Wednesday, December 20, 2017

Pelajar Buncit Tanpa Suami. Kisah Benar, Antara Ibubapa &Guru,



Kantoikan Pelajar Bercumbu, Ibu Bapa Tuduh Cikgu Reka Cerita, Lihat Apa Terjadi Pada Pelajar Itu Sekarang?


Ibu bapa yang baik tidak semestinya perlu menuruti segala kemahuan dan perangai anak. Fungsi ibu bapa adalah untuk mendidik anak-anak ke arah menjadi manusia berguna. Tidak salah menyokong anak sendiri cuma biarlah berpada-pada, takut nanti anak besar kepala.


Berikutan kes ibu bapa membela kesalahan anak seperti terjadi kepada Cikgu Azizan seorang guru, Mohd Fadli Salleh berkongsi kisah pengalaman rakan sejawatannya, Cikgu A. Cuma apa yang berbeza, anak murid Cikgu A sudah agak terlambat untuk diubah. Nasi sudah menjadi bubur. 

Nak ke kantin, ternampak kelibat dua belajar belakang bangunan.


Menurut Sumber: Mohd Fadli Salleh ..

Pagi ini Selasa, 19 Disember 2017 Cikgu Azizan akan dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa oleh ibu bapa muridnya sendiri dalam usaha beliau mendidik anak bangsa.

Pagi ini juga, aku ingin menulis satu cerita. Kisah benar yang banyak berlaku di seluruh negara. Aku tulis satu dari ribuan kisah yang berlaku dan diharap sesiapa yang membaca mendapat pengajaran. 

Aku punya seorang kawan. Seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah. Cikgu perempuan. Cukup aku namakan dia sebagai Cikgu A. Suatu hari, semasa Cikgu A ingin ke kantin, dia nampak kelibat dua orang pelajarnya di belakang bangunan sekolah. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Dengan curiga, Cikgu A menghendap. Rupanya mereka beromen di belakang bangunan sekolah. Sudahlah ponteng kelas, bercium mulut dengan tangan saling meraba anggota tubuh badan antara satu sama lain penuh ghairah.

Terkejut Cikgu A. Lantas dijerkah dan pasangan itu terus melarikan diri.

Ibu sindir cikgu sengaja reka cerita.


Cikgu A mengambil tindakan sepatutnya. Satu tindakan yang mengikut SOP. Menulis laporan dalam buku kesalahan pelajar dan memanggil ibu bapa kedua pelajar itu untuk memaklumkan perlakuan keji mereka.

Ibu bapa pelajar lelaki tidak hadir. Entah kenapa. Yang hadir cuma ibu bapa pelajar perempuan sahaja. Sebaik guru menerangkan kesalahan anak mereka, dengan tegas dan lantang si ayah menidakkan. Si ibu dengan mimik muka wanita jahat dalam telenovela Indonesia menyindir guru mengatakan guru sengaja mereka-reka cerita.

Mereka tidak menerima bahkan mengatakan Cikgu A dengki dengan anak mereka. Sengaja ingin memalukan mereka sekeluarga. Dan akhirnya, Cikgu A pula yang dipersalahkan dihadapan pentadbir.

Kes gugur, Cikgu A tak lagi peduli


Apatah lagi Cikgu A tidak sempat merakam apa-apa bukti kes itu. Makin sedap ibu bapa ini menyalahkan Cikgu A sehingga pentadbir pun tidak mampu nak membela tuduhan ibu bapa ini.

Maka kes digugurkan. Murid itu dengan muka sombong tersenyum sinis pada Cikgu A yang kelihatan terkilan. Niatnya untuk membentuk muridnya disalah ertikan. Bahkan dia pula dipersalahkan!

Sejak itu, Cikgu A bertekad tidak mahu lagi mempedulikan pelajar A. Beberapa kali Cikgu A terserempak pelajar itu bercumbu. Ponteng sekolah merempit dengan murid nakal. Kali ini dia diam. Tidak lagi mahu menegur. Tidak lagi mahu memaklumkan pada pelajar itu. Sejarah silam membuatkan dia menjadi begitu.


Sekarang umur 23 tahun, kahwin cerai3 kali, 5 orang anak.



Selang setahun, dia mendapat tahu pelajar itu berhenti sekolah. Berhenti sekolah setelah mengandung anak luar nikah. Kahwin di usia muda. Seawal usia 16 tahun untuk menutup mulut orang. Setahun selepas itu, Cikgu A mendapat tahu pelajar ini bercerai. Masa umur 17 tahun anak dah dua.

Kini pelajar itu berusia 23 tahun. Satu umur yang masih muda bagi wanita lain. Namun pelajar ini, dengarnya sudah punya lima orang anak. Kahwin cerai sudah tiga kali. Sekarang kembali menjanda.


Masih liar seperti dulu kala. Malah lebih lagi. Berambut merah berpakaian seksi bertukar pasangan selalu. Anak-anak ditinggalkan dengan datuk nenek mereka.
Sejak itu, setiap kali Cikgu A terserempak dengan ibu bapa pelajar ini, mereka buat-buat tidak nampak. Malah kalau boleh, mereka cuba elak untuk terserempak. Malu la tu.
Jikalah mereka tidak menyalahkan Cikgu A suatu ketika dahulu, anaknya pasti tidak seliar ini hari ini. kalah Cikgu A tidak dipersalahkan oleh ibu bapa atas niat murninya, pasti Cikgu A tanpa penat menegur dan mendidik pelajar ini agar menjadi manusia. 

Bila nasi sudah menjadi bubur, apa lagi hendak dikata.
Bila anak dara membuncit tanpa suami, saat itu kesal pasti melanda.

Sumber: Mohd Fadli Salleh


Lihat sebelum ini..

9 comments:

Anonymous said...

Sah tak dapat terbiah dari PAS,pelajar ini hanya sempat diterbiah oleh UMNO dan bomoh Datin Mah.kahhh.kah...kah...

Anonymous said...

Sebilangan pelajar tidak suka guru mendidik mereka menjadi manusia yang baik. Mereka sanggup memfitnah guru konon mereka ponteng sekolah kerana mereka bencikan guru sedangkan fakta menunjukkan mereka ponteng sekolah kerana mereka gadis gatal lari mengikut buaya jantan keparat. Mungkin pelajar perempuan dikendurikan beramai-ramai oleh geng buaya friend. Emak bapak pelajar pula sibuk menyalahkan guru sahaja. Bila anak gadis mereka kembung, mereka pula menyalahkan anak gadis mereka kerana tak pandai mencegah kehamilan. Sibuaya jantan pula tidak mahu bertanggung-jawab. Kafir harbi dan khadam liberal mereks memang suka melihat remaja Islam terlibat dalam kemungkaran dan kesesatan.

Anonymous said...

Apakah perbezaan antara haiwan ternakan dan anak-anak yang hanya diberi makan minum dan pakaian dan wang tanpa sebarang pendidikan Islam oleh ibubapa yang hanya pandai beranak di rumah mereka? Puak evangelis memang suka tragedi ini.

Anonymous said...

Rasa2nya kat mana kes tu? Kelantan? Atau tempat lain? Bukan ke tugas ni patut dipikul oleh semua orang?

Yang paling salah adalah ibubapa pelajar tu... UMNO, PAS, PAN, PKR semuanya ada salah. Tak gitu?

Anonymous said...

Anonymous 6:00 PM.
Saya setuju dengan anda.Pelajar sekarang ni memang tak dapt terbiah dari UMNO dan PAS.Pemimpin UMNO dan PAS hanya sibuk bagi ceramah politik kepada penyokongnya terutama orant tua dan pengundi sahaja.Mana ada masa nak bagi ceramah budak sekolah.

Anonymous said...

Dalam kisah di atas, aku tetap menyalahkan cikgu tersebut. Mengapa bila perkara itu berulang, cikgu itu tidak berusaha pun untuk merakamkan gambar atau video sebagai bahan bukti? Perkara berlaku di depan matanya, sanggup dia bersubahat dengan syaitan membiarkan perkara itu berlaku, seolah-olahnya bersikap berkecuali mirip fe'el wakil PAS di parlimen. Ini menunjukkan dia adalah cikgu yang tidak bertanggung jawab, hanya melayan dendam di hatinya saja. Secara tidak langsung, cikgu itu telah merestui maksiat diteruskan. Apakah makna semuanya itu?

Anonymous said...

Guru itu telah berusaha mencegah kemungkaran tetapi usaha baiknya telah dibalas dengan fitnah yang lebih besar oleh ibubapa murid tetsebut. Bukankah Islam mengajar kita menjauhi fitnaj? Merestui maksiat kepala bapak kamu

Anonymous said...

Anon 10:50am
Hanya dengan sekali saja usaha dan selepas itu tidak mahu meneruskan usaha yang baik pada mulanya, itu bukankah bererti merestui kerja maksiat tersebut dibiarkan saja? Cikgu jenis apa yang mengutamakan perasaan dendam, ibarat menternak syaitan dalam jiwanya? Kepala bapak kamulah anon 10:50am!!!

Anonymous said...

Daripada cari salah org lain baik cari penyelesaian. Ada eloknya semangat kamu tonjolkan itu buat kamu jadi guru....org macam kamu layak jadi guru bolehlah tambahkan guru yg berkaliber.

Oh ya kalau dah memang guru bleh tanya sekolah mana? Berapa pengalaman mengajar?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails