nanti. (IH)
Lihat sebelum ini..

7 comments:

Anonymous said...

Inilah orang bermoral. Bukannya macam PAN dan DAP, tak percaya baca dibawah

http://v2.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

GURU YANG BAIK MENGAJAR ANAK MURID MEMBUAT BAIK.

TETAPI GURU KEPADA PAN PULA YAKNI DAP MENGAJAR ORANG UNTUK HILANG AKIDAH. TAK PERCAYA BACA BAWAH

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad

Koo Ham mahu umat Islam hormati murtad
KUALA LUMPUR 11 Jun - Seorang wakil rakyat DAP hari ini mencetuskan kontroversi apabila meminta umat Islam di negara ini menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) berkata, perkara itu berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

"Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

"Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Sementara itu, Khoo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dalam pada itu, Khoo Ham turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

"Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju tindakan undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad#ixzz51aiF8eXd
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

KITA MENGHORMATI ORANG YG MENGAJAR KITA. TETAPI PAN PULA BERKAWAN DENGAN ORANG YG MENGAJAR KITA TENTANG ISLAM.

http://www.ismaweb.net/2016/04/14/siapa-p-ramasamy-syaitan/

Siapa P Ramasamy? Syaitan?

DALAM Surah An-Nas, Allah menjelaskan ujian yang perlu dihadapi oleh umat Islam iaitu pujukan halus untuk melanggar perintah Allah oleh syaitan. Itulah peperangan yang berlaku dalam diri setiap manusia.

Oleh kerana itulah, Allah menganjurkan umat Islam untuk berlindung dengan Allah dengan cara menguatkan iman dan memperbanyakkan zikir mengingati-Nya.

Kita tak diceritakan bagaimana syaitan menghasut kita melakukan kejahatan tetapi kita hanya dapat melihat kesan hasutan itu apabila seseorang itu telah melakukan kejahatan.

Allah juga menjelaskan sifat syaitan iaitu sentiasa mengintai dan menanti bilakah masa sesuai untuk membisik dan menghasut manusia melakukan kejahatan. Bila manusia lupa Allah, ketika itulah syaitan membisik.

Selain itu, turut dijelaskan bahawa syaitan itu terdiri di kalangan manusia dan iblis. Bahkan, ada ulama tafsir berkata, bisikan syaitan di kalangan manusia itu lebih dahsyat berbanding bisikan syaitan di kalangan iblis.

Itu kisah syaitan dalam Surah An-Nas.

Berkaitan isu syaitan yang dibincangkan dalam media baru-baru ini, gelaran yang diberikan oleh pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy ke atas pendakwah Islam, Dr Zakir Naik adalah tidak dapat diterima sama sekali.

Tidak mungkin seorang pendakwah bertaraf antarabangsa yang telah memperkenalkan jutaan manusia kepada Allah dan agama Islam, boleh dilabelkan dengan gelaran itu.

Sesungguhnya ia adalah satu penghinaan yang tidak masuk akal oleh pemimpin parti rasis dan cauvinis itu.

Setelah dikutuk ramai pihak, akhirnya Ramasamy menyatakan kekesalannya namun ia tidak mencukupi. Ramasamy perlu memohon maaf secara langsung daripada Dr Zakir Naik di atas keceluparannya itu.

Siapa Ramasamy?

Dia adalah penentang Malaysia sebagai Negara Islam.

Dia penentang agenda Islam di negara ini.

Dia pejuang negara sekular dan konsep Malaysian Malaysia.

Dia juga pernah mencabar orang Melayu untuk datangkan kembali hari 13 Mei.

Dia juga penentang PAS dan penentang perjuangan hudud Kelantan.

Dia juga penyokong kumpulan ekstrem Tamil Tigers LTTE.

Jangan bagi muka

Parti rasis dan cauvinis DAP memang tidak pernah sunyi dengan pemimpin yang anti-Islam dan anti-Melayu. Memiliki keceluparan yang tak tahu dikawal. Mereka tidak hirau status Islam dalam Perlembagaan. Mereka tidak pernah ambil kisah sensitiviti umat Islam.

Merekalah syaitan di kalangan manusia yang sering membawa agenda bertentangan dengan agenda Islam. Mereka mahu orang Islam hanya mengamalkan agama ini sekadar ritual ibadah semata-mata. Mereka tidak suka Islam dipraktikkan dalam segenap aspek kehidupan termasuk pendidikan, ekonomi, undang-undang, politik, pentadbiran dan sebagainya.

Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengarang Ismaweb.net

Anonymous said...

Pelajar melanggar peraturan sekolah berulang kali walaupun telah diberi khidmat kaunseling dan hukuman mencerminkan kegagalan ibubapa atau penjaga dan kelemahan sistem pendidikan negara. Sepatutnya semua pelajar Islam sepatutnya diberikan pendidikan Islam dan mata pelajaran Islam diwajibkan lulus supaya pelajar menjadi umat Islam yang berakhlak mulia. Tabik hormat untuk guru yang ikhlas mendidik pelajar menjadi manusia yang bauk.

Anonymous said...

Siapakah yang meruntuhkan akhlak pelajar? Jawapan: Puak liberal dan kafir harbi yang menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam mengamalkan ajaran Islam di negara ini Bahkan puak sesat dan menyesatkan ini mempromosi kebebasan melakukan maksiat, kesesatan dan murtad di kalangan umat Islam. Seekor berok betina liberal telah menentang solat berjemaah di sekolah.

Anonymous said...

Pembetulan: Baik bukan bauk (typo error)

Anonymous said...

ni semua pulak bekas anak murid guru mana yea...?
http://www.siakapkeli.my/2017/12/pemandu-ambulans-dan-jururawat-cedera.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails